31 July 2011

Menangis lagi


:Assalamualaikum:

Actually x der benda sangat pun nak post, cuma tatkala terdengar lagu Fina Af, yang bertajuk Menangis Lagi... aku cam terkesan sikit. Bait-bait lagu tu meningatkan aku pada seseorang... hurmmm....~ so aku sudah tukaq sikit lirik lagu tu menjadi bait cerita aku.. agagagagaga~

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan terabai
Diriku akan kau bimbing

Pernah ku sangka
Inilah persahabatan yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap sahabat yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
"Kejam" dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamulah punca segala
Pesahabatan rkita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lupa kata tak terkota
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamulah punca segala
Persahabatan kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Persahabatan suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi



p/s:: Bagi aku satu perhubungan yang terjalin atas dasar persahabatan x akan terputus melainkan bercerainya jasad dari badan. Seburuk, seteruk mana seorang sahabat kepada aku di mata insan lain, dia tetap tetap teman aku, teman selamanya. Sekali dia menjadi kawan aku, selamanya tetap kawan aku. Walaupun satu saat nanti sahabat itu bakal membenci, mencemuh aku. Aku sangat sayang & pentingkan ukhwah antara sahabat. Tak kisah la siapa sahabat aku tu, laki, or perempuan bagi aku kalian adalah anugerah & rahmat YANG ESA untuk aku.
Aku x nak, tak merelakan andai persahabatan aku DIPERKOTAK KATIKKAN, DIPOLITIK!! enough !! politic is politic.
tapi andai sebaliknya yang kalian utamakan, up to you..
if kerana politik, persahabatan ini dipersenda,.. sungguh aku x RELA.
aku hanya rela & redha untuk kalian melupakan, membuang aku jauh dari hidup kalian...
untuk aku melakukan perkara tersebut adalah MUSTAHIL...

Moga Ramadhan yang datang bakal mengembalikan kemanisan ukhwah itu kepada aku semula. Sesungguhnya, bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat & keberkatan YANG ESA.

.harap mengerti.


24 July 2011

Bukalah Mata

Assalamualaikum...
24/7/2011,Ahad - aku just dok umah memghabiskan masa2 yang tinggal sebelum esok. Maka keputusan diambil untuk spend sedikit masa mencoret sekarangan dua tentang apa yang dirasa mengenai hari -hari sebelum hari ini dan masa hadapan.

Sedarkah kita, bahawa HARI AKHIRAT itu semakin hampir? Jika sedar, apa yang telah kita lakukan bagi mempersiapkan diri. Aku mengaku sungguh aku takut untuk melalui "hari" itu. Namun aku tetap percaya akan tiba HARI itu. Apabila diimbas segala kesalahan & kekurangan diri ini tak sanggup rasanya untuk berhadapan denganNYA, sungguh aku hina. Di "perhimpunan" itu kelak satu persatu akan diadili, yang berbuat amal makruf nahi mungkar, beruntunglah dia.. SYURGA ALLAh sedia menanti... tapi yang sebaliknya... berlapang dadalah menerima NERAKA ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL & MAHA BERKUASA.

Sekadar muhasabah diri. Adakalanya, tatkala kita sibuk dengan aktiviti harian, jarang2 kita mengingatiNYA, apa yang kita ingat, "nak siapkan keja", ingat tyme rehat, & cam2 lagi la.... semua duniawi punya cerita. Jarang hati ini untuk mengucapkan "Astaghfirullah Hal'Azim"..kesal akan kejahilan diri. Dalam merasa kejahilan diri, terdetik hati untuk menjadi hambaNYA yang patuh & teguh dengan agamaNYA, adalagi antara mereka, bermegah dengan harta dunia yang bukan hak milik kekal, kata yang keluar hanya menambahkan lagi keangkuhan diri mereka, betapa hebatnya mereka. Bila ada yang cuba menundukkan keangkuhan dengan cara selembut,semulus mungkin, mungkin kata2 ini yang dibalas " this is my life, so don't busy body, you not anyone ". Sungguh! aku bimbang ! aku takut! risau! Bangkitlah wahai umat MUHAMMAD.. kita bangkit bersama2.. kita laksanakan perintahNYA sebaik mungkin...duniawi bukanlah kekal selamanya....AKHIRAT sana destinasi kekal kita...~


Kalau dulu aku punya "mereka2" selalu yang menemani, mengingati aku akan perintah ALLAH, bimbing aku, tunjukkan aku menuju kearahNYA... tapi kini, aku sendiri! YA! I'm ALOne! takpe! aku perlu ingatkan diri sendiri! ALLAH sentiasa bersama aku. Aku cuma perlu kuat. Walau mereka lepaskan aku terkapai2 ... aku terima.. ni takdir & kisah hidup aku. Mereka x selamanya akan bersama aku, kerana mereka ada kehidupan masing2. Cuma ada kalanya aku teringat janji2 dulu...hmmmm~ aku perlu faham, bukan aku semata yang perlukan mereka,............~

Moga aku & kalian semua terus ditetapkan hati, ditinggkatkan IMAN & sentiasa dalam rahmat YANG ESA..

"Sekadar hiasaan, mencari pembimbing CINTA ILAHI"

03 July 2011

KisaH kita

Assalamualaikum & selamat petang..

korang ngah wat pa weh?? aku sedang melalui masa2 untuk ke hari esok. ESOK? ada apa dengan ESOK? waaaaaaaaaaaa! esok saja keja tOk hari yg ke 2.. cUak seh.. sbb x bapa nak selesa lagi.. hahhaha...~mati la aku... hope hari ESOk adalah lebih baik dari hari semalam.

selalunya bila aku tak menghadap blog ni, mesti idea aku mencurah-curah ke ladang gandum. tapi bila aku dah menghadap semua idea kelaut MATI... apa pun x boleh...

Sebelum otak berkarat, sebelum cerita menjadi basi... bek aku karang secara perlahan-lahan. orang kata sikit2 lama jd bukit. x pun biar lambat asalkan selamat.....agagaagag

kisah aku kali ni berkisarkan "KISAH UKM, KISAH KAMI" ...=)
aku tgk suma dah post good bye, TQ dan segala bagai ucapan kat wall Fb sidang redaksi 34. aku jer yang belum.. sound like KEjam kan.. tp aku x berkesempatan nak menulis warkah untuk kalian. WARKAH?? yer warkah! maksudnya coretan yang panjang dari selalunya...=P

Pertamanya, aku ingin menadah tangan kehadrat ILAHI, atas keizinanNYA aku masih bersama redaksi majalah aspirasi untuk kali 2nya. dan dengan izinNYA juga kita hampir menuju kepada 100% penghasilan majalah. Alhamdulillah.

Apa aku nak cakap ek sebenaqnya??

kelu ke malu? or buntu? hurmm..

selalunya lepas abes program, mesti wat luahan perasaan kan... so izinkanlah aku meluahkan segalanya.... andai terguris rasa kelak.. maaf jua yang aku pinta..

Sesungguhnya saya yang bernama SITI NUR HANA YAHAYA atau lebih senang dengan panggilan hana, or kekadang dipanggil jua hana tajima, tapi aku pun tak tau di mana tajimanya.. konsepnya LAYAN jer... oh! terbabas lagi. Saya nak mengucapkan jutaan kuasa 77 terima kasih kepada saudara Mohd Syafiq Bin Jaffarullah. Siapa dia ni ? hahahhah

Kehadapan MR.J.Syafiq jutaan terima kasih atas jasa anda selama 2 tahun menjadi ketua editor yang terbaik tOk sidang redaksi majalah aspirasi PMUKM. Banyak berubah yang telah dibawa. SYABAS! Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa, punya banyak kekurangan... sudikanlah diri saudara memaafkan saya atas kekurangan & kesilapan saya semasa melaksanakan tugas. banyak perkara saya terbaikan. Mohon maaf jua atas kurangnya perhatian terhadap redaksi yang lepas. Diri ini sangat tidak berupaya ketika itu. Tabek springg terus di angkat kepada saudara & team redaksi yang lepas atas komitment yang 110% telah diberikan. Moga kesilapan lalu dapat ditebus dengan penglibatan saya yang lebih serius kali ini. Tujuan saya hanya satu, segala budi yang telah saya terima, akan saya balas semula. Budi dan jasa saudara sungguh saya tak lupa. Sekali lagi terima kasih & I'm sorry (versi AMER).

Seterusnya.... untuk team WARTAWAN, teristimewa buat FK= Fathin Khamamah & SS= Shida Shariman, dan AR= Alya Roslan TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA BERSAMA. Bukan SAguhati yang diharapkan kan? hahahhah... tapi passion korang memang di sini.. buat MAMARAZZI yang baru w/pun cam lambat saya still nak say SELAMAT DATANG MENJADI KELUARGA REDAKSI. Fida, TQ sbb bg FK kat ak w/pun ang tak join tahun lepas. Nieza, w/pun ang tolak pelawaan aku masa thn lepas aku tetap bangga n senyum lebaq bila ang turut join redaksi kali ini.. ehem..=) seterusnya Rabi,Hana J, Wawa, Lala, Ejok, terima kasih atas semuanya.. gelak tawa, usik manja aku kat korang jgn ada yang simpan dalam hati k... Wawa, awak adalah budak kecik yang "diam-diam ubi berisi"...=P. Permata pintar sangat. Untuk rumet saya Amyna Hasan... lawak la you. Dah la x sempat jumpa tyme pulang ritu. Apa nak jadi la ngan kita ni kan? anyway Tq la sudi jadi rumet i.. dengaq cerita karut marut i, lantik i jadi pakar motivasi u ngan natrah dan lain2.. moga kita punya projek tu akan terus berjalan yer... sowi la kalo i banyak trouble mable u..=P .. n untuk lida...terima kasih atas keterjebakkan anda dalam dunia penulisan ini. & menjadi Family redaksi. Aini Gojes.. u akan tetap gojez w/pun tenggelam . SOwi atas "kehanjingan" yang selalu i buat kat u.. untuk pengetahuan u i memang suka carik gadoh.. kalo boleh 24-7 nak gadoh. orang kata kalo selalu gadoh hubungan akan jd lebih erat...n i percaya=) tQ 4 eveliting...

uNtuk pasukan gRAfiK FAHMI& SYAHMI@CAMI terima kasih atas kebersamaan ini. Maaf sekiranya ada keterOveran berkata2, berjenaka dengan anda. Begitu jua buat Abe@ lelaki bukit= HILLMAN, MIMIE, FATIN N.. kuda kulari gagah berani..agagagga... kowang memang superb la mendesign bagai. i LIKE. nanti boleh la korang tunjuk ajakkan insan yang lemah ini. patutnya saya menjadi sebahagian dari korang.. adik beradik grafik.... sbb passion saya di situ... hahahah...

untuk team yang seterunya yang diketui PIKA tOn dan kuncu-kuncnya... iaitu CEROL dan YUFI ke CUFI...? hahahh... terima kasih!! kowang memang awesome bak kata CEROL. sowi di atas segala keterlanjuran berkata2.. sekiranya daku telah mengkoyak rabakkan hati korang, boleh hantaq ke ampang. meh nak jait semula..=P. CEROL kalo aku nek van lagi satu saat nanti mesti aku x leh lupa detik ko langgaq divider =P. biaq jd rahsia kita n all the freshiee, hahahahh. seriously iM sowi..=(

untuk yang terlebih PRO. hahahh... kalian adalah Skuad baru dalam redaksi kali ini. komen anda? huhui. TErima kasih atas keringat anda menghantar surat dan segala jenis kertas. Bertemu semua orang bagi memudahkan kerja redaksi kali ini. Tanpa anda, mungkin redaksi kali ini akan terputus hubungan. Andalah penyambungnya... sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepaa omaQ (as leader) JEnal, Adyla n Aby yang x makan pizza..=P


itu sahaja dari ku untuk mu. moga ukhwah kita terjalin semalanya... eh wait the minute.. x best lagi la surat ni


Khas buat AIDA, DIDI, HATEEM.... tq ATAS PERHatian kowang. Sokongan Padu. Untuk Piza PAH..=) Sowi salah silap. Moga PMUKM terus maju. moga kebajikan & hal ehwal mahasiswa terus menjadi tunjang kepada perjuangan PMUKM...=)

tak lupa buat AZAN (sebayakan?) terima kasih atas penyampaian usrah tiap2 malam jumaat...=) bukan setakat kenyang ngan piza pah.. malah kami kenyang jugak dengan pengisian rohani..=) "anda menjadi sebahagian dari saya, saya menjadi sebahagian dari anda"

Maka, dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini. Sesungguhnya yang baik itu datang darinNYA, yang buruk itu marilah kita baiki bersama. Moga pengalaman yang kita hadapi bersama ini mampu dijadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita. Berfikir sebelum bertindak. Hidup ini satu perkongsian, janganlah kita menepis segala pandangan orang sekeliling kita begitu sahaja. Sedarlah ilmu kita hanya sebesar kuman. hari-hari yang kita hadapi merupakan proses belajar yang tidak akan berakhir sehinggalah terpisah nyawa dari jasad. Ilmu yang terbaik adalah dari pengalaman. Moga Ukhwah kita kekal selamanya... SEKALI KITA BERKAWAN SELAMANYA TETAP KAWAN...=)

Gelak tawa, usik mengusik, pandang2, jeling2 korang terus melekat dalam hati aku sampai bila2.... and one more thing.. terima kasih Jenal, Fahmi, OmaQ, Syahmi n also Maber kerana sudi berdeclair ngan aku..=)

02 July 2011

.. touching kuasa 2

.....di sambung cerita.......................

lepas aku balik aku stop kat KL sentral, naik ktm ke bank negara,.. nak g sogo beli barang.. untuk pengetahuan semua aku x biasa dengan kehidupan LRT banyak lagi aku kena belajaq jd jgn tnya kenapa .. Subhanallah.. punya la ramai orang! aku dah la sowang.. sesak nafas aku. 30 minit guk la aku tercongok kat Kl sentral. KTM macam sardin!! lepas beli barang aku nek LRT ke cempaka..lega dapat duduk..=) pastu x pasal2 kena turun kat plaza rakyat sebab lrt rosak.. pulak dah! apa la malangnya aku ari ni. selain dari benda2 ni aku hadapi, ada lagi masalah lain yang aku kena pikir.! maka berserabut la dunia aku hari pertama. dalam 7 minit tunggu Lrt ke ampang (cempaka) pun tiba! ok fine! aku kena berdiri.. memang jam tulang belakang.. hahahha~ =- sampai umah dekat2 kul 10 malam! huhui 1st day KOt~

Mak aku call 3 kali, 1 call pun aku x leh angkat. sbb kebisingan yang terlampau. masej kurang berkesan. sampai ja umah aku terus call mak.. sebak gak hati ni tatkala dengaq suara mak.. asa sangat sangat sangat nak peluk mak. dia kekuatan aku. aku x kuat kot nak hadapi semua ni sowang2... tyme ckp ngan mak tu aku tahan ja ayaq mata.. aku x mau mak tau yang aku sedang sedih, cukup la mak hnya tau yang aku sedang penat..='(



Bila dalam train, ak asa lemah giler.. nak nangis pun da. Nak rebah sujud menghadap lantai bumi pun ada.. tapi semua tu aku lawan.. aku kena kuat. Sebb ini jalan yang aku pilih.


Tak cukup dengan tu, aku diuji lagi, tah kenapa & di mana salah nya tersalahfahaman antara aku ngan kwan (male) aku. Dia dah macam abg aku. Aku pun tak tau la kenapa, dah la aku tgh touching+ sedih+penat bagai..niat untuk berkongsi cerita ngan dia tu ada tapi tah la tetiba nak sentap. Cam x kenal ja sapa aku. Tyme tu dia tengah panas ati. aku x niat nak tambah api kemarahan. gurauan aku adalah seperti selalu. dia pun balas benda yang sama, tp sikit berbeza. pastu terus sentap yang berterusan.. habis suma komen di delete. nampak sangat yg dia marah. I'm sorry. Dia cuba samakan aku ngan yang lain2 kenapa aku x leh buat apa yg dia buat. Aku sangat x faham, kenapa aku kena buat sesuatu yang aku x nak. Puas hidup aku untuk penuhi semua keinginan orang. keinginan aku sapa plak yang nak penuhi. sekadar persoalan. Sebab aku x penah nak atau mintak supaya keinginan aku di penuhi. nampak sangat dia x kenal lagi siapa aku yg sebetulnya... andai orang yang aku maksudkan terbaca, kalo rasa aku satu LIABILITI tinggalkan aku.. bnyak lagikan kawan yang lebih baik & sempurna dari aku kat luaq sana. maka janganlah anda membuang masa hanya kerana bersahabat dengan saya.

Sekiranya sahabat lain turut merasakan perkara yang sama, anda boleh untuk menyahkan saya dari hidpu kalian. Untuk membuang aku is up to you, untuk buang kamu dari hidup aku , tak akan sekali berlaku. aku tak akan hulurkan salam perpisahan.Noktah.

p/s: aku sangat rindu dan perlukan mereka..........


sekian dahulu TULISAN SUARAKU( curik lagi.. jgn mare mr b@w)

First day

Assalamualaikum
Doa terus dipanjantkan agar aku & seluruh umat isalam, sentiasa berada dalam rahmat & lindungaNYA. moga taQwa & Iman kita sentiasa meningkat.. insyaALLAh..=)

Mula2 aku ingat nak update pasal SIDANG REDAKSI, tapi x palah, malam2 sikit aku update..

Saat ini aku deyutan nadi aku berdegup kencang rindukan dia di kampung halaman.
Semalam 1/7/2011 hari pertama aku melapor diri sebagai trainee di sebuah audit firm di wangsa maju. Aku melangkah tanpa sebarang persiapan. Aku just redah jer. Department mana pun aku x tau lagi sehinggalah aku di brief oleh HR eksekutif.

Bertolak dari rumah jam 7.10 pagi LRT Cempakara, turun Masjid Jamek, tukaQ LRT ke Kelana Jaya Line menuju ke Sri Rampai... 8.00 pagi sampai di Stesen lrt Sri Rampai... +- tunggu zaza, kami sampai kat tempat keja jam 8.10 pagi..

seusai di briefing aku di tempatkan di tax department. Bos pun baik. ada 2 orang lagi trainee yg sedepartment ngan aku, tapi diorang dah mula sebulan lebih awal dari aku.. kira senior sebulan la..huhui~

First dah keja dah menanti. aku ni dah la lampi.! lambat sikit la nak faham, penuh dengan kesabaran la sapa kena berhadapan tOk ajaq aku. first day aku masuk tu, suma orang bizi...! huhuii.. kurang perhatian terhadap aku... tapi ada kala nya trainee lagi dua orng tu tnya aku ok ke tak.. of course la aku jawab aku ok... sbb diorang pun sibuk aku cam x nak susahkan diorang... huhui... keja sampai kul 6.00.. tapi aku keja samapi 6.30 sbb aku masih x biasa ngan keja2 tu lagi.. sampai kena wat kat umah kot... huhui~

balik aku berjalan ngan zaza dari ofis ke stesen LRT sri rampai lebih kurang 7-10 minit guk la kalo jalan... memang sesak jalan tyme tu... menyelit-nyelit tuk lintas jalan.

will be continue..~