27 November 2011

Nobody is perfect

sambungan.....

aku just nak habiskan apa yang aku rasa itu sebab bersambung. Kalo post entry yang panjang, orng pon bosan nak baca apatah lagi aku ni tak pandai mengarang sangat.

AMARAN: KEPADA SIAPA YANG TAK TAHAN SINDIRAN, SILA TINGGALKAN BLOG INI SEKARANG.

Cuba kita tanya diri kita dengan soalan yang simple tapi menyengat hati.
Apa bukti aku seorang ISLAM?
Mungkin begini diantara jawapannya:
A. Aku pakai tudung kot, of cause la islam.. (buta ka apa).
tanpa A sedar dia memakai baju lengan pendek/melekat pada badan/tudungnya jarang menampakkan batang lehernya. Dalam Islam kalo kita pakai ketat n sendang samalah cam berbogel, n tudung tu tak dapat nak cover apa2 pun. nothing!

B. Mak ayah aku Islam ok!
sesungguhnya Islam kamu hanya keturunan. Mungkin sekiranya ayah kamu seorang jutawan kamu bakal mewarisi harta2nya. dan sekiranya ayah kamu seorang IMAM pula, belum tentu kamu bakal mewarisi iman & takwanya, kerana IMAN tidan dapat diwarisi.

C. Tgk IC la babe. Islam kot. Takkan aku x pakai tudung ko nak cakap aku bukan Islam. Aku solat kot. PENUH! kau?
Yes! u are right babe! Islam ko pada IC? Sekeping KAD! but wait the minute, kad tu ke bukti yang ko kat akhirat nanti ISLAM. Ko tunjuk kad tu ke? So, simple! hmm.... let me ask you one more question. apa yang membezakan wanita islam dengan wanita non- muslim. ? its ok. Pakai tudung dan menutup aurat (bukan membalut aurat) adalah perkara yang membezakan antara wanita islam dan yang bukan islam. MENUTUP AURAT adalah WAJIB.


selagi kalian belum berumah tangga, dosa itu terbeban pada ayah kalian, Tak kesian ke kalo mereka bakal tersiksa dek dosa yang kita buat (x masuk dosa ayah kita sendiri lagi, semua dia kena tanggung).

Sekarang ni, kalo kita bercakap benda baik sikit, mesti ni la respon orang kat kita.

A. Buang tebiat nak mati kot dia ni.
B. Eleeeeh! cam dia bagus sangat. Dia pun x tutup aurat sepenuhnya, semayang pun selalu on OFF
C. Sebenarnya, dioarang ni nak cover kejahatan yang diorang buat. tu yang buat2 baik.

D. Dia ingat kita yang tak tutup aurat ni jahat ke? Dia yang tudung sampai ke lutut tu, ingat baik sangat!!

Kadang2 tu, ada gak yang menjawab kenapa mereka x tutup aurat. "belum sampai Hidayah(petunjuk)" mungkin Hidayah(nama perempuan) pun cakap benda yang sama, blm smpai hidayah. Dan ada jugak yang jawab, ISLAM x memaksa. YES ! kamu betul islam bukan satu AGAMA yang memaksa. ini Jawapan Al-Quran "tiada paksaan dalam ISLAM..............................." (Al-Baqarah 2:256). Maksud ayat ini merujuk kepada orang-orang bukan Islam tudak wajib menganut dan mengikut cara islam jika mereka tidak rela. TEtapi untuk orang-orang Islam, mereka boleh dipaksa untuk mengikut hukum-hukm syaraiah yang ada, misalnya hudud & qisas. Cukup2 la tu, tak payah putar belit bagai. Bagi anak yang tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya.

Kita bukan bermain dengan hukum manusia, tapi hukum ALLAH S.W.T

p/s:: jutaan ampun & maaf andai entry ini mengundang rasa yang tidak enak dalam hati pembaca. Tidak ada niat lain cuma aku ingin menyampaikan yang sebetulnya dan mengingati diri aku sendiri. Sekiranya anda terasa kepedasan w/pun x makan cili. Itu satu petanda yang baik. Hijrah la dengan sebaik baik Hijrah kerana YA RABBI. Dunia hanya 1 persinghan sebelum destinasi terakhir di sana. ANTARA SYURGA & NERAKA. Rebutkan dunia memang tak ke mana. Rebutkan akhirat insyaALLAH, Syurga Firdausi sedia menanti.

.Muhasabah diri.

NOBODY IS PERFECT including ME

coretan ini hanya di ambil melalui pandangan yang masih dalam tampuk yg sama. tidak inginkan perubahan dan 1001 alasan.

SELAMAT DATANG

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

::ASSALAMUALAIKUM::

Alhamdulillah, diberi kesempatan dan ruang untuk terus bernafas tatkala kedatangan tahun Baru bagi umat islam. 1433 H.

Seperti selalu, kedatangan tahun baru mesti di pasang dengan azam & semangat yang baru.
Atas nikmaNYA yang x putus2 kepada hambaNYA, ( tapi kadang kala tu ada la sedikit dugaan bagi hambaNYA yang terpilih ) buat aku punya azam yang tinggi & kuatkan hati untuk terus istiqomah dalam apa yang aku lakukan.

Dah terlalu banyak kiraan neraca dosa aku barangkali. tak salah kiranya aku membuat hipotesis, Semakin lama hidup, semakin banyak dosa (kalo tak melaksanakan perintahNYA & tak meninggalkan laranganNYA). Kalo dosa tu tercatat dengan pensel confirm boleh padam, HAKIKATNYA DOSA BUKAN SATU CORETAN PENSEL



Banyak hadith2 sahih menyatakan tatkala kita berwudhuk dan bersolat boleh menghapuskan dosa. Namun dosa yang dimaksudkan di sini hanyalah dosa- dosa2 kecil. DOSA BESAR? Bertaubatlah dengan TAUBAT NASUHA. Untuk menghapuskan dosa bukan senang. Apatah lagi dosa itu suatu yang INTANGIBLE. Tak nyata (x nampak). Tapi ADA. Kalo la kita nampak, memang kita melekat & terus melekat atas sejadah.

Berbalik kepada diri sendiri, YUP! memang susah untuk jadi baik dan yang swaktu dengannya. Sebab konteks baik ni terlalu luas. Maksud aku kat sini BAIK dengan AGAMA. Seriusly, bila aku dah capai 60% tahap perubahan. Mesti peratusan tu kembali jatuh 50-40%. Aku pun tak tau kat mana silapnya. NAmun aku x mudah kalah. Aku cuba dan terus berusahan. Hasutan si SETAN ni menang DURJANA tul. AKu tak nak bersama kO la...!!! ko faham x setan!!!

Memang kita dilahirkan suci seperti kain putih. Ibu bapa yang mencorakkan kain itu. (yang membentuk kita jadi manusia berguna untuk Alif Ba Ta). Tapi bila dah besaq sikit, dah pandai berdikari, mula la kita nak test macam2 kat dunia ni, 97% pesanan & ajaran mak ayah kita lupa. Bagi aku, aku perlukan PEMANGKIN yang baik untuk terus tiupkan semangat aku n kata2 azimat supaya aku hidup dalam kemanisan iman terhadapNYA. Dah lama perasaan HIJRAH tertanam dalam hati, tapi kadang2 aku blurr tak tau nak mula kat mana. Puas ku rayu namun HIJRAH itu belum sepenuhnya jadi hak aku, Tapi Doa terus ku panjatkan....

will be continue...

23 November 2011

MIMPI REALITI

:: Assalamualaikum::

hari ni. aku demam seram sejuk nak demam sebab gusi membangkak. Sakit. Tekak nak telan makanan pun sakit. Bukak mulut cam derita semacam. sampai aku mintak member aku tolong hantaq balik. asa cam x terdaya nak balik nek train. 2 train tak +- 16 stesyen jugak la. TQ babe.
N pagi tadi aku masuk keja lambat 2 jam. Aku mintak time off sebab kesakitan yang di alami.

****************************
Sebelum aku sedaq dari tidoq pagi tadi, aku mimpi g sarawak. Ni kali ke 2 x silap aku mimpi yg aku g sarawak. Yang terbabit dalam mimpi ni ialah Ibu angkat aku yg kat Sri Aman, abg angkat n ayah angkat ( abg n ayah ni memang x penah jumpa mereka di dunia nyata) n abah kandung aku n beberapa kawan skolah menengah aku. Dalam mimpi tu mimpi jugak seorang insan yang aku selalu tunggu dia.. tunggu untuk apa biarlah rahsia. ala.. kowng pun leh teka apa. Dalam mimpi ni aku tanya kat diri aku napa la insan ni x penah cakap dia suka kat aku. rupanya2 dia dah jadi tunang aku, kami telah ditunangkan .(atau bakal ditunagkan.ni dalam realiti [perasan]) Tapi bila? agagagga... n aku pun kata kat diri sendiri patut la... dia dah jadi tunang aku. Lagi pun dia kan memang kategori alim jugak la.... tapi apa yg sedihnya... itu semua hanyalah mimpi. MAMPUKAH MIMPI JADI REALITI? macam tahuk filem plak, agaggagga....

Cukuplah sekadar itu.

Walau apa yang kita lakukan jangan pernah membelakang & menduakanNYA.
Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

=)

02 November 2011

sedetik rasa

:: maaf::

mukadimmah kali ni agak "Kasar" xder pun ucapan salam kat kowang. Aku dah tumbuh "tanduk" kat kepala. Semua gelung2 terapung kat atas kepala aku tepis.. aku harap hari ni jer aku ber"tanduk" esok dan seterusnya dah ilang....huhui~

FYI, aku kuaq opis tadi 6.05 pm. aku telah lewat 35 minit dari waktu asal. Kenapa aku lewat. Sebab aku ada keja n kena buat keja tu jugak.!

Turun2 ja LRT, menuju ke kawasan tempat kediaman aku aku menuju ke kedai bawah umah. Apa aku carik, Aku cari Air Dutch Lady Chocolate. xder yang kecik yang besar aku beli. melayang RM 5.50. Balik umah umah aku masak magie CINTAN goreng 2 bungkus OK! then aku rebus bebola daging 5 biji. TAMAK x aKu! hasutan Syaitan berjaya menguasi diri aku. DAmN ko SETAn!!! n now makanan tu terbengkalai di meja dengan bebolanya lagi 4 biji, megi masih membukit.!!

aku tak tau napa hari ni jd camni... lepas beli air td aku amek straw n on da spot aku terus buka air n minum.. sungguh kurang sopan. (X_x). dah la kotak air tu besaQ. untung xder orang nampak perangai buruk aku, kecuali DIA. (maafkan saya)
Nak tahu kenapa aku jD cm ni ikutilah kisah berikutnya dibawah. kalau x faham, sila tnya. Jgn wat spekulasi x berfakta. nak nak buat simpulan kasih sangat. jUst read, and then ignore it.


***************************

Aku actually sedang MIGRAIN. hope esok ok . sebb aku KERJA esok (sangat suka kerja). Tapi kalo aku x buat luahan kat sini kat mana lagi. lagi MIGRAIN kepala ni.
Aku x akan berusaha menjadi jujur kat sini because aku memang dah jujur.
Sapa yang baca & tahu situasi ni nak cakap aku ni TIPU ke apa ka ... cakap la.... Sbb aku x hidup kerana di puji n aku x mati kerana di keji. Aku admit aku ni bukan la manusia yang sempurna Walaupun dah tercatat MANUSIA ADALAH SEBAIK2 KEJADIAN. Aku memang banyak kelemahan. SErabut dengan masalah itu n ini. Pening ngan itu n ini. Anyyoing ngan itu n ini. Boleh plak hamba Allah sowang ni mengerohkan lagi suasa hidup aku. Aku tau dia tak sengaja n aku plak mengada2 pergi tangkap touching bagai. Come on la HANA! Awak tu sedang menuntut ilmu, dalam masa yang sama mencari pengalaman baru. OK fine! aku sedaq semua tu. BUt jgn sebab aku budak baru terjun ke dunia baru, anda2 semua boleh men semberono jer wat kat aku. Ingat aku ni dicipta tanpa hati n perasaan ka?
Aku tau la nobody is perfect. Aku boleh terima salah aku. Kalu nak bagi tau yang aku BERSALAH sekali pun tak payah la wat pengemuman untuk semua. Aku x perlukan press confren. Lagi pun kesalahan yang aku buat bukan jatuh hukuman mandatori. Kalau kena hukum gantung lain la. Aku pun bukan public figure yang perlukan kontrovesi untuk MENAIKAN reputasi aku.

Mula2 tu ingat nak take it as lesson la... tapi bila someone asked me: ko ok ke? aku rasa ni bukan 1 teguran biasa. ini LUAR biasa. Nak kata salah aku sbb cepat touching xleh gak kan. Aku try pujuk ati, hamba Allah tu maybe stess dia pun manusia biasa. Tapi aku pun manusia biasa. Sedaq or tak dia dah make me embarrass. HAbis hilang 87% rasa kemanusia aku. Cam aku cakap dulu, aku x akan dendam with anyone. Cuma rasa terhiris tu akan ada selamanya. Aku pun dah maafkan. Tapi kesan di hati biar aku dengan ILAHI. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI.


AKU ada lebih kurang 39 Days to Go.

HOLD ON Hana.
JUST FACE THE REALITY.

TQ 4 every single thing.

SIMPLE PAST TENSE

~ lalalalalaal~
just wanna say
.
.
.
.
.




and


28 October 2011

2 dalam 1

:: Assalamualaikum::

Hari dah sabtu. InsyaALLAH next saturday aku akan berada di Kedah untuk menyambut Aidiladha. Memang lama gila aku nak tunggu saat2 boleh pulang ke kampung halaman. Almaklumlah hidup sebagai "pekerja" di kota metropilitan ni, kalau tak kuat mental & fizikal, boleh 'syahid'. Hampir 4 bulan lebih kehidupan di kotaraya yang plastik ni. Banyak sweet sour & bitter aku telan. (kalo anda dalam kalangan yang rajin membaca post2 saya ni, mesti anda tau saya ni "spesis" cam na. Kalo bukan, meh sini saya g tau.. saya seorang yang pemendam yer.. bukan pendendam.)

Hari ke hari pelbagai situasi yang terpaksa rela aku hadapi. Kadang2 ada juga yang terluah. Tapi tak semua.

Aku tak tau sejauh mana kesedaran kita akan kehidupan yang sementara ni. Just a transit. (betulkan english aku, abaikan). Aku selalu sedar akan kehidupan yang TEMPORARY ni. Tapi aku, selalu jer ke laut, kadang2 tu cam lalang.!! (faham2 jer la). Tapi aku tak stop berdoa & berusaha supaya aku & kita semua akan bertambah baik dari sehari ke hari. Kita increasekan tahap "kebaikan" kita dari dalam & istiqomah. InsyaALLAH segala usaha dipermudahkan.


*******************************

Hidup ni bukan semata-mata AKU-AKU, KAU-KAU (indivualisme- tah betul ke tak istilah aku ni). Kalau kita cermati lebi dalam, maka ada makna yang tersembunyi yang jauh lebih luas. Dimana, sesungguhnya HIDUP ini bukannya kehendak kita. Tapi kehendak Allah S.W. T, Yang Maha Memiliki Kehidupan. Hidup bukanlah untuk diri sendiri, tetapi memberi manfaat kepada orang lain serta hidupan alam semestar.

Kalau kita melakukan sebuah perjalanan ke dalam diri kita senidri "inner journey" , maka kita akan menemukan bahawa hidup kita ni sangat mengagumkan, & kita bakal menghargai kehidupan ini.

Hidup ini hanya "pemberian" dari Yang Maha Memberi. Dia jugalah yang berkuasa mengambilnya kembali. Justeru, dalam apa yang kita lakukan dalam seharian biarlah kita niatkan hanya keranaNYA.

Banyak pekara kita kena sedar:

Jika hari ini kita mungkin ORANG KAYA, esok belum pasti Kekayaaan itu milik kita.
Jika hari ini kita punya WAJAH CANTIK, esok mungkin kecantikan itu ditarik.
Jika hari ini kita seorang BOSS, esok mungkin kita hilang pekerjaan.
dan macam2 jika yang sewaktu dengannya.

sedarlah!! sedarlah!! x kira tua, tak kira muda, hiduplah dengan ADDIN, insyaALLAH. Selamat Dunia & Akhirat. Jika hidup berlandaskan Hati, kita hanya bakal mencemarkan, menyakiti banyak hati lain & hati sendiri. Ikutkan HATI,"MATI".

Apa pun yang kita hadapi, S.A.B.A.R.....=)


16 October 2011

SABTU SEPI

:: Assalamualaikum ::

Sabtu, 15 Oktober 2011: Banyak masa aku habiskan dengan berkemas, masak utk lunch wat sup n makan malam aku masak spaghetti. Hari rumah sewa yang terletak di pandan indah bersebelah dengan LRT cempaka agak sunyi n suram tanpa suara2 penghuninya yang lain. Hanya ada aku jer kat rumah ni. Aku pun x tau nak buat apa sangat dah hari ni. Aku hari ni asyik call mak aku jer .. yer lah dah xder sapa leh aku cakap hari ni... sepatutnya sekarang aku dah tido. tapi saja menjagakan diri.

Hidup kat KL ni, bila weekend jer. Aku x tau nak ke mana. Kalo aku kuaq pun aku akan ke UKM atau balik Kedah. Bila aku jalan2 ngan Along aku kat KL ni, aku penah bg tau dia yang aku x penah sampai kat situ sini (contohnya bila kau pusing2 sekitar bukit bintang ngan dia, aku cakap aku x penah ke sini) pastu dia akan respon, kalo xder apa2 jgn nak ke sini (BB). Maksud dia. kalo xder hal yang penting jgn turun KL (dia risau aku kot).

Hmm...aku nak share something, hari ni aku telah berjaya menghabiskan sebuah novel. Untuk pengetahuan semua aku bukanlah kaki novel atau pembaca novel yang tegar. Aku akan mengambil masa yang sangat lamaaaaaaaaa.....................! novel yang berjaya khatamkan ni adalah bertajuk TAUTAN HATI, hasil penulisan FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Buku ini ada 788 muka surat. Novel ni berkonsepkan islamik.


Aku mengambil masa hampir 1 tahun untuk menghabiskan sebuah novel. Novel ni aku pinjam dari sowang kawan sebelum dia kawin lagi. now dia tgh tunggu masa untuk melahirkan 1st baby.
Seriously, buku ini banyak mempositifkan aku, watak2 yang diketengahkan kadang2 kena dengan diri aku.

" Bertemu cinta dalam HALAQOH, hidup lebih indah terarah, menyulam tautan hati kerana ALLAH, terpatrilah ikatan akidah"


Tapi sepanjang hidup ini, aku x pernah lagi melalui proses halaQoh seperti dalam novel ni. Masa aku join sidang redaksi baru2 ni, adalah usrah setiap khamis malam jumaat.. tu pun hanya 4-5 kali.

InsyaALLAH jika aku ada kelapangan lagi, aku akan postkan sebagaikan kata2 dalam novel ini yang membuat kita berfikir tentang ISLAM & diri kita. Dan aku sedang berusaha mengumpul minat untuk membaca....=)


" SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DISYURGA
SEKALI WANITA TERNODA,BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA"

renung2kan, selamat beramal.

sekian adanya...

15 October 2011

Sebegitu Hanya...

::ASSALAMUALAIKUM::

MOOD hari ni OK2 ja..

AKTIVITI sekarang, update blog sambil melipat kain baju.. (T_T)

MENU lunch untuk hari ni dah masak sup ayam mix bebola daging n cendawan...=) ( ada rasa spicy sikit) ini adalah resepi sendiri..

PERKARA yang x best hari ni, sinki umah sewa ni MUSNAH.. salur singki tu tercabut (betul kot istilahnya) .. asyik kena mengelap jah.(exercise yang x diminta.)

Dek penangan cerita LESTARY (lagho kan.. agagag) maka terpost la lagu ni...=)

selamat membaca lirik lagu ni

(apa la aku ni, patutnya aku post something yang manfaat tuk kowang baca kan? tapi aku post lagu lak.. huhui.. mungkin ada sesuatu kat lagu ni kot sbb tu aku post... huhui)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

sekian~

13 October 2011

Cerita Hati HambaMU

:: ASSALAMUALAIKUM::

Sebelum jejari aku menari tango atas papan kekunci laptop pinjam ni,
sama2 lah kira beristighfar, memohon ampun atas kesalahan, kelalaian kita mengingatiNYA


Alhamdullillah, masih tidak kelu lidah kita dengan kalimahNYA. Moga Allah mengampuni dosa-dosa seharian kita. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN.

Selain blog ini aku jadikan tempat untuk aku meluahkan rasa geram(grrrrrrrrrr..) happy dan sewaktu dengannya, aku jadikan blog ini juga sebagai satu alternatif untuk aku muhasabah diri. Aku bukanlah dari kalangan mereka yang baik,suci, tinggi ilmu agamanya. Aku sedar kekukarangan diri. Dan atas kesedaran itu, aku ingin sencari sesuatu yang ingin aku miliki dalam kehidupan dunia ini, agar kelak (akhirat) bila segala amalan aku diperhitungkan aku tidak takut & gentar.

Aku ingin menjadi umat Rasulullah S.A.W yang bersama2 Baginda minum air sungai Qausar, aku x nak pendengaran aku tidak mendengar laungan Rasulullah S.A.W memanggil umatnya.. " Umati...Umati.. Umati.." di akhirat sana.
Cerita Ustaz Malik sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam tentang gambaran di HARI PENENTUAN nanti dalam hati aku.

Aku x tau kat mana patut aku mula? hmmmm.. sungguh aku lemah.
Mungkin aku perlu someone yang boleh guide aku. Tapi aku x boleh nak hakis perangai suka pendam aku ni. Aku berserah padaNYA agar dikurniakan someone untuk aku agar melalui dia yang ALLAH S.W.T kurniakan bakal membawa aku kenal & mendekati Sang Pencipta. Aku takut kalo sikap aku seharian IBARAT aku bermain dengan hukum NYA.
Aku takut, setiap perbuatan aku diperlihat & dilihat seolah2 aku ni pura2 "alim".. jauh di sudut hati aku, aku ingin berubah secara total! Aku selit perbualan, percakapan harian aku dengan perkara2 yang mengingati mati, akhirat, dosa & pahala agar aku terus istiqomah dalam pencarian NUR ISLAM yang sebenar. Tapi aku takut percakapan aku adakalanya menyentuh hati orang disekeliling aku. Dengan rasa rendah diri, aku mohon maaf andai kalian terasa. Sungguh aku x bermaksud. Dah lama aku mencari NUR ISLAM. tapi belum "sampai sepenuhnya" . Bila cahaya tu nak makin terang, aku pulak yang bikin hal... Maafkan hamba MU ini Ya Rabbi.

Cukup sekadar itu dahulu.
Nak bersiap untuk menunaikan Solat Magrib.. insyaALLAH.

~wasalam~

07 October 2011

Jawapan di sini

after nightline...

bila aku disoal napa deactive FB.. aku asa cam xder jawapan yang kukuh tuk aku JAWAB. Tapi aku gagahi jugak tuk jawab..
antara jawapan aku:
  • saja..
  • dah xder apa nak diFBkan
  • MALAS
  • SESAK
  • senyum..=) x perlu kata apa2
  • biaq aku je la yang tau
MAaf la kawan2 sekalian.. aku x daya nak cerita semua. Walaupun aku asa nak cerita, tapi aku pilih untuk diam. Aku nak jaga semua. Kadang2 aku terfikir jugak, emosi aku jer kot yang berlipat ganda dengan elektron -ve (betul ke istilah sains aku ni,.. hentam je la) , sensitip xbertempat. tapi dalam masa yang sama aku YAKIN! x salah untuk aku berperasaan cam ni. apa yang aku rasa ni pun 1 kurniaNYA. aku cuma perlu kembalikan semangat & kekuatan yang di "hilangkan".

"KAT SINI AKU CITER SIKIT2 JER.. X MENYELURUH PUN...=) AKU MEN TAIP JER.. AT LEASE KURANG JUGAK BEBANAN RASA NI"

Aku bukan apa, aku asa "sesak"nafas, asa "lemas"sangat bila aku terlalu menjaga apa yang aku buat, apa yang aku kata (kecuali aku sedang bergurau) . Sampai satu saat aku terlalu menjaga, tak nak sakitkan hati, jantung orang lain termasuk "musuh perjuangan" , hati aku yang tertusuk duri. SAKIT. Banyak pengorbanan rasa yang aku buat tok orang lain happy n rasa selesa ngan aku. tapi ini yang aku dpat. mungkin ni ANUGERAH yang DIA nak ak rasa.

Aku mengaku, memang kadang2 aku x dengaq nasihat orang. Bila orng dah nasihat pesan JANGAN, takut aku makan hati. Aku yang beriya, aku kata aku nak balas jasa, aku yakin yang aku x akan sakit ati dll. Xpela kan, janji aku rasa aku terbalas jasa.

Yes! memang banyak terpendam. Mungkin ada yang aku cakap kat atas antara sbb aku deactive FB. sapa yang tnya td, korang tahu kalau kowang baca ni. Ada beberapa sbb lain lagi... terlalu personal nak story mori kat sini. Aku bukan nak lari dari someone ni. cuma aku nak dia sedaq "kehilangan" aku seolah2 aku "mati". Kalau memang dia dah lupa & harap aku yg carik dia memang x la... aku x lupa dia cuma aku x boleh nak contect ... lama dah aku sabaq, dh lama dia "sakit" kan hati orang yg aku sayang..hahaha.. melalut dah aku....

maka berhentilah aku di sini. sapa yang faham. Terima kasih
yang x.. xperlah.. im nOt perfect...

aku ni luaq je nmpak OK, dalam... hanya DIA yang tahu

Sekarang aku cuma nak rasa ALONE jer ....~

biar ku tanggung semuanya sendirian.. gitewwww