27 April 2011

Sehari sebelum Esok

Assalamuaikum...
Pagi ni cukup PEACE...
hujan hebat, memang akan menyenyakkan sesiapa yang tidoq. tapi sekarung ujan dah benti, aku jer yang x benti melaghakan diri, dari FB ke Maharaja Lawak yang dah bapa kali aku ulang, men PACMAN dengan pencapaian yang x boleh dikagumkan lagi tapi orait2 jer, stalker manusia2 lagi... agagagag sambil makan makanan terapi aku... luv it! basuh baju lagi. buku x buka langsung lagi since semalam lepas abis exam... apa nak jadi la nur hana oiii... cakap nak berubah... cam ni ka....
huhui~mOOd aku ni sejak belakangan aku menjadi full tyme stalker ni aku banyak ke laut china selatan.. selalu pikir & reka cita bukan2..aku sedaq aku bukan MAMAT KHALID [merangkap pakcik aku], bukan juga KHABIR BAHTIAR yang ceritanya mngusik jiwa & bukan juga CHAERUL UMUM yang meninggalkan kesan dalam cerita KETIKA CINTA BERTASBIH... tapi aku nak jugak reka cerita... agaggaga...~

tapi tulah setiap kali aku rasa something wrong somewhere aku cepat2 sedaq dari apa yang aku rasa tu.. think +Ve... huhuhi~
hmmmm.......... aku harap lepas abih exam ni, kalo rs pelik2 tu datang balik.. aku x kisah. But at this moment aku nak nyahkan semuanya sebab nak bagi laluan tuk aku fokus more tuk next n last paper... sebelum aku digelar peljar tahun akhir ijazah sarjana muda perakaunan....~

so last paper ni aku harus meletakkan diri sebagai kakitangan kerajaan. PERAKAUNAN SEKTOR AWAM. So, aku nak mula belajar ni... kepada yang medeka hari ni, especially rumet aku ... pesanan yang dok wat hinggaq petang t kalo dah best exam... agagagaga....~

sekian dulu...wasalam

Saat yang lain menjauh, KAU masih setia di situ,
mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku,
mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.

TERIMA KASIH YA ILAHI


26 April 2011

Menjalani Therapy stress

assalamualaikum & bertemu lagi!!

hahahhahaah... aku stress!! balik exam membuta sampai la bangun semula. pastu makan! pastu g merempIT ke Warta... dengan kelajuan yang x maksimum aku pun menunggang motosikal Lukman Ismail untuk membeli bahan2 masakan MEE TUMIS >>rumet aku nya resepi....

maka aku yang dah lama x bershopping makanan therapy aku...::mengambil kesempatan yang ada aku pun beli la mereka ini....::


aku beli air kotak dutch lady, cadbury roast almond,clound 9 punya gula2, biskut kering,nips, cummi n jeruk pelam
semuanya berkos :: RM15.45


rumet aku cakap:: "motif beli kids punya"~agagagag~

pastu on the way pulang, singgah pasar malam, sebab mek klate ni nak makan jagung...
tapi takdir menentukan segalanya jangung takde.. ahhahaha
dan aku beli tau fu fa RM 1 jer....~

balik kami bermasakan plak::

gabungan pelbagai jenis isi hidupan laut
saat mendidih
rupe mee selepas di rendam ngan air panas dari jarak dekat

and nOW nak bersiap nak g makan

aku+rumetmereng(ieka)+floormate yang kian menggila (temah+syud+aila) + weird guy (ijan) hahahah

bubbye kowaang!

i luv you!

P/s:: i maybe kuaq lagi malam ni.....~shhhhhh

Hari Ini

Assalamualaikum semua...

Today merupakan hari ini, yang merupakan hari yang bukan hari semalam, yang membawa kepada hari esok. itulah hari ini. melalui hari ini kadang-kadang payah & lelah yang kita temui. untuk mencapai rasa indahnya hari ini kita perlu bersyukur dengan hari semalam & berharap untuk hari esok.....

hari ini tanggal 26 April 2011, sehari selepas abang aku menyambut kelahirannya pada 25 April... kini usianya 32 tahun.. 10 tahun beza dari aku... tua dah angah!! agagaga

sebelum hari ni dan hari semalam, aku terlalu cintakan company law . walaupun aku x bapa nak skor tuk mid term, namun aku enjoy sangat belajar company law, TQ yang x terhingga tuk Hajah Farida kerana anda telah membuat saya jatuh cinta dengan LAW tuk kali ke 2.. insyaALLAH selamanya..~

tadi aku men tawakal ja.. aku harap aku tenang jawab soalan cuba ingat kes, sek sebaik mungkin.
markah final 60%. huhui~ tapi tadi aku cam blur kat satu part tu,... rupanya aku x study bahagian tu sebab aku terlupa!! ni semua penangan subjek AIS yang aku amek hari semalam. N malamnya aku syahid sampai kul 12. aku x wat revision law lagi... dah berminggu aku tinggalkan law... & tadi aku agak terkeciwa.. namun aku tetap yakin atas usaha aku selama ni. aku terima segalanya..

lepas ni aku da 1 lagi paper 2 hari selepas hari ni.. aku harap aku sempat study! tapi bukan hari ini,ESOK baru study... hari ni aku asa mOOd kelaut china selatan giler.. sbb ?? sbb akulah sang STALKER yang asyik terkeciwa dengan hasil stalkerlan aku.. n mengenangkan exam td...
tapi orang cakap pekara lepas usah dikenang.....

that's all from me tQ... next post lak....

24 April 2011

Marilah

Assalamualaikum & Selamat berhujung minggu...

Jam Mr Karl aku ni dah menunjukan 8.51 am...
Pagi ni alhamdulillah, aku lebih ok dari semalam. kalo semalam tyme2 cam ni walaupun dah bangun tapi aku masih ngantuk. hari x. moga aku terus di kurniakan kekuatan sebab aku exam esok! satu benda aku x prepare g... huhui.. sempat lagi berBlogging ni.. agagagag.. jap jer ni.

tadi bukak fb, ternampak benda yang bakal aku share ni.. sapa suka boleh copy or jadikan pedoman tuk menginsafi diri, andai x suka, ikut ang la... i dont mind. tapi x salahkan...~

So, bacalah sesama...~

Kita derhaka pada dia..

Kita abaikan dia..

kita tipu dia..

kita tak jaga hati dia..

kita cintai orang lain lebih daripada dia...

kita serahkan segalanya pada orang lain..

tapi...

bila kita menyesal..

bila kita sedar kita perlukan cinta dia..

kita perlukan dia..

kita kembali pada dia...

dia terima...

dia terima kita tanpa mengungkit kesalahan kita yang lama...

dengan tangan terbuka dia terima kita...

setelah bermacam pkhianatan kita lakukan pada dia..

dia tetap terima kita...(baiknya...ada ke macam ni??)

MUNGKIN INI LAH YANG DIKATAKAN CINTA SEJATI..

kalau lah kita jumpa kan...kan..kan..

sebenarnya

kita dah pon jumpa,cuma kita tak sedar..

bukan ke Allah S.W.T sentiasa akan menerima taubat kita..

sentiasa terima kita..

bukan ke itu cinta yang patut kita kejar,kita cari...

selagi ada kesempatan MARILAH kita kejar cinta ni...


Dan aku akan terus kejar Cinta Sejati ni, & aku bersyukur sebab hati aku x pernah terjebak untuk Cinta yg itu. Moga terus dipelihara sehingga yang betul2 halal ku temui.


kang kalo aku cakap lebih2 pasal cinta zaman sekarang ni kat sini ada yang terasa lak... takpelah. aku simpan jer! walaupun aku tau ni blog aku n aku boleh cakap apa aku suka tapi untuk menyakitkan hati orang dengan sengajanya itu bukan aku.


Tak kisah la nak kata aku apa pun. Tak kisah la dah bapa kali kamu2 semua bercinta (faham kot cinta ngan sapa). Cuma ,apakata kita insafi diri, kembali merapatkan diri dengan Ilahi...~InsyAllah~


23 April 2011

1 per 4 cuma... ~

assalamualaikum..
malas nak post sebenaqnya..
tapi mood study xder lagi, dah la paper isnin ni... satu habuk pun x pegang lagi.!! seyes x tipu! just pegang company law tu pun pagi semalam b4 aku xcident!

so..yang aku cuba post ni sebenaqnya lalu.. lebih kurang la menggambarkan 1/4 apa yg aku rasa
aku suka lagu ni sebab lirik dia penuh maksud. Maksud yg cam na tu, biaqla rahsia, tapi kalo tgk pada tajuk memang cam x bapa sesuai ngan aku.. HAKIKAT CINTA by DAYANG NURFAIZAH
tiap2 hari dengar sebab aku jarang berenggang ngan muzik x kisah la muzik jenis pa pun, dok melekat ja headset ni 24-7. tak caya tanya rumet saya...~

ni lagunya: part korus sampai abis....

Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah laraku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah Dia penawarku

dan sebab DIA la aku jadi kuat tuk berdepan mereka2 yang hadirnya memberi kesan teramat dalam hidup aku. kadang - kadang aku x faham, aku x nak pun semua yang patut aku rasa sekarung, tapi rasa tu datang jugak, & aku blur to face it. sbb tu AKU TETAP DIAM. sebab tu aku berpegang SILENT IS BETTER. biar masa menentu segalanya. kerna aku YAKIN atas apa yang telah diaturkan olehNYA. cuma naluri ni selalu bentak, sebab semuanya datang dalam 1 masa... maka biarlah ianya berlalu dengan mengharapkan PEACEMAKER datang membantu aku yang turun menjadi PEACEMAKER kepada mereka yg lain.

p/s:: sekadar pesanan, kepada stalker2 yang kasihi, bersaralah dari dunia menstalker orang andai diri x cukup kuat untuk menerima hasil stalkerlan anda...=)
aku berdoa jua agar abah aku cepat sembuh & sihat seperti selalu.. dia xcident semalam.
adik sayang abah n mak so much million,billion, trillion.... seinfiniti!

09 April 2011

YANG BERNAMA

Assalamualaikum & selamat study buat yang tengah study...

tetiba aku terfikir satu kisah. kisah al kisah tersebut lah 1 kisah, x tau nak nak kata ni kita mereka or kisah aku, or kisah sesapa yang kisah, aku memang x kisah pun apatah lagi kalo kowang pun x kisah... jd siapa yg kisah dan perlu kisah sebenaqnya..

First time tgk MAHARAJA LAWAK td... sian aku, dok UKM x sempat nak tgk... balik umah ni la masanya aku nak tgk ML & jd Mahapermaisuri... agagagaga~ Puas guk tgk performance JOZAN & JAMBU... Sepah pun boleh tahan... yang lain, biasa2 ja... tapi tepukan gemuruh la tok diorang , bukan senang nak buat orng ketawa, tepuk la wei...! bukan soh baca semata-mata! agagagga~

Hurm... aku actually lama pendam apa yg aku alami+rasai ngan sowang ni. Dak UKM guk, sapa kenal, kenal la. So kalo kamu adalah kenalan rapat dia, maafkan aku. aku x bermaksud apa2 atau nak kata apatah lagi mengutuk dia, sapa kenal aku baru dia tau aku cam na. tp up to you la nak kata apa kat aku pas kowang baca ni. ini just luahan hati aku. aku dak hak pa nak cakap pa yg aku nak. THIS IS MY BLOG bukan kamu. apa2 tima kasih atas kunjungan ni..=)

aku kenal dia sbb aku da terlibat ngan satu progm ngan satu persatuan ni yang dah banyak buat perubahan dalam hidup aku & orang2nya. tapi bukan sebb dia la. aku just secara xcident kenal dia. Umo dia sama ngan abg aku, nama pun sama ngan abg aku, haish! agagaga...

Aku ingat dia ni mula2 ok la... maklumlah dia menuntut di fakulti yg berhadapan ngan MAsjid. Dengan usia dah sebaya ngan abg aku, menuntut dalam bidang agama. pada awalnya aku respect w/pun berbeza idealogi..=) x kisah la semua tu........

Aku memang xder masalah ngan dia pun. sampai la satu saat tu, dia menyapa n layan aku as musuh , xkisah la dia terniat atau x. tapi itu yg aku rasa. masa tu hari persandingan. PERSANDINGAN? masa tu aku bertanding.=) 1 sejarah lalu disingkap semula. tah apa masalah dia tah.. mula2 tu ok lagi2.. lama2... aku pun cakap, eh, tak pelah, saya nak masuk kelas. kebetulan masa tu dia berada di fakulti tempat aku mendapatkan ilmu. aku tipu jak.. klss aku lambat lagi. hahaha... aku pusing2 kat fak, jumpa balik dia, dia approch lagi.. eeeE!!!@#$%^&*!! sakitnya hati boleh lak purak2 "suci" innocent giler muka. ingatt aku tau ka kamu tu cam na... huhui.. malas aku nak story lebih2 ja....

Masa tu ko mesti lupakan yg akulah manusia yg keep masej ko soh ko g ppp tuk amek cek progrm sbb ko bendahari progrm. 1 masej pun x balas. aku masj ajak g meeting, x der respon.. huhui~sabaq jer la... sampai la satu saat tu ko balas, ko kata ko dtng . alhamdulillah. tp masa meeting bayang pun tak nampak... sampai sudah program orang lain yg buat kerja tu tok ko... So SWEET ko kan?? aku tanam perasaan dalam diri, sabaq yer hana mungkin dia sibuk, ikhlaskan hati semata2 keranaNYA.... selesai 1 citer

aku x tau la mana silap nya. ko selalu menyuluh dalam terang, di tengah bulan mengambang, cahaya lampu kalimantan bersinar terang, ko masih nak guna torchlight hpon ko nak suluh sebuah keterang benderangan. x faham aku. Malam tu aku approch ko sebaik mungkin. bertanya adakah ko dengan seseorang yang KAMI carik. ko cakap TAK, N ko X KENAL pun orang tu.!! what the fish la punya jawapan... alih2 ko datang ngan hamba ALLAH yang kami carik. hurmm.... sabaq2.... memang menduga tul ko ni... aku selalu rasa hormat pada ko sbb ko tu dah macam abg2 aku. ko lebih tua dari aku. tapi ko selalu koyak carikkan keRESPECTan aku kat ko ngan benda2 cam ni....~

now! ko buat lagi, ko janji bagai ngan kwan aku, ibarat berhektar2 ladang tebu ko tanam kat bibir ko, tambah dengan madu lebah yang jd sarapan ko barang kali, ditambah dengan kemanisan jam strawberi yang mungkin jadi kegemaran bakal zaujah ko, or zaujah ko. aku pun x tau ko dah kawin lum.. lepas semuanya ko tabur janjikan cam ko tabur dedak ayam, ko kutip balik dedak2 ayam tu, sbb ko rasa ayam2 ni tak patut makan dedak, tapi makan bedak. ea? melalut sudah aku. Tak salah , & x terlalu kasar tuk kata ibarat dah ludah jilat balik. kalo ada pepatah cakap kalo terlajak perahu boleh berundur terlajak kata WANG ANDA BINASA[ lama x tgk citer SEMPURNA tv3]... bila dah telajak kata memang ko ni agak melampau la.. kesal jugak aku.. Kau yang sering melaungkan kalimah2 suci, berani menodai sebuah janji. Adakah ini yang dinamakan matlamat menghalalkan cara. aku ingat aku faham ko & crew. rupanya tak. ko makin peningkan aku. aku ingat ko betul. upanya ting tong di tengah hari isnin. hurmmm... maaF sangat atas kekasaran berbahasa sebab terkandung emosi exam sebenarnya..

APA2 pun aku doa yang terbaik tuk ko, semoga ko dapat apa yg ko nak.
Buat mereka yang terasa dianiaya dalam sedar. MAAFkan lah mereka2 itu.... mereka itu x sedar, because mereka sedang tidoq nyenyak di buai mimpi indah, berdengkur bagai... =)

sowi sekali lagi... x terniat, just nak ringankan sasa yang membekam di jiwa. Yang x puas hati, apa yang ko tau? ko tak penah alami apa yang aku alami. ko bukan dalam posisi aku, dan ko x akan penah letak diri kowang dalam posisi aku..... tak per x kisah pun.

aku pohon agar diriku x terkurang ajar dengan mereka yang lebih berusia...
sebab mak & abah pesan :: hormat orang yang lebih berusia...=)

terima kasih YANG BERNAMA, ko buat hidup aku more colorfull....=)

04 April 2011

MR PIZA

Assalamualaikum...


Semalam tanggal 3 April, Bestday abang aku yang sulong,.... dia call aku 2/4/2011 jam 10.30mlm cam tu,aku x angkat, 3 kali misscall.. aku xdengaq n aku tgh makan kat satu tempat yang sudah pasti bukan kafe haji Rosli(kafe ktho)! hpon aku tersilent sbb b4 tu aku study....~lepas aku sampai UKM area kul 3 lebih cam tu... aku msj dia... aku cakap aku silent fon x pasan... n penuh bangga aku wish HAPPY BESTDAY tO my ALONG...~pagi td dia masej tnya dah bgun lum. pastu msj lagi. balik kedah bus kul bapa? hahahah... msj dia aku x layan sbb aku tidoq.. aku tidoq pas subuh.... memang rezeki x masuk! hahaha... maaf la x terdaya nak bertahan.=) kalo ada bakal zauj aku yg terbaca statment ni(ada kew?), maaf la yer, bukan selalu sy wat cam ni...=) hahahahha~

pastu dia call, aku jwb la... apa tah dia cakap aku x pasti.... aku mamai g....~ then td (3/4) masa tunggu maghrib.. aku kalot dok edit assignemnt, hpon aku cas, along msj aku x pasan... then dia kol suh siap ajak makan.. dia bg ms 15 minit! haish! selalu cam tu.. huhui~sabo jer la.... cepat siap & solat... masuk ja keta kena buli... pok pek pok pek along n alang... haish! pastu g makan kat soho seafood, kena buli lagi! sepanjang perjalanan p sampai balik... ada ja yg nak kenakan aku.. huhui... bg tau mak!....

huhui ... yg x tahan tu, along beli h/pon baru kat mak... wawawa............ nak jugak! aku wat la citer sedeh sambil tunjuk h/pon aku yg dah x berlampu... kalo gelap memang x leh nak masej... pastu dia tanya mana2 xder lampu, sambil ambil something dlm beg dia.. kureng asem! dia amik torchlight kecik suluh hpon aku... slamba ja ckap.. "ha... tu kan ada lampu"sabo jer lah!.....

mak dpt hpon samsung, touchsreen... hahahah.....~jeles2... hadiah bestday 9/3 ritu...
masa bestday aku aku dpt perfume jer.... tp masa aku dpt tu mak n abah pun dpt perfume versace lagi.... huhuui~

nak guk lagi!

apa2 pun TQ 4 the dinner,.....=)

HAPPY BESTDAY ALONG... x yah la kawen lagi... tunggu adik lepas dulu... hahhhaha.... sila taja saya sambil habis belajaq ok...=)


[nama dia MOHD PIZA YAHAYA, betul! x tipu]


[dia lah banker kebanggaan saya]


[tq 4 ALLAH coz gve me YOU as my brother]
dia suka buli aku,
aku tanya kena suka buli aku
dia jawab "aku kan ABANG" penuh bangga...


01 April 2011

MENU MALAM INI

Lapo sebenarnya tyme discussion td....agagagga....

maka balik terus mencari makanan, sbb sakit kepala kurang oksigen kat otak... sbb makanan turun membekalkan oksigen pada kita... agagaga.. betul ka apa aku cakap ni....~ satu g Dr pesan soh jaga masa makan, sbb aku dah ada migrain... anytime leh dapat gastrik....=P
maka tersedialah satu hidangan.........................dari bahan2 berikut

:
:
:
:
:



[stok maggie yang dihantar oleh angah]


[black pepper dari sarawak]


[neslo ais kafe Hussein]

JIMAT x??
Kos:: RM1.60 ja tuk dinner

sekarang dalam proses nak makan, tp xdr nafsu pun nak makan.....
Ais pun dah cair......
agagaaga....
mungkin ......~

apa2 pun aku bersyukur sbb masih mampu ada makan.
ada insan yg lebih malang makan sekali ja sehari sebab kehidupan yang melarat
TQ ALLAH =)

WANITA

Assalamualaikum...

sedang berdiskusi tOk presentation esok....agagagga.... which one is better? BMW or Mecerdes Benz?


tetiba terbaca artikel ni, b4 ni pun dah baca, kali ni tok dijadikan something yang boleh dikongsi bersama......

Wanita . Akal Senipis Rambutnya.Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

p/s ikhlas dariku untuk bakal zauj sekalian::
  • sila pastikan diri anda menjadi IMAM MUDA b4 anda melamar mana2 mawar berduri ...
  • Jgn cepat melatah/marah dan yang sewaktu dengannya dengan sikap/peél bakal zaujah anda, selidik dulu kenapa dia bersikap demikian.
  • Wanita ni lembut hatinya, mudah terpengaruh, pandai la kawal nanti..
  • Dan jgn pulak jadikan wanita sebagai bahan ujikaji untuk keuntungan & kepuasan diri.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

[wanita by dehaerty]