16 December 2012

Oh My Skin!

::Assalamualaikum w.b.t::

Alhamdulillah, atas kesempatan yang diberi untuk terus bernafas di bumi ini. Hari ini CUTI! sekadar lepak di rumah. Aktiviti hari ini
1. Kemas bilik+sapu satu rumah. 
2.Basuh baju yang memenuhi baldi. 
3.turun carik makan. 
4.Marathon movie.
5.Facebook
6. Blogging

Perkongsian cerita hari ni.. (kenapa la bahasa aku hari ni sungguh membosankan). Aku ada satu masalah berkaitan kulit. Untuk makluman, kulit aku cukup sensitif. Apa yang paling aku sensitif adalah objek "BESI" seperti kerongsang, jam tangan rantai, ataupun rantai tangan yang ada besi2. Aku akan mengalami kegatalan yang terlampau.. naik biji2 merah, and terasa nak garu laju2... kalo x kawal boleh berdarah.  Waktu aku zaman muda2 dulu era 1990-an, first time aku pakai jam rantai (jam tangan yg besi tu).. n aku mengalami kegatalan. Abg aku cakap, biji2 yang naik tu adalah KAYAP!!! Abg aku ckp, kayap ni kalo dah keliling pergelangan tangan aku, boleh putus tangan , x pun mati! dia buat aku cuak! terus aku g tanya mak aku. giler membonggak abg aku. menipu jer!!! lepas dari insiden tu aku dah tak pakai jam berantai. Kerongsang pun sama. kalo pakai tudung aku rasa gatal sangat kat leher. 

Simtom2 tu yang menyedarkan aku bahawa kulit aku ni "mahal". TAk boleh pakai benda yang sebarangan atau yang "murah". Aku bukan nak kerek or sewaktu dgnnya. memang kulit aku tak tahan. 

Tapi bila umo aku mencecah 20 an aku dah kulit aku dah kurang sensitif pada kerongsang. kalo x jenuh la aku. xkan nak pakai kerongsang emas kot kan..! Cuma kadang2 jer rasa gatal tu kembali. tapi jam & gelang memang x boleh yang murah langsung. Walaupun jam or gelang tu cantik di mata aku.


** tapi sekarang ni aku pakai jam tangan rantai..lebih kurang 7  tahun jam ni aku pakai tp x gatal sbb ada brand!! hahah.. ni abg aku bg**casio jer pun**


Along aku pulak, sejak 2 menjak ni rajin betul belikan gelang2 gadis ni tuk adik pompuan dia ni, hmmm.. aku amek n simpan jer, pakai sekali sekala jer.. tu pun kalo nak kuaq ngan dia.. kalo x. jgn harap la. susah!

Rentetan daripada masalah kulit sensitif ni, Aku turut  mengalami masalah untuk berjimat! Seriously, aku tak dapat nak berjimat kalo brg2 yang aku kena beli semuanya boleh dikatakan mahal. kalo ak ada pilihan nak beli Sabun basuh yang berharga RM3 & RM8, walaupun fungsi kedua-duanya sama iaitu sebagai agen pembersih aku tetap kena beli RM 8 sbb tangan aku alah pada sabun yang murah. sabun tu terlalu TAJAM untuk jari aku. Sungguh aku berduka cita! Kesan bila aku pilih sabun murah, kulit jari akan mengelupas sendiri, sedikit membengkak. lepas tu mula la pedih dan sukar tuk aku makan nasik ngan tangan. 


Waktu zaman matrik lagi member2 aku suh aku belajaq jimat beli benda2 murah jer... sbb diorang kata xder beza pun.. fungsi barang aku nak beli sama jer. But the problem is bukan aku ni jenis belagak nak beli benda mahal, memang aku x boleh. huhui... bila aku beli jugak barang murah, mula la menyesal dikemudian hari...


** itu sahaja kisah kulit sensitif ni** kepada sapa yang rasa entry aku hari tah apa2 aku mohon maaf!** 

Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.

Selamat berhari ISNIN esok!!


.Wasalam.


No comments:

Post a Comment