11 March 2011

MARI BERFAKTA


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat semua..

Kepada semua imam2 muda yang bakal menjadi ketua FAmILY CERIA anda suatu saat nanti, kalo yg dah ada FaMILY CERIA pun ok jer.... apa kata korang share tentang Khutbah Jumaat kat kami2 yang tercipta dari tulang rusuk kalian.... SHARING IS CARING...

P/s:: tu pun kalo korang pergikan... hahahahh (sentap x) . saya tau semua pembaca blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni mesti pergikan... kowang kan baik...=))


Tadi masa semua imam muda ke masjid menunaikan solat jumaat, aku telah ke fakulti tercinta bersebelah dengan fakulti FST & PTSL berdepan dgn KAB, mempunyai SUDUT PIDATO&TERES EKONIAGA... PM penah dtng kot kat fak aku... fak korung ada ka.... hahahah... bongkak jap...=))

langkah di atur dengan penuh cermat mana taknya jalan2 menjadi licin bukan kerana sedang dicuci, tapi because of hujan, UKM ni banyak lumut2 hijau yang berpotensi nak mengelincirkan kalo cengkaman kasut x kuat apatah la lagi tatkala hujan sedang membasahi bumi... nasib baik aku pakai CROCS.. motif?? CrOcs up town jer KOt...hahha...


setibanya di fakulti aku terus naik tangga yang kelihatan hijau+berair ... n ke lif yang akan membawa aku ke destinasi sebenar. maka aku pun mempress la button no 5 dlm lif tu... bila pintu dibuka, wajib la aku melangkah keluar . & terus bertemu si gadis yg menunggu ku dari td... =)) maaf sedikit terlewat.. pas tu we all seiring & sejalan ke bilik lecturer tuk dia mengkritik slide kami yg akan di presentationkan minggu depan." " ALANgkah sedihnya hatiku.. parap2... wawawawa... dia tiada di biliknya... SEDIH! langkahku masih ditemani butir2 rezeki ILAHI... cam kebal jer aku kan, lalu kat hujan tanpa payung.. tp x lebat sangat pun hujan...

makanya, aku rasa mau ketawa+gelak+tp bukan mengilai2 tuk lupakan kekecewaan td....

aku terjumpa ini!! FAKTAKAH?? sama2 kita renungkan dan selamar beramal....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



p/s::any objection??


No comments:

Post a Comment