27 April 2009
mAke mE moRe aLIve~
25 April 2009
SELAMAT HARI LAHIR~
[baNyak jasa maK n AbaH kaT Kita..]
24 April 2009
MIGRAIN~
Simptom-simptom migrain
Mengalami gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig-zag sebelum mengalami sakit kepala.
Melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda seolah-olah mempunyai aura.
Sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut di sebelah atau satu bahagian kepala sahaja dan kemudiannya diikuti dengan muntah atau cirit birit.
Sensitif dan takut pada cahaya yang terang (fotofobia), sensitif pada bunyi (fonofobia) dan amat sensitif pada bau (osmofobia). Jika anda mengalami dua daripada tiga yang disenaraikan, maknanya anda berkemungkinan mengalami migrain.
23 April 2009
22 APRIL 2009
~ChOKlAte+ uBAt GiGi+ KisMIS= aBES dUIT aKU~
21 April 2009
AKU PERLU KAMU!!!!~
kalo kat umAh...
conFirm kena pakSa makan
uBat...
[x suke]
[ kaLo x makan... keCoh 1 umah.. bek mak or aBah]
[nak suh aku ok cepat]
tP
aku seLalu kenakaN syarat...[jahat giler aku]
nak suH makan uBat aku no haL nya...
tp...
bElikan apa yG aku nak maKan...haahaha....
ahakz~
[aNak apa la aku nI menyusahkan mak n abAh]
[anak bongsu]
maNja skit...
[aBah aku yg jAdi mAngsa]
maaf yer bAh....
tP
biLa dah jauH dari mak n AbaH...
aKu dah x bOleh nak mAcam2...
tp
yg aku Tau...
tErapi tuk hiLangkan
miGrain hanYA...
CHOKLaTE CaDbury:: ROAST aLMOND::
kaLo mak aku tau aku MIgRAin n X maKan uBat..
[abes aku....jgn mara ea mak]
[anakMu ini memang dEgil]
bukAn setakat uBat miGrain...
uBat Batuk, sElsema..segala bagai..
suMa aku bg KAt orang~
wat KebaJikan
ahakz~
t kAlo aku X sihat x yah La makan Ubat~
bijak X??
I WANT ROAST ALMOND NOW!!!!!
sapa yG simPati...
toLong la g bEli jap..
akU bg wit...
huhui~
ko inGat ko sapA???~
aku nak cUri tyme tuk tulis blog...
coz ari ni aku kena berhadapan ngan STUPID DAMN DAMN!!! nya statemeNt
excUSE mEeee!!!
ko ingaT ko sapa.. haaaa???
x kisah la suMa 2...
fOr me u jusT a persOn that can nOt accept other peopLe change...
ko sedaR atau X.. kO berGURau or WHat...
StaTeMent ko Td memAng.. AKU X LEH TERIMA
kalO ko x nak berubah suDah la...
aku tau Yg ko meMang susah nak daPat hidayah tuk berUbah pun..
OPsss!!
terOver plak!
X Niat pun nak hina/judge/kata kat ko..
ko yG pakSa aku
jD
kuRang "....."
aku dAh fed Up la wei...
akU nak tanYa ko..
saLah ke aKu berubah jaDi better perSon...
ko x bangGa ker
ada kWn yg dAh kembaLi ke pangkal JalaN..
or maYbe bg ko...
pErubAhan aku ni diSebabkan oRng len..
n bUkaN di SEbaB aku [SITI NUR HANA]
mayBe
ko nAmpaK aku Ni
PLASTIK!
whaTever la TangGApan ko kaT aku
i JuST to BE MYSELF... nOt anyboDy else...
kALo ko x sUka cAra aku Sekarang...
i DonT mind
Lama2 nanTi ko sedar guk..
naPa manuSia berUbah!
taKe ur tymE
aku x SaLahkan Ko..
[u have ur own right tuk Bersuara]
but
plZZzz
just WATCH OUT wIth yOur wordS!!
for uR imformation...
I try hard 2 be mYself..
akU try jaGa ati suMA orng
deNgan sedikit pErubahan dlM diri aku
aKu x nak Ilang oRng yang aKu sayang
coz
xLeh nak trima peRubahn dalam diri aku..
PERCAYALAH!!
sesUngguhnYa ko n koRang yg LEn x kan kehilangan SITI NUR HANA
yg Penah Korang keNal dulu..
aku tetap aku
Dulu, Kini, dan Selamanya
[huhui~CiPlak dari UmNo]
~seKian~
~leGa~
19 April 2009
KHILAF BILA AKU BERSUARA~
.dari selalu disalah erti..
jgn ckap apa2..
tapi aku perlu juga jd diri aku
bila x puas hati..
aku luah kan la segala isi hati
tp
ni yg aku dapat...
suruh aku sudah.. sudah.. n sudah...
apa yg sudahnya??
apa yg aku wat....
hmmm...
ni la yg aku x fhm...
hidup x penah dihakimi dgn bek..
ada ja...
xper lah korang...
wat la apa korang suka
yg korang rasa betul
coz KORANG MEMANG SELALU BETuL..
aku jer..
yg selalu bg masalah dan timbulkan masalah.... dan cipta masalah
lantak lah....
hidup masing2 kn?
kalo dah x boleh tima apa org ckp...
boleh la mohon kan ALLAH.. supaya pekak kan telinga korung...
sorry 2 say...
im dissapointed with urself n myself....
after this... dont hope that i will say anything....NO...! NEVER!
SEBAB KORANG MEMANG TERBAIK...
TP
honestly... aku memang dah x harapkan apa2...(KORANG PUN X SURUH AKU BERHARAPKAN?)
harapan terhenti.....!!
dan..
aku tau yg korung memang x Penah berharap apa2 dari akukan..?
I'M REALIZE THAT
CUKUPLAH~
P/s;
tinggalkan komen
setelah membaca entry yg telah dipost
TQ
17 April 2009
jaNgan sengketa~
untuk sahabatku Abdul Khalil........(bju hitam) sama2 lah kita berubah..... berubah demi kebaikan suma..... jgn ada lagi pertelingkahan n salah faham antara kita semua........
aku sangat benci situasi ini....
PERSAHABATAN YANG KITA CIPTA INI... sangat bernilai Tuk aku...
jgn pernah kita cemarkannya...
dek rasa x puas atau terkecil hati antara kita semua.....
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
lihat diri sendiri.....
dan baiki kelemahan diri....
jangan kita leka cari atau menghukum salah orang....
kerna kita insan biasa~
HAnYA DIA yang tahu segalaNya...~
jangan ada andaian dan tafsiran buruk tentang sahabat2 kita~
untuk LAILA sAYang...
sudah2 la 2... setiap manusia ada kelemahan.... terimalah...~
ini mungkin kelemahan diri dia...
dia akur atas kelemahan diri dia~ lupakanlah apa yan telah terjadi~ kita buka lembaran baru~ lembaran yang suci... yang belum dicemari~
jgn kita saling menghukum antara satu sama lain....
lembutkan la hatimu itu~
dia bukan musuh kita.....
dia sahabat.. kawan...rakan.. kita...
seteruk mn pun dia bg ko....
dia tetap sahabat kita...
buang la jauh perasaan ko tu.....
terimalah dia seadanya dia~
aku RInDU sangat KITA yg dulu~
sekepala...
tanpa seNgketa~
berikanlah aku keNangan dulu semula~
~maafkan aku atas segalanya...aku hanya mahu lakukan yang terbaik untuk kita~
~x nak ada sengketa antara kita~
~x nak ada salah faham antara kita~ ~x nak ada yang terasa antara kita~
~x nak ada dusta antara kita~
16 April 2009
terimA aku aDAnya Aku~
www.iLuvislam.com
serunaiklang_91
editor : everjihad
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
inGin menjadi aKu yg duLu~
IZINKAN
[AKU BUKAN DIRI AKU LAGI]
[KAMU BUAT AKU CONFIUS SAPA AKU]
[AKU X NAK ORANG YANG AKU SAYANG HILANG AKU YANG DULU]
[TOLONG FAHAM AKU]
[BG AKU SEDIKIT RUANG TUK TERUS HIDUP DENGAN CARA AKU]
[AKU TAU KAMU NAK AKU JADI YANG TERBAIK]
[TP AKU TAU KEMAMPUAN AKU]
[UNTUK PERUBAHAN YANG DRASTIK]
[MAAF AKU MEMANG X MAMPU]
[MAAFKAN AKU ......]
[JANGAN BUAT AKU CAM NI]
[ 1 PINTA AKU]
[ANDAI AKU X BOLEH JADI SEPERTI KAMU]
[X BERMAKNA AKU X SEBULU DGN KAMU]
[SEKALI LAGI MAAFKAN AKU]
[AKU PERLU CARI KEKUATAN UNTUK TERUSKAN HIDUP]
[TAKUT KEIKHLASAN AKU MULA DISALAH ERTI]
[TAKUT DIRI INI HANYA DIANGGAP SIA2 DIHADAPAN KAMU]
[BUKAN MAKSUD AKU UNTUK BUANG MASA KAMU]
[TP]
[AKU MAHU KAMU FAHAM DIRI AKU]
[TP]
[SAMPAI SEKARANG]
[KAMU MEMANG X PENAH FAHAM AKU]
[BIARLAH]
[AKU REHDA]
[BIAR MASA MENENTUKAN SEGALANYA]
[BIARLAH]
[BERUBAHNYA AKU KELAK]
[ATAS NIAT HANYA 1]
[HANYA KERNA DIA]
[ALLAH S.W.T YANG 1]
[BUKAN KERANA KAMU]
[TP]
[UNTUK KAMU]
[UCAPAN TERIMA KASIH YANG X TERHINGGA AKU UCAPKAN]
[NIAT KAMU]
[BUDI KAMU]
[KATA KAMU]
[NASIHAT KAMU]
[AMAT AKU HARGAI]
[X AKAN AKU PERNAH SIA2]
[SEMUA ITU]
[TP]
[SEPERTI YANG AKU KATA]
[IZINKAN AKU MENJADI DIRI AKU]
[mAaFKan aku Wahai saHabatku,,...]
[..... ......]
15 April 2009
seprate~
aku Tak kuat tuk menHAdapi rasa Rindu pada insan yg aku gelar TEMAN, SAHABAT, KAWAN....
RASA rindu yang kau berikan ini amat aku hargai...
tp aku x kuat tuk menahan rasa rindu ini...
sukar untuk aku menerima ERTI perPISAHAN... w/pun aku tau...
setiap PERTEMUAN TELAH MENJANJIKAN 1 PERPISAHAN.......
AKU RELA tuk x dipertemukan..
andai perpisahan menjadi pengakhiran....
tp aku tetap akur atas segala takdirMu yang telah menemukan kami~
kerana KAU mengerti apa yang terbaik untuk umatMU~
ada hikMah di sebalik PERteMUAN ini~"
x biSA mElupakan wLau seDetik~
nak jer go stand blik...
tuk menikmati tyme kita bersama
nak jer aku fly ke detik2 aku antaq lela blik nek moto syafiq...
[1stday antaq sekerat jalan, coz moto mati, aku x tukaq gear tyme nek bukit.. budget nek sorang.. lupa aku bwk penumpang... agak berat yer penumpang ni..gurau jek]
banyak jasa moto syafiq...
makaseh ya Syafiq..
jasamu tetapku kenang till the end...
kepada peneman2 yang sudi teman aku n lela balik...
sekali lagi ucapan TERIMA KASIH!
untuk JAJAN@makanan ringan[keropok, roti, burger, bihun dan segala bagai]
kamu pun dalam kenangan aku...
ahakz~
x lupa jugak tuk CHOKLATE,PEAS N CARROT...
TQ coz create 1 lagi memori baru dalam idup aku...
aku rindu bangat sama situsi[bunkface~xder kena mengena] itu....
rindu nak beleter...
ahakz~
penat tunggu ALONG N ANGAH [khalil n azhar] dari silat
ALANG[syafiq] dari memukul kompang....
tapi aku, amir,laila n nikdin...[adik2 yang SETIA]
tetap penanti yang setia...
tunggu... dan terus menunggu...
kerna kami pasti penantian kami
bukan penantian yang sia2..
ahakz~
aku pun x tau apa yang aku cuba sampaikan ini....
apa yang aku tau...
sampai detik ini....
aku masih RINDU sama korang suma....
x tau sampai bila rasa rindu ni akan berhenti...
mungkin bila
MINYAK abes..
or
Tyme LAMPU ISYARAT MERAH..
Xpun..
bila BATERI abes
x pun...
BILA AKU SUDAH TIADA~
p/s:
korang jangan lupa aku tau...
aku sangat99x SAYANGKAN korung...
soRRy kalo aku selalu sakitkan ati korang...
aku terkasar bahasa...
aku terkurang bahasa...
aku terlajak kata...
aku terover kata...
aku terlebih aksi...
maafkan lah khilaf ku ini...
hamba allah yang x dapat lari dari melakukan kesilapan