21 July 2013

Teman Pengganti

Assalamualaikum..
Jam tangan tepat menunjukan jam 1 pagi. Jam ni pemberian abg sulung masa form 3 dulu (dah 9 tahun jam ni berjasa, sayang nak bertukaq). Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan keizinanNYA. Aku masih mampu melihat langit malamNYA dari jendela ( jendela?? tingkap k) bilik yang indah. Masih dapat merasa sapaan angin malam bila singgah di pipi tatkala tingkap dibuka. Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMU.

Alhamdulillah, hidupku kini dalam seba sedehana. Dalam diri cuba memupuk untuk istiqomah kadang2 aku terleka juga. Maafkanku Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

Sungguh aku lemah tanpa kekuatan dariMU. Jangan kau tinggalkan aku Ya Allah tatkala aku sedang mencari siapa diriku. Sudah berapa kali pencarianku gagal dalam mengenal erti hidup bersyariĆ©. Pernah ku bermohon padaMu agar dikurniakan teman untuk bersama dalam jatuh dan bangunku meraih CintaMu. Namun teman itu belum sepenuhnya hadir. Aku mengerti Ya Allah, belum masanya.

Hari ini, eh semalam. sepanjang hari aku mengadap Mr Karl ( Laptop) memburu dan terus memburu. Aku perlu cari kerja baru.Tapi jauh di sudut hati untuk meninggalkan kerja sekarang. Ini kerja pertama aku selepas tamat bergraduasi. Sungguh aku sayang kerja sekarang (T_T) . Banyak sangat suka duka pahit manis dalam tempoh hampir 10 bulan ni. Sekejap jer dah 10 bulan... ramai teman yang bertandang dan berlalu....
         
                               ***************************************************

Berbalik kepada tajuk post  * TEMAN PENGGANTI* . Saja jer ak pilih tajuk tu. Dalam pemburuan td, ada jugak benda lain yang aku wat.. ati rasa sayu sangat.. dah ler sowang2 kat umah. xder sapa nak bual nak melempiaskan rasa hati. Bila masuk waktu ja terus aku berwuduk n berbicara ngan DIA. Sessungguhnya DIA AS SAMI' ( MAHA MENDENGAR) & AL- ALIM  (MAHA MENGETAHUI). Lama sujudku....bercerita, memohon, meminta, merayu pada DIA YANG SATU.

Cuma yang tak tahan, bila azan magrib berkumandang td .. mata aku bergenang . Asa cam x cya....
Bila ada yang menyapa tgk aku cam tu.. kenapa?? Dengan ikhlas ati aku jawab..*spontan* . Saya rindu..... sangat (T_T).........~~~



*Suara hati*

Walau dengan siapa yg saya rapat ketika ini..
Dia hanya teman di hati, teman di sisi
Bukan teman pengganti, atau calon bakal suami...
Jangan  disalah erti persahabatan kami...
Kerana diri awak masih saya nanti...
Nama awak masih di carta hati...
Tak pernah lupa setiap detik..
Dalam sujud saya ada nama awak..
Apa yg dimohon pada ILAHI..
Biar jadi rahisa hati saya dengan Allahurabbi..
Untuk ketika ini...
Saya perlu yakin .. saya perlu terus .. dan terus menanti awak..
Seiring dengan rahsia saya dengan Rabbul Izzati...
Agar rasa itu kembali bersemi....
Sungguh saya tak mengerti ..
Kenapa saya tak bisa melepaskan awak pergi dari hati,..
Puas saya pujuk hati...
Namun gagal yang saya temui...
Saya mohon diampuni kerana masih menyimpan nama awak dihati...
Kadang2 saya takut, takut kerinduan ini melebihi kerinduan saya pada SANG PENCIPTA & KEKASIHNYA.. Maafkanku Ya ILAHI.
Kerna awak hadir dalam tidur & jaga saya...honestly..
Saya akan terus menunggu takdir jodoh saya..
Walau kini awak jauh di mata, tapi dekat di hati untuk diingati,
Selagi kita masih pandang langit yang sama...
Selagi masih berpijak pada bumi yang sama
Selagi kita bersujud pada kiblat yang sama...
Awak akan selalu diingati ..
In Sya Allah sampai mati...
Awak yang pertama tidak akan ada pengganti...
Namun, andai kini awak sudah temu si dia idaman hati,
Penyejuk mata, Penawar dihati...
In Sya Allah saya akan redha dengan takdir & ketentuan ILAHI...
Saya akan terus menunggu awak sehigga  sampai lafaz sakinah dilafaz untuk dirinya....
Namun, sekiranya awak kecewa lagi...
Saya  masih di sini... ada untuk awak.. untuk teman awak.. untuk dengar cerita awak
Walaupun bukan seperti yang dihajati.. namun cukup sebagai teman sejati

Sungguh saya tak boleh tipu rasa hati ini lagi...
Walaupun kita cuma kawan kini.... jauh disudut hati...................
Saya tak pernah buat apa yang saya buat sekarang...
Lantas saya ketuk pintu hati..
Dan bertanya kenapa diri awak terus  & perlu saya  nanti
Hatiku menjawab...
"Aku (hati)  telah kau beri padanya... saat dia pergi, aku  dibawa bersama tanpa dia tahu & sedar"
Sungguh kau Cinta dia Lillahi TaĆ”la ( kerana ALLAH Taala)


                             ********************************************************

                                                                 WASALAM


                                                           *hiasan semata-mata*


No comments:

Post a Comment