16 December 2012

Oh My Skin!

::Assalamualaikum w.b.t::

Alhamdulillah, atas kesempatan yang diberi untuk terus bernafas di bumi ini. Hari ini CUTI! sekadar lepak di rumah. Aktiviti hari ini
1. Kemas bilik+sapu satu rumah. 
2.Basuh baju yang memenuhi baldi. 
3.turun carik makan. 
4.Marathon movie.
5.Facebook
6. Blogging

Perkongsian cerita hari ni.. (kenapa la bahasa aku hari ni sungguh membosankan). Aku ada satu masalah berkaitan kulit. Untuk makluman, kulit aku cukup sensitif. Apa yang paling aku sensitif adalah objek "BESI" seperti kerongsang, jam tangan rantai, ataupun rantai tangan yang ada besi2. Aku akan mengalami kegatalan yang terlampau.. naik biji2 merah, and terasa nak garu laju2... kalo x kawal boleh berdarah.  Waktu aku zaman muda2 dulu era 1990-an, first time aku pakai jam rantai (jam tangan yg besi tu).. n aku mengalami kegatalan. Abg aku cakap, biji2 yang naik tu adalah KAYAP!!! Abg aku ckp, kayap ni kalo dah keliling pergelangan tangan aku, boleh putus tangan , x pun mati! dia buat aku cuak! terus aku g tanya mak aku. giler membonggak abg aku. menipu jer!!! lepas dari insiden tu aku dah tak pakai jam berantai. Kerongsang pun sama. kalo pakai tudung aku rasa gatal sangat kat leher. 

Simtom2 tu yang menyedarkan aku bahawa kulit aku ni "mahal". TAk boleh pakai benda yang sebarangan atau yang "murah". Aku bukan nak kerek or sewaktu dgnnya. memang kulit aku tak tahan. 

Tapi bila umo aku mencecah 20 an aku dah kulit aku dah kurang sensitif pada kerongsang. kalo x jenuh la aku. xkan nak pakai kerongsang emas kot kan..! Cuma kadang2 jer rasa gatal tu kembali. tapi jam & gelang memang x boleh yang murah langsung. Walaupun jam or gelang tu cantik di mata aku.


** tapi sekarang ni aku pakai jam tangan rantai..lebih kurang 7  tahun jam ni aku pakai tp x gatal sbb ada brand!! hahah.. ni abg aku bg**casio jer pun**


Along aku pulak, sejak 2 menjak ni rajin betul belikan gelang2 gadis ni tuk adik pompuan dia ni, hmmm.. aku amek n simpan jer, pakai sekali sekala jer.. tu pun kalo nak kuaq ngan dia.. kalo x. jgn harap la. susah!

Rentetan daripada masalah kulit sensitif ni, Aku turut  mengalami masalah untuk berjimat! Seriously, aku tak dapat nak berjimat kalo brg2 yang aku kena beli semuanya boleh dikatakan mahal. kalo ak ada pilihan nak beli Sabun basuh yang berharga RM3 & RM8, walaupun fungsi kedua-duanya sama iaitu sebagai agen pembersih aku tetap kena beli RM 8 sbb tangan aku alah pada sabun yang murah. sabun tu terlalu TAJAM untuk jari aku. Sungguh aku berduka cita! Kesan bila aku pilih sabun murah, kulit jari akan mengelupas sendiri, sedikit membengkak. lepas tu mula la pedih dan sukar tuk aku makan nasik ngan tangan. 


Waktu zaman matrik lagi member2 aku suh aku belajaq jimat beli benda2 murah jer... sbb diorang kata xder beza pun.. fungsi barang aku nak beli sama jer. But the problem is bukan aku ni jenis belagak nak beli benda mahal, memang aku x boleh. huhui... bila aku beli jugak barang murah, mula la menyesal dikemudian hari...


** itu sahaja kisah kulit sensitif ni** kepada sapa yang rasa entry aku hari tah apa2 aku mohon maaf!** 

Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.

Selamat berhari ISNIN esok!!


.Wasalam.


08 December 2012

Taman DURIAN!

                                                              : Assalamualaikum w.b.t:

Alhamdulillah, peluang untuk melihat dunia masih menjadi milik aku dan kalian. Moga esok masih ada untuk kita.

Hari ini cuti!!! do not know what to do. dok umah je. Kerja2 rumah suma dah di settlekan. Cuma tunggu masa untuk sidai baju coz masih dalam rendaman downy.

Hari semalam, ada taman durian dalam hati.. hahhaha.. untung la tempat kerja sediakan cermin. konsep cermin yang boleh patulkan *objek* ni sangat osem! hahah (sekali lg).

Kadang2 bila kita tunggu2 untuk melihat apa yang kita ingin lihat, memang xkan nampak. tp bila mana kita tak beiya nak lihat,  tanpa diduga kita akan nampak! This is what we call TAKDIR. DIA tahu bila masa yg sesuai..=)) .

Tapi ni la masalah aku.. sokmo in silent mode bilamana peluang ada di situ. So, aku asa advice yang terbaik tuk diri aku, biar masa menentukan, biar takdir yang berbicara. Aku cuma berlu sabar & jalani hidup seperti biasa.


**izinkan saya berjiwa Jiwang jap***lalalala***

Yang aku mushkil, hmmm... ada la bebarapa perkara. tp lagu tema semalam memang lagu Hazama  la.... agagagagagaga..



Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu (no komen)
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

** lagu ni tajuknya Aku Mau Dia.. OST tok APe Celop Toqq (x tgk pun citer ni) tapi tagline citer ni  Bila Cinta Di Atas Jalan Tar**


**p/s: cerita ni hanya aku,M(bkn nama sebenar)&DIA yang tahu.


.WASALAM.

05 December 2012

Jodoh sampai Jannah!



: Assalamualaikum  W.b.t:

Alhamdulillah, pada saat ini masih bernafas, masih dapat melihat dunia. Syukur atas nikmat & peluang yang masih diberi ini. ALHAMDULILLAH. Hampir 10 bulan blog ini dibiar kesepian, ke"seorangan". Dah pelbagai perkara dalam tempoh 10 bulan ni aku tempuhi, cumanya x sempat untuk aku bercerita & bermadah pujangga dalam diari maya aku ini. Bila manusia mula x faham apa yg aku rasa, apa yang aku  cuba sampaikan,persoalan yang aku ingin utarakan, maka di sinilah medium untuk aku melempiaskan rasa. Sesungguhnya ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI & MEMAHAMI (tidak pernah aku nafikan!).

Bila menjelangnya bulan Disember, sah2 tgh cuti sekolah, maka banyaklah walimatulurus yang diterima. Almaklumlah, bila aku dah pun abis pelajar, makanya suatu kenyataan yang pasti, umo dah semakin mengenjak "senja". Ramailah sahabat2 mengutuskan kad2 jemputan & tak kurang mengistiharkan hari bahgia di laman sosial. Selain yang membina masjid, Ada juga terlihat gambar2 "cantek&bahgia"si gadis dan dengan pantas status di FB bertukar dari  ïn relationship > engaged to...... Alhamdulillah. Andai itu takdirnya jodohnya. Moga berkekalan,

Kalo dulu aku selalu persoalan " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"dan begitulah sebaliknya. Itu janji ALLAH. Aku bukan persoalkan ketentuan yang telah tetakdir. aku cuma perlukan penjelasan. Dan aku telah mendapat penjelasan yang baik dari seorang sahabat@akhi..

Jauh di sudut hati aku untuk meletakkan kriteria itu dan ini untuk soal jodoh aku.. **gitue... bila aku mula bercakap soal jodoh... ** . YEs! i admit! yg aku ingin sekali melangkah ke arah & menjadi muslimah seperti yang sepatutnya. Wanita yang beragama ISLAM. bukan sekadar wanita islam dalam  IC atau islamnya aku kerana keterununan. Sesungguhnya IMAN & ISLAM itu bukan suatu yang di warisi.

Saat aku terima satu perkabaran dari seseorang, aku  terus rasa LOST! aku susah nak gambarkan perasaan saat dan ketika itu, yg aku tau aku tanpa sedar dah zapp!  cam ni (T_T).  Aku x der la terkesan dgn apa yang dibakal buat. Dah lama tunggu untuk melihat apa yang bakal di lalui tak lama lagi. Cuma aku, terkilan dan agak terkesan, sbb insan yang baik yang aku kenal ni terlupa janji! owh! seseungguhnya aku sangat ingat janji. Aku x boleh  kalo org yang berjanji bagai nak rak, berhujah soal agama (alhamdulillah bertambah ilmu aku) tetiba x tunaikan janji. Sedapkan ati, mungkin bukan sekarang.. masa depan! tapi cam mustahil jer bagii aku sbb x lama lagi segalanya akan berubah. *sikap+batas+perasaan* semua kena jaga lepas ni. dapatkah??? itu yg aku cuma persoalan? tapi andai sudah tertulis Janji Tinggal Janji maka aku akan belajar untuk terima takdir & akur.. =)

Tapi salahkan aku manusia biasa, serba kekurangan ini  untuk mengidamkan *gitu bahasanya*  someone can guide me.  Someone yang dont mind tuk tunjuk+ajar+dekatkan saya denganNYA dengan penuh rsa ikhlas. Satu perkara yang saya patut akui saya tak kuat bila saya soarang untuk lawan bisikan Setan Laknatullah ni. Bukan saya x penah. Tah berapa kali graf keimaman ni naik turun. saya x suka nak bercanda dalam soal dosa pahala..

*sekadar hiasan =)*

Bilamana telah disepakati dalam kalangan mereka yang bergiat dalam dakwah menyebarkan agama ALLAH yg syumul ini, bila bercakap soal jodoh, mereka senang untuk berkata.. kalo boleh biarlah ikhwat dengan akhwat , begitulah bunyinya (x semua begitu mungkin dalm 97% begitu). maka tiada harapan perlu diletakkan pada golongon ini.  sedangkan aku punya hasrat. *berusahalah kearah kebaikan.. kalo nak yang baik  (mungkin ini kata2 yang bakal aku dgq if aku suarakan)* ... andai kalian faham...

** saya mungkin tak faham cara hidup seoarang pendawah
** saya boleh faham tugas & tanggungjawab future husband saya. (x kira siapa pun dia)



As long as Aku ada ALLAH, DIA peduli hal aku, DIA dgq doa aku even x makbulkan (mungkin belum masanya) ataupun apa yang aku pohon itu, tak sehebat yang telah dia rancangkan... i will be OK. As long Mak Abah, Abg2 aku di sisi susah senang. Aku akan ok...=)  kawan2,rakan2,teman2, sahabat2 semua ada di sisi aku... Thank you always here by myside..=)


p/s: mungkin lepas ni bila datangnya soal jodoh @ jodoh itu main topik perbincangan makanya.. diam itu lebih baik utk aku. =)



-shbt berpesan doa x cukup kalo x der usaha...
-shbt jugak ckp x salah kalo perempuan yang mulakan dulu...

***tapi persolannya BAGAIMANA kalo situasinya seperti diatas***  

** berserah+akur**


**wasalam**

14 February 2012

aku bukan boneka!

: Assalamualaikum :

Dah lama aku tak mencoret (ayat klise bila lama dah x menulis) Sian blog ni.. aku selalu tinggal kan dia. Watever la orang nak cakap apa pun kat aku tatkala baca blog aku dengan entri yang tah apa2. Aku jadikan blog ni tempat aku luah apa yang aku rasa memandangkan ianya medium yang terbaek tuk aku meluahkan rasa selain luahan rasa dalam sujud kepadaNYA (dah banyak kali aku repeat pasal fungsi blog ni tok aku).

Dah 23 tahun 2 bulan dan 13 hari aku bernafas di bumi ALLAH ni... alhamdulillah..=)

Tapi apa yang aku nak share kali bukanlah suatu yang happy... sapa yang x suka layan... hentikan bacaan dan klik pangkah pada hujung tab kalian.. senang bukan..=)

Hidup! satu peluang yang diberi olehNYA kepada kita untuk kumpul seberapa banyak pahala yang boleh tuk jadi bekalan di akhirat sana.. dan bagi mewarnai sebuah kehidupan, kita dianugerah dengan pelbagai rasa antaranya, suka, benci, cinta, sayang, sedih, marah dan sewaktu dengannya.... Aku berterima kasih padaNYA atas kurniaan pelbagai rasa ni.

Sebelum aku meneruskan penulisan, meh aku g tau kalian yang masih belum tahu...kalo x nak tau pun i dont kisah..=) saya adalah manusia yang dikurniakan dengan rasa SENSITIF yang amat tinggi (namun masih boleh di kontrol & sensitif saya bertempat) ataupun jenis yang cepat touching gak la...tapi x cepat sentap kadang2 jak!

let me straight to the point.. saya tak tahu kenapa (saya la pulak, tadi aku bagai, hentam saja la). lately aku cepat rasa nak sentap/touching bagai... tapi aku cuba caskan ion2 positif agar meresap dalam hati aku. supaya aku dapat elak rasa-rasa yang tak enak ni. aku tak nak ada penyakit hati yang kronik... aku dah penat dengan penyakit hati yang tak berkesudahan...

Tapi, hati ni kerap kali di tocher, ditoreh dengan madah yang yang cukup terbaek menjadi agen perosak pendengaran aku... seriusly memang bagi sesetengah pihak akan cakap... "dia memang macam tu" ... tapi sampai bila dia nak macam tu... sampai bila hati aku boleh bertahan... sampai bila... aku bukan maksum. tahap kesabaran aku memang tinggi. (aku bukan angkat bakul puji diri) tapi aku kenal sapa aku. memang adakalanya orang disekeliling akan dengar aku bebel tah apa2.. sbb aku cannot tahan anymore.. come on la.. letak kan kamu dalam situasi aku... kowang akan tahu....

Ye, aku mengaku, untuk saat & ketika ni I'm NOBODY!! semua orang tahu.! dah xder apa2 yang nak dibanggakan.. tapi tak bermakna ko boleh say watever you wanna say.... tolong la jadi LELAKI sikit. ko nak orang respect ko, ko nak orng jangan push ko, ko nak orang jangan bagi arahan kat ko.... hello! u can talk to the hand! Coz ko x penah nak respect orang lain. tak kisah la opinion or watver... semuanya ko nak menang! amik la...

dah bapa kali ko parahkan hati aku... tapi aku wat cool ja,.. leh stay senyum g... w/pun kepala aku tgh sakit tahan migrain (tapi aku selalu cakap sakit kepala)....

Takkan ko nak berbahasa ngan orang yang berstatus HEBAT ja... kalo cam ni, tak ke mana la... sowi, aku bukan jenis yang cepat nak label or hukum..coz I'm Nobody. this is wat i feel.

Aku tak kisah la sekarang.... aku dah penat & hampir fed up.. ko terlalu angkuh bila berkata (tapi ko cover dengan kata2 simpati) asyik aku jer yang beralah... dulu mungkin ko respect aku sebb aku somebody... now.. ! x pelah .. aku terima je ketentuan Ilahi ni... DIA sedang berbicara dengan HATI aku,... tapi kalo ko rasa aku x perlu ada... let me goooo! walaipun jiwa aku 100% ada kat situ... tapi aku susah nak happy. aku kadang2 malas nak bertegang leher 4 something yang langsung x bagi benefit tuk aku.... ko kena ingat... tak semua benda ko tau... jangan jumud sangat la ... open your mind, your eyes.

If orang x bagi ko "peluang" satu ketika dulu.. mungkin ko dok kat bilik jer kot sekarang (sowi terkasar). Sebanyak mana pun kerja ko buat tapi lepas tu, ko bising itu dan ini... its NOTHING Bro. Aku cakap leklok, ko hembus aku napa? Susah la cam ni.

Aku bukan yang gila nama n jawatan la, buat apa aku jadi antara yang tertinggi kalo suara aku x peluang bersuara... think! think! think! suara aku ko nak henyak2 sesuka hati... lebih baik aku jadi kuli... time tu ko nak buat apa suka ati ko la... coz ko kan BoSSSzzz~

Buat la apa ko rasa betull..... seriusly! i'm sick of you!
Senyuman aku eSOk adalah Fake semata2... hope x berpanjangan la... sowi 4 everything cannot tahan anymore...

fuhhh lega.....

wasalam..=)

27 November 2011

Nobody is perfect

sambungan.....

aku just nak habiskan apa yang aku rasa itu sebab bersambung. Kalo post entry yang panjang, orng pon bosan nak baca apatah lagi aku ni tak pandai mengarang sangat.

AMARAN: KEPADA SIAPA YANG TAK TAHAN SINDIRAN, SILA TINGGALKAN BLOG INI SEKARANG.

Cuba kita tanya diri kita dengan soalan yang simple tapi menyengat hati.
Apa bukti aku seorang ISLAM?
Mungkin begini diantara jawapannya:
A. Aku pakai tudung kot, of cause la islam.. (buta ka apa).
tanpa A sedar dia memakai baju lengan pendek/melekat pada badan/tudungnya jarang menampakkan batang lehernya. Dalam Islam kalo kita pakai ketat n sendang samalah cam berbogel, n tudung tu tak dapat nak cover apa2 pun. nothing!

B. Mak ayah aku Islam ok!
sesungguhnya Islam kamu hanya keturunan. Mungkin sekiranya ayah kamu seorang jutawan kamu bakal mewarisi harta2nya. dan sekiranya ayah kamu seorang IMAM pula, belum tentu kamu bakal mewarisi iman & takwanya, kerana IMAN tidan dapat diwarisi.

C. Tgk IC la babe. Islam kot. Takkan aku x pakai tudung ko nak cakap aku bukan Islam. Aku solat kot. PENUH! kau?
Yes! u are right babe! Islam ko pada IC? Sekeping KAD! but wait the minute, kad tu ke bukti yang ko kat akhirat nanti ISLAM. Ko tunjuk kad tu ke? So, simple! hmm.... let me ask you one more question. apa yang membezakan wanita islam dengan wanita non- muslim. ? its ok. Pakai tudung dan menutup aurat (bukan membalut aurat) adalah perkara yang membezakan antara wanita islam dan yang bukan islam. MENUTUP AURAT adalah WAJIB.


selagi kalian belum berumah tangga, dosa itu terbeban pada ayah kalian, Tak kesian ke kalo mereka bakal tersiksa dek dosa yang kita buat (x masuk dosa ayah kita sendiri lagi, semua dia kena tanggung).

Sekarang ni, kalo kita bercakap benda baik sikit, mesti ni la respon orang kat kita.

A. Buang tebiat nak mati kot dia ni.
B. Eleeeeh! cam dia bagus sangat. Dia pun x tutup aurat sepenuhnya, semayang pun selalu on OFF
C. Sebenarnya, dioarang ni nak cover kejahatan yang diorang buat. tu yang buat2 baik.

D. Dia ingat kita yang tak tutup aurat ni jahat ke? Dia yang tudung sampai ke lutut tu, ingat baik sangat!!

Kadang2 tu, ada gak yang menjawab kenapa mereka x tutup aurat. "belum sampai Hidayah(petunjuk)" mungkin Hidayah(nama perempuan) pun cakap benda yang sama, blm smpai hidayah. Dan ada jugak yang jawab, ISLAM x memaksa. YES ! kamu betul islam bukan satu AGAMA yang memaksa. ini Jawapan Al-Quran "tiada paksaan dalam ISLAM..............................." (Al-Baqarah 2:256). Maksud ayat ini merujuk kepada orang-orang bukan Islam tudak wajib menganut dan mengikut cara islam jika mereka tidak rela. TEtapi untuk orang-orang Islam, mereka boleh dipaksa untuk mengikut hukum-hukm syaraiah yang ada, misalnya hudud & qisas. Cukup2 la tu, tak payah putar belit bagai. Bagi anak yang tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya.

Kita bukan bermain dengan hukum manusia, tapi hukum ALLAH S.W.T

p/s:: jutaan ampun & maaf andai entry ini mengundang rasa yang tidak enak dalam hati pembaca. Tidak ada niat lain cuma aku ingin menyampaikan yang sebetulnya dan mengingati diri aku sendiri. Sekiranya anda terasa kepedasan w/pun x makan cili. Itu satu petanda yang baik. Hijrah la dengan sebaik baik Hijrah kerana YA RABBI. Dunia hanya 1 persinghan sebelum destinasi terakhir di sana. ANTARA SYURGA & NERAKA. Rebutkan dunia memang tak ke mana. Rebutkan akhirat insyaALLAH, Syurga Firdausi sedia menanti.

.Muhasabah diri.

NOBODY IS PERFECT including ME

coretan ini hanya di ambil melalui pandangan yang masih dalam tampuk yg sama. tidak inginkan perubahan dan 1001 alasan.

SELAMAT DATANG

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

::ASSALAMUALAIKUM::

Alhamdulillah, diberi kesempatan dan ruang untuk terus bernafas tatkala kedatangan tahun Baru bagi umat islam. 1433 H.

Seperti selalu, kedatangan tahun baru mesti di pasang dengan azam & semangat yang baru.
Atas nikmaNYA yang x putus2 kepada hambaNYA, ( tapi kadang kala tu ada la sedikit dugaan bagi hambaNYA yang terpilih ) buat aku punya azam yang tinggi & kuatkan hati untuk terus istiqomah dalam apa yang aku lakukan.

Dah terlalu banyak kiraan neraca dosa aku barangkali. tak salah kiranya aku membuat hipotesis, Semakin lama hidup, semakin banyak dosa (kalo tak melaksanakan perintahNYA & tak meninggalkan laranganNYA). Kalo dosa tu tercatat dengan pensel confirm boleh padam, HAKIKATNYA DOSA BUKAN SATU CORETAN PENSEL



Banyak hadith2 sahih menyatakan tatkala kita berwudhuk dan bersolat boleh menghapuskan dosa. Namun dosa yang dimaksudkan di sini hanyalah dosa- dosa2 kecil. DOSA BESAR? Bertaubatlah dengan TAUBAT NASUHA. Untuk menghapuskan dosa bukan senang. Apatah lagi dosa itu suatu yang INTANGIBLE. Tak nyata (x nampak). Tapi ADA. Kalo la kita nampak, memang kita melekat & terus melekat atas sejadah.

Berbalik kepada diri sendiri, YUP! memang susah untuk jadi baik dan yang swaktu dengannya. Sebab konteks baik ni terlalu luas. Maksud aku kat sini BAIK dengan AGAMA. Seriusly, bila aku dah capai 60% tahap perubahan. Mesti peratusan tu kembali jatuh 50-40%. Aku pun tak tau kat mana silapnya. NAmun aku x mudah kalah. Aku cuba dan terus berusahan. Hasutan si SETAN ni menang DURJANA tul. AKu tak nak bersama kO la...!!! ko faham x setan!!!

Memang kita dilahirkan suci seperti kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan kain itu. (yang membentuk kita jadi manusia berguna untuk Alif Ba Ta). Tapi bila dah besaq sikit, dah pandai berdikari, mula la kita nak test macam2 kat dunia ni, 97% pesanan & ajaran mak ayah kita lupa. Bagi aku, aku perlukan PEMANGKIN yang baik untuk terus tiupkan semangat aku n kata2 azimat supaya aku hidup dalam kemanisan iman terhadapNYA. Dah lama perasaan HIJRAH tertanam dalam hati, tapi kadang2 aku blurr tak tau nak mula kat mana. Puas ku rayu namun HIJRAH itu belum sepenuhnya jadi hak aku, Tapi Doa terus ku panjatkan....

will be continue...

23 November 2011

MIMPI REALITI

:: Assalamualaikum::

hari ni. aku demam seram sejuk nak demam sebab gusi membangkak. Sakit. Tekak nak telan makanan pun sakit. Bukak mulut cam derita semacam. sampai aku mintak member aku tolong hantaq balik. asa cam x terdaya nak balik nek train. 2 train tak +- 16 stesyen jugak la. TQ babe.
N pagi tadi aku masuk keja lambat 2 jam. Aku mintak time off sebab kesakitan yang di alami.

****************************
Sebelum aku sedaq dari tidoq pagi tadi, aku mimpi g sarawak. Ni kali ke 2 x silap aku mimpi yg aku g sarawak. Yang terbabit dalam mimpi ni ialah Ibu angkat aku yg kat Sri Aman, abg angkat n ayah angkat ( abg n ayah ni memang x penah jumpa mereka di dunia nyata) n abah kandung aku n beberapa kawan skolah menengah aku. Dalam mimpi tu mimpi jugak seorang insan yang aku selalu tunggu dia.. tunggu untuk apa biarlah rahsia. ala.. kowng pun leh teka apa. Dalam mimpi ni aku tanya kat diri aku napa la insan ni x penah cakap dia suka kat aku. rupanya2 dia dah jadi tunang aku, kami telah ditunangkan .(atau bakal ditunagkan.ni dalam realiti [perasan]) Tapi bila? agagagga... n aku pun kata kat diri sendiri patut la... dia dah jadi tunang aku. Lagi pun dia kan memang kategori alim jugak la.... tapi apa yg sedihnya... itu semua hanyalah mimpi. MAMPUKAH MIMPI JADI REALITI? macam tahuk filem plak, agaggagga....

Cukuplah sekadar itu.

Walau apa yang kita lakukan jangan pernah membelakang & menduakanNYA.
Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

=)

02 November 2011

sedetik rasa

:: maaf::

mukadimmah kali ni agak "Kasar" xder pun ucapan salam kat kowang. Aku dah tumbuh "tanduk" kat kepala. Semua gelung2 terapung kat atas kepala aku tepis.. aku harap hari ni jer aku ber"tanduk" esok dan seterusnya dah ilang....huhui~

FYI, aku kuaq opis tadi 6.05 pm. aku telah lewat 35 minit dari waktu asal. Kenapa aku lewat. Sebab aku ada keja n kena buat keja tu jugak.!

Turun2 ja LRT, menuju ke kawasan tempat kediaman aku aku menuju ke kedai bawah umah. Apa aku carik, Aku cari Air Dutch Lady Chocolate. xder yang kecik yang besar aku beli. melayang RM 5.50. Balik umah umah aku masak magie CINTAN goreng 2 bungkus OK! then aku rebus bebola daging 5 biji. TAMAK x aKu! hasutan Syaitan berjaya menguasi diri aku. DAmN ko SETAn!!! n now makanan tu terbengkalai di meja dengan bebolanya lagi 4 biji, megi masih membukit.!!

aku tak tau napa hari ni jd camni... lepas beli air td aku amek straw n on da spot aku terus buka air n minum.. sungguh kurang sopan. (X_x). dah la kotak air tu besaQ. untung xder orang nampak perangai buruk aku, kecuali DIA. (maafkan saya)
Nak tahu kenapa aku jD cm ni ikutilah kisah berikutnya dibawah. kalau x faham, sila tnya. Jgn wat spekulasi x berfakta. nak nak buat simpulan kasih sangat. jUst read, and then ignore it.


***************************

Aku actually sedang MIGRAIN. hope esok ok . sebb aku KERJA esok (sangat suka kerja). Tapi kalo aku x buat luahan kat sini kat mana lagi. lagi MIGRAIN kepala ni.
Aku x akan berusaha menjadi jujur kat sini because aku memang dah jujur.
Sapa yang baca & tahu situasi ni nak cakap aku ni TIPU ke apa ka ... cakap la.... Sbb aku x hidup kerana di puji n aku x mati kerana di keji. Aku admit aku ni bukan la manusia yang sempurna Walaupun dah tercatat MANUSIA ADALAH SEBAIK2 KEJADIAN. Aku memang banyak kelemahan. SErabut dengan masalah itu n ini. Pening ngan itu n ini. Anyyoing ngan itu n ini. Boleh plak hamba Allah sowang ni mengerohkan lagi suasa hidup aku. Aku tau dia tak sengaja n aku plak mengada2 pergi tangkap touching bagai. Come on la HANA! Awak tu sedang menuntut ilmu, dalam masa yang sama mencari pengalaman baru. OK fine! aku sedaq semua tu. BUt jgn sebab aku budak baru terjun ke dunia baru, anda2 semua boleh men semberono jer wat kat aku. Ingat aku ni dicipta tanpa hati n perasaan ka?
Aku tau la nobody is perfect. Aku boleh terima salah aku. Kalu nak bagi tau yang aku BERSALAH sekali pun tak payah la wat pengemuman untuk semua. Aku x perlukan press confren. Lagi pun kesalahan yang aku buat bukan jatuh hukuman mandatori. Kalau kena hukum gantung lain la. Aku pun bukan public figure yang perlukan kontrovesi untuk MENAIKAN reputasi aku.

Mula2 tu ingat nak take it as lesson la... tapi bila someone asked me: ko ok ke? aku rasa ni bukan 1 teguran biasa. ini LUAR biasa. Nak kata salah aku sbb cepat touching xleh gak kan. Aku try pujuk ati, hamba Allah tu maybe stess dia pun manusia biasa. Tapi aku pun manusia biasa. Sedaq or tak dia dah make me embarrass. HAbis hilang 87% rasa kemanusia aku. Cam aku cakap dulu, aku x akan dendam with anyone. Cuma rasa terhiris tu akan ada selamanya. Aku pun dah maafkan. Tapi kesan di hati biar aku dengan ILAHI. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI.


AKU ada lebih kurang 39 Days to Go.

HOLD ON Hana.
JUST FACE THE REALITY.

TQ 4 every single thing.

SIMPLE PAST TENSE

~ lalalalalaal~
just wanna say
.
.
.
.
.




and


28 October 2011

2 dalam 1

:: Assalamualaikum::

Hari dah sabtu. InsyaALLAH next saturday aku akan berada di Kedah untuk menyambut Aidiladha. Memang lama gila aku nak tunggu saat2 boleh pulang ke kampung halaman. Almaklumlah hidup sebagai "pekerja" di kota metropilitan ni, kalau tak kuat mental & fizikal, boleh 'syahid'. Hampir 4 bulan lebih kehidupan di kotaraya yang plastik ni. Banyak sweet sour & bitter aku telan. (kalo anda dalam kalangan yang rajin membaca post2 saya ni, mesti anda tau saya ni "spesis" cam na. Kalo bukan, meh sini saya g tau.. saya seorang yang pemendam yer.. bukan pendendam.)

Hari ke hari pelbagai situasi yang terpaksa rela aku hadapi. Kadang2 ada juga yang terluah. Tapi tak semua.

Aku tak tau sejauh mana kesedaran kita akan kehidupan yang sementara ni. Just a transit. (betulkan english aku, abaikan). Aku selalu sedar akan kehidupan yang TEMPORARY ni. Tapi aku, selalu jer ke laut, kadang2 tu cam lalang.!! (faham2 jer la). Tapi aku tak stop berdoa & berusaha supaya aku & kita semua akan bertambah baik dari sehari ke hari. Kita increasekan tahap "kebaikan" kita dari dalam & istiqomah. InsyaALLAH segala usaha dipermudahkan.


*******************************

Hidup ni bukan semata-mata AKU-AKU, KAU-KAU (indivualisme- tah betul ke tak istilah aku ni). Kalau kita cermati lebi dalam, maka ada makna yang tersembunyi yang jauh lebih luas. Dimana, sesungguhnya HIDUP ini bukannya kehendak kita. Tapi kehendak Allah S.W. T, Yang Maha Memiliki Kehidupan. Hidup bukanlah untuk diri sendiri, tetapi memberi manfaat kepada orang lain serta hidupan alam semestar.

Kalau kita melakukan sebuah perjalanan ke dalam diri kita senidri "inner journey" , maka kita akan menemukan bahawa hidup kita ni sangat mengagumkan, & kita bakal menghargai kehidupan ini.

Hidup ini hanya "pemberian" dari Yang Maha Memberi. Dia jugalah yang berkuasa mengambilnya kembali. Justeru, dalam apa yang kita lakukan dalam seharian biarlah kita niatkan hanya keranaNYA.

Banyak pekara kita kena sedar:

Jika hari ini kita mungkin ORANG KAYA, esok belum pasti Kekayaaan itu milik kita.
Jika hari ini kita punya WAJAH CANTIK, esok mungkin kecantikan itu ditarik.
Jika hari ini kita seorang BOSS, esok mungkin kita hilang pekerjaan.
dan macam2 jika yang sewaktu dengannya.

sedarlah!! sedarlah!! x kira tua, tak kira muda, hiduplah dengan ADDIN, insyaALLAH. Selamat Dunia & Akhirat. Jika hidup berlandaskan Hati, kita hanya bakal mencemarkan, menyakiti banyak hati lain & hati sendiri. Ikutkan HATI,"MATI".

Apa pun yang kita hadapi, S.A.B.A.R.....=)