21 July 2013

Teman Pengganti

Assalamualaikum..
Jam tangan tepat menunjukan jam 1 pagi. Jam ni pemberian abg sulung masa form 3 dulu (dah 9 tahun jam ni berjasa, sayang nak bertukaq). Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan keizinanNYA. Aku masih mampu melihat langit malamNYA dari jendela ( jendela?? tingkap k) bilik yang indah. Masih dapat merasa sapaan angin malam bila singgah di pipi tatkala tingkap dibuka. Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMU.

Alhamdulillah, hidupku kini dalam seba sedehana. Dalam diri cuba memupuk untuk istiqomah kadang2 aku terleka juga. Maafkanku Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Sungguh aku lemah tanpa kekuatan dariMU. Jangan kau tinggalkan aku Ya Allah tatkala aku sedang mencari siapa diriku. Sudah berapa kali pencarianku gagal dalam mengenal erti hidup bersyarié. Pernah ku bermohon padaMu agar dikurniakan teman untuk bersama dalam jatuh dan bangunku meraih CintaMu. Namun teman itu belum sepenuhnya hadir. Aku mengerti Ya Allah, belum masanya.

Hari ini, eh semalam. sepanjang hari aku mengadap Mr Karl ( Laptop) memburu dan terus memburu. Aku perlu cari kerja baru.Tapi jauh di sudut hati untuk meninggalkan kerja sekarang. Ini kerja pertama aku selepas tamat bergraduasi. Sungguh aku sayang kerja sekarang (T_T) . Banyak sangat suka duka pahit manis dalam tempoh hampir 10 bulan ni. Sekejap jer dah 10 bulan... ramai teman yang bertandang dan berlalu....
         
                               ***************************************************

Berbalik kepada tajuk post  * TEMAN PENGGANTI* . Saja jer ak pilih tajuk tu. Dalam pemburuan td, ada jugak benda lain yang aku wat.. ati rasa sayu sangat.. dah ler sowang2 kat umah. xder sapa nak bual nak melempiaskan rasa hati. Bila masuk waktu ja terus aku berwuduk n berbicara ngan DIA. Sessungguhnya DIA AS SAMI' ( MAHA MENDENGAR) & AL- ALIM  (MAHA MENGETAHUI). Lama sujudku....bercerita, memohon, meminta, merayu pada DIA YANG SATU.

Cuma yang tak tahan, bila azan magrib berkumandang td .. mata aku bergenang . Asa cam x cya....
Bila ada yang menyapa tgk aku cam tu.. kenapa?? Dengan ikhlas ati aku jawab..*spontan* . Saya rindu..... sangat (T_T).........~~~



*Suara hati*

Walau dengan siapa yg saya rapat ketika ini..
Dia hanya teman di hati, teman di sisi
Bukan teman pengganti, atau calon bakal suami...
Jangan  disalah erti persahabatan kami...
Kerana diri awak masih saya nanti...
Nama awak masih di carta hati...
Tak pernah lupa setiap detik..
Dalam sujud saya ada nama awak..
Apa yg dimohon pada ILAHI..
Biar jadi rahisa hati saya dengan Allahurabbi..
Untuk ketika ini...
Saya perlu yakin .. saya perlu terus .. dan terus menanti awak..
Seiring dengan rahsia saya dengan Rabbul Izzati...
Agar rasa itu kembali bersemi....
Sungguh saya tak mengerti ..
Kenapa saya tak bisa melepaskan awak pergi dari hati,..
Puas saya pujuk hati...
Namun gagal yang saya temui...
Saya mohon diampuni kerana masih menyimpan nama awak dihati...
Kadang2 saya takut, takut kerinduan ini melebihi kerinduan saya pada SANG PENCIPTA & KEKASIHNYA.. Maafkanku Ya ILAHI.
Kerna awak hadir dalam tidur & jaga saya...honestly..
Saya akan terus menunggu takdir jodoh saya..
Walau kini awak jauh di mata, tapi dekat di hati untuk diingati,
Selagi kita masih pandang langit yang sama...
Selagi masih berpijak pada bumi yang sama
Selagi kita bersujud pada kiblat yang sama...
Awak akan selalu diingati ..
In Sya Allah sampai mati...
Awak yang pertama tidak akan ada pengganti...
Namun, andai kini awak sudah temu si dia idaman hati,
Penyejuk mata, Penawar dihati...
In Sya Allah saya akan redha dengan takdir & ketentuan ILAHI...
Saya akan terus menunggu awak sehigga  sampai lafaz sakinah dilafaz untuk dirinya....
Namun, sekiranya awak kecewa lagi...
Saya  masih di sini... ada untuk awak.. untuk teman awak.. untuk dengar cerita awak
Walaupun bukan seperti yang dihajati.. namun cukup sebagai teman sejati

Sungguh saya tak boleh tipu rasa hati ini lagi...
Walaupun kita cuma kawan kini.... jauh disudut hati...................
Saya tak pernah buat apa yang saya buat sekarang...
Lantas saya ketuk pintu hati..
Dan bertanya kenapa diri awak terus  & perlu saya  nanti
Hatiku menjawab...
"Aku (hati)  telah kau beri padanya... saat dia pergi, aku  dibawa bersama tanpa dia tahu & sedar"
Sungguh kau Cinta dia Lillahi Taála ( kerana ALLAH Taala)


                             ********************************************************

                                                                 WASALAM


                                                           *hiasan semata-mata*


18 June 2013

Yang Pertama

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, masih diberi peluang utk melihat dunia dan merasai kehidupan dunia. Ada antara kita hari ini telah pergi mengahapNYa.. moga dia tenang di sana.

Rasanya ni post yg pertama tuk tahun 2013.

Seperti biasa..  kpd yg belum tahu.. blog ni tempat sy melempiaskan segala rasa di dada.. bilamn org sekeliling tak fhm apa yg sy rasa.. blog ni aka diari gak la...

Aku kmbali di sini bila aku sendiri x pasti dgn apa yg aku rasa.


***tulisan diatas telh ditaip lebih kurang sebulan yang lalu... entry ini tak dapat dihabiskan atas sbb2 yang tidak dapat elakkan,***

** hari ini , In Sya Allah satu entry untuk tahun 2013 bakal di postkan***


Selangit kesyukuran dipanjangkan pada YA ILAHI atas limpah kurniaNYA padaku dan seluruh umat untuk kehiduapan kita hari dan hingga saat ini. ALHAMDULILLAH.=)

Untuk saat ni aku ingin berbicara soal rahsia AGONG yang telah tertulis LUH MAHFUZ.
Ajal maut, jodoh pertemuan memang ditanganNYA. Selalu jer dengaq orag cakap (memang betul pun) Ajal xakan lewat & xakan cepat walau sesaat .. ON TIME..  tapi aku lupa soal jodoh and pertemuan. SAMA jer dengan kedatangan AJAL. Yang dinamakn JODOH PERTEMUAN ni pun x akan lewat & xakan awal walaupun sesaat.

Sejak dua menjak ni hati aku selalu jer berbicara soal jodoh.. mungkin dah tiba masanya kot..sbb tu hati dok bg "isyarat", cuma kadang2 aku jer yang malas peduli isyarat hati.. sbb aku x yakin ..betul ke ini masanya.. tapi dengan siapa....?? semua persoalan dok langgaq sama sendiri dalam otak ni...

Alhamdullilah sepanjang hidup ni dah 24 tahun 5 bulan ni hati ini masih terpilihara daripada menjalinkan perhubungan ngan kaum Adam... kalo kwn2 hawa yang lain mungkin dalam tempoh tu dah banyak kali bertukaq ganti.... tapi x salah nak berkenalan kan kowang.. semua dh tertulis..=) lain org lain cara hidup...~

Bukan hati ini x penah terdetik utk bercinta tp aku tak tau apa yang aku pikir.. aku pernah jatuh cinta tapi tak pernah bercinta ..standart la kan.. nafsu pompuan 9 kot.. tipu la aku kalo ckp aku xder suka sapa2... ada.
aku pernah jatuh cinta ngan sowang hamba Allah ni more than 7 years.. aku tunggu & diam jer.. aku selalu cakap kat ati.. jodoh aku ngan dia kuat.. walaupun x pernah cakap.. nak tau kenapa? Sila PM... tapi atlast aku kena akur.. sampai bila.. x adil la untuk aku.. x adil untuk yang lain yg cuba tuk dekat.

Tapi bila ada yng cuba dekat, *melalui bonda* aku tolak. huhui... aku tolak dengan jiwa yg kosong... aku x bg peluang langgung pada diri tuk kenal ke hape... sbb aku xder rasa pa2... 2 kali aku tolak. yang pertama cikgu katanya.. yg kedua askar x silap.. x amek tau sangat... *masuk telinga kiri kelaq pun telinga kiri*

Tapi saat ni, bila ada yang mendekati aku mula rasa debaran *KIV jap*. mungkin next entry~~~

Aku pernah jatuh hati kat seseorg ni.. dah nekad nak bg tau dia yg aku suka dia ..eh bukan suka.. jatuh cinta.. bg aku LIKE( suka) & LOVE (in love) x sama..
Suka lawannya Benci.. tapi kalo Xlove x semestinya benci ... *faham ke??*
Bila aku nekad nak bg tau.. n yakin n kuat akan terima apa sj jawapan... walaupun jawapannya bukan yang seperti aku harapkan... I 'M READY... tp bila aku dah ready.,. perasaan tu pelan2 hilang.. dah xder getaran yang berkobar2 masa aku in love ngan dia... mungkin aku bukan tulang rusuk dia.... aku biarkan perasaan tu pergi...redha..

Aku tau rasa jatuh cinta tu macam mana.. tp x tau rasa bercinta tu mcm mana *dlm konteks adam & hawa* & tak tau cam na rasa kalo cinta tu berbalas....

Dalam usia sekarang aku terpanggil utk merasa apa yang belum aku rasa...
Mungkin saat ni ALLAH S.W.T sedang berbicara soal jodoh aku.. soal siapa IMAMku , soal milik siapa tulang rusuk ni....

Aku berdoa,  sekiranya Dia yang hadir dalam hidupku  saat ni seprti yang tercatat di Luh Mahfuz, Ya Allah aku terima jodohMU.. aku terima dirinya apa adanya dia. aku berharap dia terima aku apa adanya aku.

Aku berdoa, agar cukuplah kali ini sj. Cukuplah sekali bagi ku untuk bercinta * ngn kaum adam*. aku tidak mahu membuang rasa sayang ni bukan pd yang sepatutnya... sesungguhnya ENGKAU MAHA MEMAHAMI.

Kalo benar dia Imamku, kau dekatkanlah kami & permudahkanlah jodoh ini. sekiranya sebaliknya, KAU jauhkan hatiku dari dia, dan jauhkanlah dia dariku...

Jika benar ini takdinya.. memang terciptanya aku untuk dia.. tutupkanlah mata & hati ini .. agar hatiku teguh dangan Jodoh yang telah KAU tetapkan. Aku bersyukur atas rasa & redha dengan takdir ini,... biar dia Yang Pertama & terakhir....kenalkan aku dengan erti cinta yang sebenar~

Aku berharap jodoh ini akan terus membimbing aku mencari redhaMU .. redha & hidup dalam kemanisan beriman padaMU yang aku dambakan..=)

Permudahkan urusan kami Ya Allah..~

Amin

Wasalam~

6.16 PM[18 JUN 2013]