31 December 2010

Sayonara!!

Assalamualaikum W.B.T

Moga kalian yang menyinggah kat blog saya dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dalam lindunganNYA.

Malam ni, suasana agak sunyi di Kamar KIB 10* Kolej Tun Hussein Onn UKM, kerana saya keseorang. Bertemankan lagu2 yang membuat saya dekat kepada Sang pencipta, Keluaraga & sahabat. My rumet ke Trolak untuk program Bakti Siswa. Kenapa saya x ikut?? Saya ada keja lain yang perlu dilaksanakan. Kalo ada my rumet, mau tonggang terbalik bilik ni, hoBi saya suka carik gadoh ngan dia..=). Tapi saya yakin, di luar saya mesti happening habis, mana taknya suma siBok nak countdown jap lagi, tunggu detik jam 12.00 kita mula melangkah meninggalkan tahun 2010. Tak per lah, yang kat luar tu, saya doa kamu semua selamat. =)

Apa motif saya sebenarnya ke sini?? Tah la... rasa cam bisu tetiba sbb x boleh nak bercakap.
Pada hari terakhir 2010 adalah hari yang saya paling kurang bercakap, td pagi meeting pun x cakap banyak+ Call mak+ Mak Call+Abg call tu jer kot.. eh lupa lak.. my rumet pun call..

Menyingkap kembali perjalanan kehidupan 2010, macam2 cerita. Banyak kenangan suka duka yang mungkin x boleh lupa.

Bermula dengan pilihan raya kampus+menjadi mpp sampai sekarang+berkejar ke sana ke sini +ke klass+mid term+ assignment+presentation+Final exam.. alhamdulillah suma dah saya tempuh dengan selamat....=) selamat kah??

Rasa yang pelbagai saya rojakkan sekali menjadi satu rasa. Sedap ke? Telan jer. Kalo nak citer cita sedih, banjir satu UKM kot...Pretend cam xder apa2 yang berlaku. Kadang2 tu tewas jugak... lalu air mata mencurah membasahi bumi. Salah satu Kisah bila mana saya x pasti di mana silapnya, sampai sekarang saya menunggu jawapan dari seorang teman A kenapa dia wat saya cam tu. Apa salah saya. Teman B selalu pesan "takperlah maafkan jer, A bukan bermaksud pun nak sakitkan hati saya. A tengah marah tu" . kenapa saya jadi sasaran. Ada jer msj yang saya terima yg sangat menyakitkan. hurm....[A & B adalah kaum adam]

dah la x nak la sambung citer sedey...

tahun 2010: saya akan terus rindu family PMUKM, terutamnya yang dah berhijrah ke alam pekerjaan... dah xder orang saya nk gadoh, dulu ada Rasydan, Firdaus.. boleh gadoh, ada Kak tini, jiRan diofis selalu back up sya bila si Rasydan n Firdaus cuba membuli. Makan bersama,gelak bersama,bercerita bersama.


Rasydan Rais


Kak Tini N Firdaus


Pengalaman yang x mungkin dilupakan bawak moto seorng diri tanpa pembonceng dibelakng ke Broga Hill Seawal jam 3 pagi. huhui.. w/bagaimanpun saya tidaklah berseorangan dijalan yang gelap gulita, hutan kiri kanan Rasydan n Daus di depan, belakang ada Yudha, belakang Yudha ada kereta MPP UPM. Saya yang pilih untuk naik moto.=) Nek moto Daus tyme tu, dah la moto dia baru lepas xcident.



Broga Hill

Sebelum 2010 berakhir saya telah ke Sarawak tuk kali ke 2 selama 2 minggu. alhamdulillah banyak yang saya belajar dari program ini. Bersyukur sangat sebab program ini menjadi 1 lagi kenangan terindah dalam hidup saya. Terima kasih yang x terhingga kepada Sang pencipta kerana telah menemukan saya dengan sahabat2 PROKKIPT 2 especially..TALANG_TALANG.

.

Sayonara 2010.

Moga 2011 dapat ditempuh dengan sebaiknya. Moga apa yang tersirat,tersimpat,terikat dihati dapat dilaksanakan pada tahun 2011. InsyaALLAH.
Moga dipermudahkan segala urusan.

16 December 2010

SEKIAN LAMA

Assalamualaikum W.B.T

Setelah hampir setahun, blog ini ku biarkan sepi sendiri, penuh sesawang,lalang, dan segala bagai ternakan.. hurmr...
Tah kenapa tetiba hati terpanggil tuk menulis kembali. Sebenarnya, dah lama terpanggil tuk membersihkan belukar ni, tapi ada ja kekangan. Besar peranan blog ini pada aku. Blog ini menjadi medium yang terbaik untuk meluah rasa hati, memandangkan hati ini sukar untuk berkongsi cerita melainkan kena caranya.

Dalam tempoh masa setahun ni, terlalu banyak dugaan yang datang tanpa dipinta. Namun kugagahi juga, kerana aku percaya ALLAH menguji seseorang itu atas kemampuan manusia itu. Sesunggunya ALLAH S.W.T MAHA ADIL LAGI MAHA MENGETAHUI.

Banyak juga yang luahan rasa yang dipendam jauh ke dalam dasar hati, tak mampu untuk diluah, susun menjadi bait kata. Aku Insan Lemah. Kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Kebangaan Melayu ni terlalu banyak cerita duka berbanding ceria.

Kepahitan hidup aku jadikan sebagai kekuatan untuk terus melangkah untuk capai kemanisan masa hadapan.. Insyaallah

Terlalu banyak dan tinggi harapan yang diberi untuk aku penuhi. Pada suatu saat itu, aku hanya mampu mengeluh, takut aku akan mengecewakan insan tersayang. Rasa sedih mula menghampiri.

Dalam kepayahan yang aku hadapi, ada insan yang sangat memahami aku. Kata2nya selalu menjadi kekuatan , peniup semangat untuk aku terus melangkah dan mencapai apa yang telah aku usahakan, tanpa perlu bercerita, dia tahu aku sedang berduka. Kerana dia aku masih di sini. Saya sayang emak saya!! (T_T)

hurmm.... cukup dulu setakat ini. Moga bertemu lagi. (menahan kesedihan).
Aku bersyukur atas kesempatan, ruang, rezeki yang telah dikurniakanNYA padaku..
Moga aku terus Istiqomah~~

wasalam~
HANA YAHAYA

09 February 2010

Antara ENGKAU & AKU~


www.iLuvislam.com

::Assalamualaikum::
entry ini diCopY adalah kerana
ianya mengambarkan aku ketika dan saat ini...


Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

01 February 2010

aku hanya......~


Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Malakukan kebaikan supaya
Orang lain dapat manfaat..

Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

Kini ku lemah
Namun tak pula aku ingin lemah untuk selama-lamanya..
Aku berharap aku kan kuat..
Dan aku mohon sangat-sangat..
Biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..

Dengan itu aku berusaha..
Dan Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..
Redhailah aku..

30 January 2010

Duhai sahabat~




Duhai sahabat,
Aku adalah orang yang dulu dekat denganmu
Aku adalah orang yang dulu pernah bersamamu
Aku adalah orang yang kini mungkin kau tak ingat

Duhai sahabat,
Dulu kau berjanji tuk setia padaku
Dulu kau berjanji tuk tetap seia-sekata, apapun yang terjadi
Dulu kau berjanji tuk takkan tinggalkan aku

Tapi mengapa,
Hanya kerana sesuatu kau jadi lupa
Hanya kerana sesuatu kau jadi menjauh
Hanya kerana sesuatu kau jadi hilang

Tak tahu,
Ke mana harus ku cari saat dulu
Nasihat, kata-kata, gurauanmu
kini air mata menjadi peneman dan pengubat rindu
bila dirimu datang menerjah mimpi

Semoga,
Kau bahagia
Kini,
Ku terpuruk disini
Mengenang masa-masa kita bersama

Sambil ku berharap,
Adakah kita masih dapat bersama~

26 January 2010

provok??????



::assalamualakum::
salam provokasi...motiff???

wah2!!! beStnya..
sedapnya rasa bila mulut kita mampu dan GAH untuk bersuara!
kini mahasiswa punya suara yang lantang.. tapi perlu ada hadnya....

saya yang BERNAMA SITI NUR HANA YAHAYA tahu apa yang saya buat, saya tahu apa yang saya lakukan...
jangan la nak provok2 segala bagai kat saya
henti2kan la..
dan penat dah sebenaqnya ngan benda2 cam ni..
cuma kadang kala terasa sakit jugak la di hati....
bila provokasi bukan pada diri.. tapi tempiasnya tetap dimiliki
tapi kejadian tadi, bukan satu provokasi
tapi situasi yang memakan diri kamu sendiri
jangan nak berlagak, jangan nak kata yang kamu jujur, jangan cuba beritahu saya yang kamu tidak pernah melakukannya!
sudahlah...
saya bukan tak boleh terima teguran, kalo saya silap saya terima...im very open person..
but , plz watch out with ur words!!
jangan tuduh, jangan serkap jarang, jangan kata apa-apa bila mana kamu tak pasti dan tak tahu apa-apa..
TENGOK DAN DIAM!
saya tahu kamu!! dan saya tahu sapa saya!!
kadang-kadang hidup ni perlukan sesuatu yg extream, mencabar..
salahkan aku untuk itu!!!
saya pun nak jugak rasa apa yang kamu rasa...
salahkan..
dalam dunia ni xder apa dan sapa yang sempurna melainkan DIA yang ESA.. rasa nya kamu lebih arif soal tu...
kalo kamu rasa x puas hati dengan saya...
ikut kamu la
saya x boleh buat apa2
hak kamu kan?
mahasiswa?
ada saya kisah???

aku pun x tau kenapa aku patut rasa marah+sakit ati+sedikit emo...
just relex k!
tp honest aku cakap aku x menikam sapa2 n apa2!
aku marah sebab dia.....................................
x pa lah...
seorang sahabat penah nasihatkan ..
dugaan tu..
kena tahan!

dalam situasi tadi,
ada seorang jer yang tau perkara sebenaq

sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL
what u give u get back!!
kamu masih mampu mengukir senyuman..
bila mana perkara yang kamu argue dengan saya tadi...
puP!!
terkena atas batang hidung sendiri...
dimana kebenaran kata- kata kamu tadi!!
aku pun hanya mampu tersenyum.. tersenyum bangga..
w/pun tu perkara besa..
tapi aku tetap bangga!
lantak la orang nak kata apa!

lain kali jgn pernah "cuit" aku kalo x bertempat....

saya tau kamu lebih berusia dari saya...
maaf atas ketelanjuran berkata...
lumrah hidup perempuan...
sedkit beremosi!
huhuhi~

kata saya untuk kamu:: bila bercakap tgk situasi, kata mahasiswa, kata hebat...
so matangkan sikit.. jangan sampai saya terungkit perkara yang x perlu dibangkit..

sekali lagi ampun dipohon...
kalo saya ada tersilap kata, maafkan saya
nasihat la saya sebagai seorang adik dan sahabat..
bukan sebagi musuh~


BERUBAHLAH UNTUK MENCARI KESEMPURNAAN WALAUPUN PADA HAKIKATNYA SUKAR~


25 January 2010

suara aku~


alhamdulillah...
doa dipanjat tanda SyukUr kepadaNYA yang telah memudahkan perjalanan hidupKu hari ini..
walaupun kesihatan terjejas namun kugagahi demi SATU PERJUANGAN~
walaupun ada mata yang memandang aku dengan pelbagai cara, pelbaga tafsiran dan andaian.. ku biar pandangan itu
kerna adakala aku x mampu untuk puaskan semua!
aku tau apa yang aku sedang laksana dan lakukan
aku punya cara aku!
biarkan aku dengan cara aku
jGn kamu mencampuri urusanku
bukan maksud bangga diri...
tapi ini realiti kehidupan aku! bukan kamu!
andai kamu terguris dengan aku...
maafkan aku...~~

hanya aku dan DIA yang tahu
yang lain hanya pandai mengata itu dan ini tanpa mengetahui apa-apa
hanya mengingati DIA aku kembali tenang..
tasbih dijari terus digerak tika MENGHADAPNYA~
adakalanya aku jadi takut,risau
perasaan ragu mula mengambil tempat dihati
tp kubiarkan pergi...
kerna aku perlu lebih YAkin!!
mARA kehadapan!!
unTuk SATU TUJUAn, SATU haSRAT
SATU PERJUANGAN!!!
AGAMA, bangsa,negara akan terus dibela
wahai dunia...
sedarlah
bahawa
MUJAHIDAH ini
telah bangkIt...
dari satu SEmanGAt!!
xakan GENTAR
Xakan Sekali BERunduR
untuk saTu keadilaN
untuk satu KEbenaran
untuk SATU KETULUSAN~

insyaallah.... semuanya akan selesai...
berikan 1 kepercayaan
akan keperjuangkan
segala apa yang dituntut

andai ini semua tidak kesampaian...... katalah apa saja~
aku terima....~

tapi Xsemudah ABC untuk aku mengalah~
just wait n see~

KINI MUJAHIDAH NUR HANA BANGKIT BERBAKTI
untuk sesuatu yang
HAKIKI~

calon anda~




::assalamualaikum::
salam ukhwah
salam 1 malaysia

SITI NUR HANA BINTI YAHAYA
CALON FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
KERUSI TAHUN 1&2

CALON ANDA NO 2..

16 January 2010

cukuplah DIA

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.....


buatmu lelaki~



Buatmu lelaki,
Yang satu masa nanti bakal aku cintai,
Maafkan aku seandai cintaku untukmu,
Tidak sebesar yang kau harapkan,
Tidak sehebat yang kau impikan.

Kerana duhai lelaki yang bakal miliki diriku,
Mungkin cintaku takkan pernah sepenuhnya buatmu,
Cintaku mungkin takkan pernah buatku gila,
Menangisimu bila rindu berjauhan
Masih mahukah kau memilikiku?

Duhai lelaki yang bakal kucintai,
Lelaki yang bergelar suamiku kelak,
Kerana segalanya tentang diriku,
Sudah dimiliki terlebih dahulu oleh-Nya,
Hanya Dialah 'Cinta sejati'.

Kerana Cinta sejati itulah kau & aku bernafas,
Kerana Dia Yang telah menciptakan aku,
Lalu dengan kehendak-Nya aku bertemu denganmu pasangan hidupku,
Dia yang tumbuhkan cinta dihati kecil kita,
Maka Dilah yang lebih layak untuk dicinta sepenuhnya.

Namun lelaki yang bakal bergelar suamiku,
Usah gelisah mendengarkan sebuah pengakuan ini,
Kerana di dunia ini, cinta dihati ini hanya milik seorang adam,
Tidak akan ada duanya adam yang akan memilikinya,
Dan satu-satunya adam pemilik cintaku itu dikaulah orangnya,

Jadi duhai lelaki yang bakal kucintai,
Maafkanlah seandai ini kekurangan dimatamu,
Derhakakah aku sebagai seorang isteri nanti,
Jika aku mendahulukan cinta kepada-Nya?
Kuharap kau akan mengerti.

siapa adam pemilik cintaku itu, cuma Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak tahu siapa.
sesungguhnya,
::DIA MAHA MENGETAHUI::

07 January 2010

SOLAT DI HUJUNG WAKTU~




::ASSALAMUALAIKUM::
Apa yang aku nak post kali dah lama tertulis dalam sebuah buku milik aku sepenuhnya masa kat KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)...
perkara yang bakal aku kongsikan ni... bukan la dari aku wlpun tertulis dalam buku aku.. tak silap aku, aku salin balik ja dari memo yang rumet aku dapat... So.... aku ingin berkongsi... moga2 sahabat2 kalian mendapat sesuatu dari perkongsian ini... jika aku tersilap... atau memo yang aku salin balik 2 ada kekurangan... jgn malu jgn segan,tegur2 la... *******************************************************************************

Rupa-rupanya ada cerita disebalik kita yang lewatkan solat. Kalau puasa, amalan kita terus kepada ALLAH S.W.T.
Tapi kalau solat ada "POSMEN" yang tolong hantarkan....


Jika kita solat dihujung waktu, kita xperlu bayaq tOl,
tapi sekatannya dilangit pertama,

MasyaALLAH.....

Posmen kita merayu-rayu pada penjaga langit pertama supaya memberi laluan kepada meraka untuk menghantar solat kita.

Tapi tidak dihiraukan.

Malah dicampaknya solat kita kebumi lalu jatuh berderai.........

pengajaran yang ingin disampaikan:: Solat dihujung waktu samalah dengan TiDak sembahyang....
**********************************************************************************



*SEKADAR PERKONGSIAN SEMATA-MATA*
MUNGKIN PENILAIAN KITA BERBEZA
ADA YG BERSETUJU & SEBALIKNYA

terserah anda.....





RENUNG-RENUNGKAN
DAN
SELAMAT BERAMAL

05 January 2010

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR~





Align Center


alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan keizinanNya Kursus Calon MPP selesai dengan selamat... Syabas diUcapkan kepada semua... terima kasih kepada penganjur~ kursus mpp ni banyak in door dari out door... apa2 tetap ok! banyak maklumat & informasi terkini yang aku dapat.... tp suara aku agak tersekat untuk bersuara dlm kursus ni... aku x tau kenapa n mengapa... ada hikmah suma ni~ kat sini aku nak kongsi beberapa patah perkataan yg berjaya mencuri perhatian aku tyme kursus tu antaranya::

CULTURE FITNAH....dr nc POLITIK KAMPUS= DARAH MUDA REMAJA..dr yg berbahgia Prof Datuk Dr. Shamsul Amri PEMIMPIN BERJAYA N PEMIMPIN BERKESAN??... akan aku komen kat bwh.. teruskan bcaan... PEMIMPIN N LEADER BERBEZA.. ...PATUT MEMPERKASAKAN.... ANAK MUDA MUDAH TERPENGARUH, ROBOTIK, MATERIALISTIK UKM= LAHIR DARI ASPIRASI RAKYAT POLITIK=CARI MAKAN??? SISTEM PENTADBIRAN+CARMPUR TANGAN ORANG LUAR DEMONSTRASI=GIMIK POLITIK MAHASISWA BERSIFAT TEMPORARY... EGO= ETHIC GRIVANCES ORGANIZATION ASPIRASI RAKYAT... akan diperjelaskan .. NI BUKAN PARLIMEN.. ... LAGI BANYAK KEKANGAN , LAGI BEST PERJUANGAN.. ..NAK BEBASKAN KEKANGAN... ..KITA X BOLEH BAND THE RULES,.. BERGERAK,SEGERAK,SETEGAK
HIBURAN
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pekara pertama yang nak aku komen::
PEMIMPIN BERJAYA& PEMIMPIN BERKESAN~
first , sapa kita nak judge cam tu bila mana kita belum berada didalam portfolio tersebut..
memang as rakyat, kita boleh nilai pemimpin kita cam na...
cara dia bekerja
cara dia wat keputusan
dan lain2...

jadi pemimpin bukan satu perkara yang mudah
amanah+tangungjawab yg dipikul sangat besar...

kIta...
generasi hari ini merupakan pemimpin hari esok
perlu lebih Rasional+fleksible dalam mengeluarkan kata2/hujah2
mememang betul kita punya hak untuk bersuara...
tapi perlu peka terhadap keadaan sekeliling...
kadang2 kita bercakap+berhujah untuk sakitkan hati pihak lain atau pesaing dalam perjuangan kita,
apa yg kita dapat...
bg aku pendekatan cam ni kurang berhasil....

pengklasifikasian antara pemimpin berjaya dan pemimpin berkesan
x perlu dilakukan..
aku faham motif sebenar saudari yang bertanya tyme kursus tu....

bukan x boleh buat pengklasifikasian...
cuma bg aku kurang tepat...
menunjukan ketidakmatangan....

sepatutnya PEMIMPIN, perlu ada kedua-dua sifat
BERJAYA..
BERKESAN dlm segala tindakan....
dia perlu tau tu....
PEMIMPIN yang bErkesan mampU menghasilkan sebuah kepimpinan yang berjaya!!
BERJAYA& BERKESAN x perlu dipisahkan!
bila ada muslihat dalam soalan,
soalan nampak x jujur,
nampak kegoyahan dalam teori yang ingin dikemukakan
teori dia x berjaya menarik hati aku...
maaf!
mungkin lain orng lain pandangan


memang x slh statment saudari tu...
sapa la aku untuk wat penilaian
tp aku berhak untuk bersuara n nyatakan pandangan
bg aku dia perlu melihat@meletakkan diri dalam situasi sebenar PEMIMPIN...
sebagai pemimpin, perlu memiliki sikap yg teliti dan melihat organisasi+permasalahan secara KONSEPTUAL.. secara menyeluruh
bukan dari satu sudut...

cukup sekadar itu~
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perkara ke2 yang aku nak komen::
bila terlalu banyak menghentam....
orang dah lali...

xder orang nak amek tau lagi...

lantak la korang nak cakap apa pun....
pasni x da orang nak peduli dah dah jadi biasa sangat!!
adat pembangkang ..
aku pun suka jadi pembangkang aku memang dilahirkan untuk membangkang... dalam perbahasan aku suka side pembangkang!
tp bukan soal aku yang ingin aku perkatakan...
soal KAMU~

PEmbangkang memang diperlukan!
tanpa pembangkang pentadbiran akan jadi SS...
tapi nak membangkang pun ada cara....

betul atau salah tolak tepi....
yg penting..

kena cara apa yang aku katakan untuk kebaikan bersama....
bila asyik hentam....
korang lupa sesuatu yang amat penting!

SOLUTION!
hentam tanpa solution,
kemana langkah kamu...

korang akan terus x dipandang w/pun selantang mana suara korang...
buktikan pada dunia... kamu pembangkang yg bermaruah!!
kamu punya solution!
kamu punya vision!
pasak perjuangan kamu dah kukuh bila
ISLAM kamu perjuangkan!
tp seperti yang aku katakan tadi...
without solution (penyelesaian yg sebenar-benar penyelesain)
perjuangan jadi
nothing...
so.. amek la apa yg boleh amek dr apa yg aku cakap ni.......

maaf atas ketelanjuran berkata~
sekadar luahan rasa.....

aku punya matlamat sendiri

matlamat aku bukan diri aku
tp PerJuangan yG sejati..
sementara menunggu mati....
hidup kembali diakhirat nanti~


~wasalam~


BAkTi siswa 3~

::assalamulaikum::

entry ke dua untuk hari ini...


bakti siswa
dah jadi program wajib tuk aku sertai bg setiap sem
x penah miss lagi la....
secara keseluruhan OK!

portfolio aku pada asalnya menjadi urusetia yang suka rela.... means aku x terikat ngan mana2 tugas... ala2 TTK guk...
organisasi BAkTi siSwa kali ni.. diterajui oleh junior2...
x kisah pun...
as a senior x semestinya kita kat atas kan??
tapi cukup sekadar dihormati.....

pada awalnya aku mls nak join memandangkan ramai senior yg x join..
memandangkan saudara Hakimi ni selalu tolong aku...
adalah berpatutan untuk aku balas jasa dia...
tolong program dia...
alhamdulillah.. aku tolong sehabis baek...
pada awal program banyak yang x betul....
bila aku masuk meeting... bising la aku..
diam 1000 bahasa dak2 junior ni...
macam2 x betul.... dak2 ni dah x tau bukan nak tnya senior....banyak benda guk la aku teguq
nasib korang la...
nak dengaq ke tak up to them...
aku cakap apa yg aku tau... untuk kebaikan program...
habis disitu~

masa program berlangsung,...
btw... 2 hari sblm program berlangsung... dari SUKARELA aku terikat dengan 1 portfolio baru
PENGARAH PROTOKOL
motiff???
x perlah aku terima demi kelancaran program~

bekerja dengan masyarakat kampung paya mas tangkak satu pengalaman yg sukar untuk aku lupakan...
ada suka,
ada duka..
pahit manis... suma menjadi 1!
macam2 peel....
dari adik2,
ibu2
bapak2
hingga ke nenek n atuk
alhamdulillah suma masih dikawal...
w/pun banyak misunderstanding n miscomunucation...
sikap profesional dlm kalangan student UKM
membuatkan keadaan terkawal~

konflik sesama ahli
memang menyakitkan!
malam pertama postmortem dibuat....
aku yg lead atas arahan Hakimi....
sbb dia faham, di tau aku cam na
aku dah demam saat tu..
xterdaya tuk meneruskan hari kedua...
tp aku perlu bertahan demi kelancaran program
harapan kimi sangat besar untuk aku n ieyka terus kuat tuk program dia..
bukan nak cakap aku ni bagus,,.... portfolio protokol yg aku pengang dah bertukar lagi...
dah jadi cacamerba~
suma aku terlibat!
suma kat aku!
yg komitment hari pertama 2 x ramai
aku+ieyka+kimi+farahain+lokman+athirah+sHolihin... yg len pun komit guk
tp x sama....
lepas posr mortem malam pertama....
baru suma nampak kelemahan + kekurangan!
korang cuba banyangkan..... dari seawal pagi+masa pendaftaran,+persiapan perasmian korang handle... ke sana n ke sini....
tetiba korang nampak individu lain boleh barinG+rehatkan diri!!!
aku separuh mati bekerja....!
sedangkan dia ???
aku ni sekadar pengarah protokol!
dia penyelaras program!!
satu benda pun x tau!!
kecewa gila aku saat tu...
kecewa cm mana sekali pun aku perlu settlekan kerja aku!
alhamdulillah
w/pun banyak lompang...
hanya urusetia ja yg tau...

next day
g air terjun sagil....
panjat ledang guk 45 minit mendaki... then turun...
tyme turun tu aku xsident sikit....
tangan aku cedera...
sikit ja...aku tahan lasak kot
perjalanan mesti diteruskan~

ptng men bola jaring ngan orang kampung
aku as usual jd GK~
sekali lagi aku cedera... bengkak jari tgh tgn kanan aku..
x pa...
suma tu pengalaman tuk aku!
malamnya pulak aku terpaksa menjadi DJ...
motif??
nak wat cam na.... takdir menentukan segalanya...
kat kampung tu aku di kenali ngan SITI~
huhuhi~
apa2 jer lah~

esoknya pulak,
aku join pertandingan anyam ketupat
dapat no3...
kopek+kukur+jadikan santan kelapa... kalah
hahahha~
pengalaman tu yg penting!!

last sekali majlis penutup
w/pun bnyak makan ati masa 2...
suma nya ok!!
alhamdulillah~

keseluruhannya:: dak2 junior ni boleh wat keja, tp kurang+malas bertanya...
aku bangga dapat junior cam diorang...
ada improvemen

tyme balik dari tangkak ke uKm
aku+ieyka+farahain
melalui trip yg sangat dasyat~
biarlah mimpi ngeri itu berlalu...
alhamdulillah...
w/pun ngeri... kami selamat !

gambar2 semasa program akan di publishkan kemudian~




01 January 2010

mujahidah~



* SEKADAR HIASAN*


Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah khan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…

Aku Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
Bilakah khan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
Kelak bersamanya kuarungi bahtera lautan jihad…
Andai tak siap bisa kau pilih…
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
terlebih keluh kesahku…

Tak mungkin aku memilihmu…
bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota…
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana…
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu…
dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu…

Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azzam`ku tuk lupa akan dirimu…

Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak berarti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa do`a…
meraih syahid… tujuan utama…
Robbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan redhaMu…
Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…