11 March 2011

SAYA SAYANG JEJAKA H!

Assalamualaikum semua
& Salam tgh pagi....

apa pun yang korang2 wat hope korang happy & bahgia yer... yang belum solat isyak tu, g la tunaikan dulu, moga kita sama2 & sentiasa dalam lindunganNYA~amin

aku sedang bz mengscanckan tesis cik rOOmate saya ni. Baikkan aku!! sendiri masuk bangkul sendiri angkat! hahah... macam dah bukak kedai fotostat asanya...~ (memiliki sebuah kedai/firma apa2 jerlah yg berunsurkan bangunan perniagaan menjadi impianku, Allah secara jelas berfirman bahawa 90 peratus punca rezeki datangnya daripada perniagaan.).. sambil scan sambil up date blog ni....

untuk pengetahuan semua aku bukanlah manusia yang buat masa dan ketika ni xder keja lain...
banyak n bersepah kot, assignment2 ni suma dok panggil aku... aku jer wat2 x dgq, malas nak layan,..aku pun memparkingkan headset dikepala agar aku x dapat dengar jeritan batin assignment tuh... sory ea 'korung'.

Itu semua mukadimah semata, actually aku nak bercerita mengenai tajuk di atas. Hari ini aku boleh dikatakan insan bertuah jugak la, di hujung2 sem keterdesakan+kegoyahan instutusi kewangan makin menjadi-jadi, banyak benda yang kena settle dan suma perlu berbayar.. aku telah menerima easy reload RM 10. hahaha..poyo jer kan.. dapat top up pun mau kecoh! suka ati la wei... ada aku kisah.. semalam tyme mak call ada la aku g tau yang aku xder kredit. mak aku ckp ok, t mak bg tau abah. makanya aku pun pikir mak la yang top up. Aku terima top up tu masa aku otw dlm perjuangan nak ke klass kiranya tu rezeki tuk orng berjuang cam aku ni... sekali lagi aku dengan berjayanya berbangga dgn diri sendiri.. apa2 jer lah aku oii...

dalam kegoyahan institusi kewangan yang aku alami ini aku masih bersyukur masih ramai individu di utara,selatan berbaik hati membenarkan aku meminjamkan wang mereka tanpa perlu membayarnya semula apatah lagi bunga-bunga cinta. ZERO INTEREST.. TERIMA KASIH SEMUA. LUV kamu2 sangat2!! kalo ikutkan apa yang mereka bagi tu melebihi apa yang patut aku dapat. dan bila dah dpt lebih, maka aku pun belanja la dengan lebih2... hahahaha... sabo jer lah...~

Atas terlalu banyak bermain di taman permainan pada semester lepas, aku dengan hati terbuka seluas bumi ALLAH ini menerima segalanya yang dah menjadi ketentuan takdir hidup aku yang bernama siti nur hana ni w/pun pahit tuk ditelan., i have no choice. aku anggap jer yg pahit tu ulam. so boleh makan.! aku pun suka makan ulam. takder hal la. mana boleh dlm hidup ni asyik nak yg manis2, kalo sumanya manis maka akan terjadi la keadaan seperti "cendawan tumbuh lepas hujan"di hospital akibat menghidapi penyakit kencing manis atau dalam bahasa lebih sopan diabetes!! x rela mak nok! (motif kata2 itu terkeluaq) .

ALAMAK!!! penat aku scan 28 page dah berlalu!! tiba!! LAMUNAN TERHENTI! what the..... astaghfirullah al azim ... sabo jer lah~ ERROR plak. ..~

sambung citer.....

w/apapun yg kita hadapi,sesukar manapun masalah yg dihadapi, teruslah mengukir senyum di bibir. senyuman itu mampu mengecas ion2 positif dlm diri. make sure senyuman tu ikhlas yer kawan2..=))) sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanNYA melebihi kemampuan hamba itu sendiri,ALLAH Itu MAHA ADIL... Allahuakbar!

Jauh dah rasanya aku menyimpang, aku bukanlah dlm dunia MAGIKA, tiada yang mustahil dengan imaginasi bak kata BAD dlm citer tu... BAD atau nama sebenarnya BADANG yang dilakonkan Anak Felda Taib Andak. Mawi World...=) jgn nak ngutuk dia ok! hhahha...

Maka alam aku adalah alam dunia pada&ketika ini. ESOK,LUSA, TULAT belum tentu. Yang pasti suatu saat nanti kita pasti bertemu di suatu alam yang kekal selamanya..... ALAM AKHIRAT...=) moga sama2 la kita renungkan sejauh mana persiapan kita untuk menempuhnya....

'aku org indonesiaa...engak tak penoh ilmu didada...xkn sampee ke terusan suezzzzzz'.... demam citer ni pun berakhir lagi.... apa2 jer lah
aku ni...

sebelum aku mengaruts lebihpanjang dari rambut kak limah & kowang makin pening2 lalat baik aku berhenti. berhenti! owh x mungkin aku berhenti tok jd yang terbaik....=)))

Sekalung penghargaan dan 77 juta ucapan terima kasih kepada JEJAKA H ni atas penopappan (top up) padaku. akan ku kenang jasamu kerna menghulukan tangan meringankan bebanku dikala aku dlm kesusahan yang aku cipta sendiri.

Aku tau kamu buat suma ni sbb kamu SAYANG sayakan....
w/pun aku suka susahkan dirimu, kamu selalu jer sabo, dah berapa malapetaka yg aku dah bawak dlm hidup kamu... dah berapa ribu duit kamu hilang terbang melayang sbb aku. kamu sabo jerkan. x marah pun. malah makin sayang kat aku, aku tau sebab apa kamu sayang aku.

sbb..... saya adik KAMU!!!! SEKALI UNTUK SELAMANYA.

Inilah Jejaka H yang aku maksudkan


Mohd Hafiz Yahaya


P/s:: 1)bukan dia ja yang berbudi pada saya, 2 lagi abg saya
yg banyak budi mereka. tapi saat ni saya nak citer pasal
dia jer dulu...=) along & angah nanti kalian pulak..
biar seluruh dunia tau SAYA BANGGA JADI ADIK KALIAN.
kalianlah pelindung+pahwalan+perwira+per2 jer lah hidup ku...
w/pun selalu dibuli... korang sangat terpengaruh ngan IKLAN DIGI...
sikit2 "AKU KAN ABANG"....... sabo j er lah

2) aku telah berjaya edit dgn cemerlang gambo diatas dengan menghilangkan
tompok hitam di dahi abg aku yang sowang ni. KEjaM x...hhahah...
3) kena scan balik....=/ pdn muka aku...!!


lalotan aku terhenti disini dulu. sekian


09 March 2011

KAMI BERSAUDARA.=)




Assalamualaikum & Selamat menunaikan Solat maghrib semua..=)

"solatlah kamu sebelum kamu disolatkan".. pastikan kamu semua dah solat semasa menyinggah kat blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni... if blum p dulu... x elok lewat2kan ok... sat g mai balik blog ni..=)


aku mau dedicate this song tO mereka2 yang semakin menjauh

(family PMUKM 09/10) special tOk kalian

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus


"Sekali Bersaudara Selamanya tetap Bersaudara"


with
Siti Nur Hana

WHAT THE **** LA....~


assalamualaikum w.b.t

tuan2,puan2, adik abang, kakak adik, pak cik makcik, & seluruh rakyat jelata bahawa sesungguhnya hari ini?? hari ini?? hari ini.. pagi tadi... cam apa jer dak2 what the **** la...
kowang tau x apa masalah dunia diorang? kot2 la kowang2 ni ada terbaca diari or blog diorang..
ada ke blog dak2 what the **** la... hahhahah~ ngeng~

aku, saya, rasa... kali ni, hari ni nak cuba memahami what the **** la ni....
  • siapa mereka ni sebenarnya?
  • apa modus operandi diorang?
  • merengkah diorang?
or
  • salah mkan sarang burung?

hurmm... tu yang x pasti tu....
apa2 pun diorang ni cam bes jekan tadi what the **** tul la.... aku bukannya x suka or ada masalah ngan diorang. OK jer..=) tapi dari beberapa minggu lepas lg... w/pun aku ni kdg2 tidak menghadirkan diri, sbb selalu excident "memandu dlm keadaan menbahaya maka terbabas" ... tp tu la... aku bukan nak cita pasal aku pun. pasal what the **** la....

time orang present dok pok pek pok pek dah la aku fhm teramat sangat apa yang dia dok pok pek pok pek kan tu.... bukan x boleh pok pek.. tp agak2 la der... we are MALAYsian... aku pun pok pek guk... tu satu.

tyme Q&A banyak plak cekadak dia menanya... tyme orng present dah dok gelak2... ingat yg dok present tu RAJA& PEMAISURI LAWAK Ka?? agak2 la sikit... soalan suma berunsur nak menjatuhkan orang . ingat main saham ka pa,! pastu bangga dpat menyoal. orng jawab x dengaq... pukui baru tau...!! hahha
emosi sedang memuncak...=! pastu kalo orng lain tanya ang dok gelak... awat hang dah pandai sangat ka.. lecturer yg da pangkat Dr tu pun terima ja soalan tu.. suka ati la nak tanya pa pun, ang ingat ang ja nak dpt markah lebih.. ha! aku x boleh kalo emosi x terkawal lohgat kebanggaan aku habih suma keluaq... hahahha... selamat x ckp orng putih ja lg...hahahha

ish3 (sambil menggeleng pala lutut) apa nak jd la dunia la ni. mana2 p dok laung one malaysia.. tp hampeh... yg dok cakp dlm hati one bangsa untuk malaysia... hahahahha... apa2 pun peace no war. sama2 la jaga hak masing2... tapi aku memang tak puas hati ngan perangai cam tu.. dah la..#$%^&* hahahha... aku pun xfhm apa aku ckp...ngaruts semata.

p/s:: kepada pembaca budiman fahamkan kamu dengan ceritara cintaku ni... maaf la kiranya terkasar berbahasa, x terniat nak mengutuk sesapa. just sedikit keciwa...(T_T) & sesungguhnya izinkan la aku meluah apa yg dirasa dlm keadaan yang sedikit wengg~

sekian tazkirah tengahariku untukmu~
renung2kan & selamat beramal...=)

KASIHMU TIADA NILAINYA..~


Assalamualaikum semua...=)

9/3/2011, ketika ini jam pada Karl ( nama laptop aku) menunjukan tepat pukul 2.08 am. aku pun nak bg nama kat laptop aku guk cam Firdaus bg nama kat PC dia, GHASIDAH ok! :: Pagi yang damai. tanpa rumet dibilik! hahaha.. selain berteman kan Karl aku ditemani oleh assignment yang menanti ku dari tadi... hahahha... saba la korang, aku ada misi yang lebih penting tok diselesaikan malam ni.. antara tidoq atau berjaga,.... sabo jer la~


Hari ini, SATU UNDI, ESOK KESELAMATAN FST... motiff?? ha.. terimbas kembali ayat "hari ini"... kenangan satu ketika dulu..=)

Aku just nak kongsi HARI INI ialah hari istimewa orang yang paling aku sayang, paling aku cinta paling aku rindu, paling aku tak akan lupa, paling aku rasa nak peluk, paling aku rasa nak kiss, paling aku terbayang, paling aku setia, paling aku nak ucap terima kasih atas segalanya. paling aku nak mintak maaf atas segalanya.

Tanpa dia tiadalah insan yang bernama MOHD PIZA,MOHD HIDZIR,MOHD HAFIZ & SITI NUR HANA..... segala Dia. Tanpa kasih sayangnya yang tak berbelah bagi kami membesar dengan sempurna. Hanya tersenyum manis melayani kami yang bermacam ragam. Nasib 4 orang jer.. kalo ramai...no komen..=)


[inilah KAMI]

Rasanya korang dah boleh agak kot aku tgh citer pasal sapa..hmmm, Dia yang aku sedang bercerita ni, sejahat mana pun aku n abg2 jarang dia nak 100% salahkan. Nasihat terus diberi agar kesilapan dibaiki & x diulangi. Susah nak tgk Dia marah,susah nak tgk dia pegang rotan, hanger dan sewaktu dengannya tOk rotan kami. Itu bukan cara dia. Zaman dulu kala, abg2 aku penah guk kena sbb diorang ni laki, lain macam sikit nakal. Tapi aku bertuah sangat, sebab x penah kena.. jgn jeles yer abg2 sayang.. hahaha.. kalo kena pun pukul manja gitu, mana taknya orng tgk tv tgn jalan ja lipat kain. aku x! hahaha.. satu iklan satu baju... ahhahaha... sabo jer la...
suh la aku wat pa pun akan aku buat, tp masalah sikit bila soh lipat baju. harap maklum. tapi sekarung dah rajin sikit la lipat baju.

Seawal umor 6 tahun aku dah jejak kaki ke ICU. Motif aku ke sana? masa tu aku tak tahu apa pun. budak2 lagi. Masa tu Dia yang aku sayang telah diserang sakit jantung. (T_T). Alhamdulillah, 16 tahun dah berlalu. w/pun penyakit tu masih ada padanya aku bersyukur sebab sampai saat ni Dia masih ada disampingku w/pun pada saat ini kami terpaksa berjauhan. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!! Pada umurku 10 tahun, sekali lagi dia dimasukkan ke hospital, atas sebab yang sama. tapi masuk wad biasa. dipasangnya mesin di badan. Aku tak terdaya utuk melihat keadaannya. masa tu Suami kepada Dia bekerja di PENJARA SG.PETANI, Hospital & penjara bersebelahan maka kerap jugaklah suami kepada Dia memantau kami. Oleh kerana aku jer anak perempuan & hanya perempuan yg boleh menjaga. Maka akulah harapan mereka. Sehari jaga aku terus demam. maybe sebab berjangkit degn virus2 cinta di hospital tu.
Pada usiaku 14 tahun, sekali lagi, atas masalah yang sama. Kali ni aku bersyukur, sbb aku dah ada kakak ipar. Aku sangat lemah bilamana melihat Dia dipasangkan dengan mesin apa tah. Hati aku menangis. Aku cuba kuat tuk tak mengalirkan alir mata. Xder langsung wajah kegembiraan seperti selalu. Kali ni akak ipar aku yg take over tugas aku. Aku seolah2 menjauh dari Dia. AKu x sanggup!! beberapa hari selepas mesin tu dinyahkan dari Dia, aku sangat terasa gembira tak tergambar oleh kata2! SAYA SAYANG DIA!

Tahun yang paling kritikal masa umo aku 17 tahun. semuanya bermula pada 1 januari 2006. selesai majlis pertunangan abg aku, Hafiz di pahang, singgah sebentar di N9 esoknya bertolak balik ke kedah. Aku lihat Dia sangat lemah. Semua pertanyaan Si suami jawapannya acuh x acuh. Aku terus diam membisu. Sampai nya di kedah, tak sampai 2 hari, Dia dikejarkan ke hospital. Kali ni bukan wad biasa. Tp wad bedah! apakah!! Aku tanya Suami Dia, kenapa masuk kat Sini. apa masalah. Si suami diam jer.
Esoknya aku datang melawat Dia, aku tgk dia tak der di katilnya tapi hanya ada darah.. aku terus duduk di kerusi sambil telekup muka kat tilam tu nangis!! x lama kemudia abg ku sampai,Hafiz, dia naik lambat. Habis cara pujuk aku. aku sedih. mana Dia aku tanya. jiran katil sebelah cakap Dia g X ray. napa ada darah ni. darah dari tgn kena cucuk. SEDIH! Dia sampai ja aku terus peluk erat. SAYA SAYANG DIA!!

Dalam masa aku nak SPM tu tiap2 bulan masuk wad. Doktor sahkan Dia ada ULSER dalam perut yang mengakibatkan anemia (kurang darah merah) kesan dari ubat jantung yg Dia makan selama ni. Sian Dia. Tiap2 bulan aku dah masak sangat bila aku tgk Dia lain macam jer, muka pucat tetiba cepat2 aku kerahkan Suami Dia soh ke hospital. Sampai satu tahap aku ke sekolah dari hospital. sekolah ngan hospital 5 minit ja... saya x akan tinggalkan dia sowang2 walaupun dia cakap x yah dtng dia ok! akan ku paksa suaminya soh antaq aku ke hospital. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!!

Kadaan yang paling teruk masa cuti pertengahan tahun masa form 5 tu. Aku ngan dia balik kg. JOHOR. Dari MuO kami ke Batu pahat. Sampai je di batu pahat aku rasa x sedap hati. rasa cam x kena ja. Muka dia dah pucat, bila ditanya ok ker... jawapannya OK. hurmm sekadar menyedapkan hati. masa tu si suami x ikut sama (da keja yg perlu diuruskan), hanya aku, dia dan abg aku, PIZA(along) yang ada kat sana. memang tul aku punya kata hati, confirm kena tahan kalo g hospital. Apa punya hospital la, besar tapi x leh menampung. lintang pukang katil. hope dah ok sekarung. Try apply tok 1st clss phk hos cakap penuh. Aku yang menunggu Dia. Saat tu dia masih boleh tersenyum, bangun berjalan sendiri. tghari tu dia izinkan aku pergi kenduri, makndak aku yg jaga. lepas balik kenduri terus ke hospital lagi. tyme tu aku jer ngan makcik2 n sepupu sepapat, along ke melaka ada tugas. masa tu jugak Dia tgh masuk darah, aku bangunkan dia nak soh makan ubat, aku buat susu. Masa tgh nak bg dia makan ubat, tgn ku tetiba mengeletar. rupanya bukan aku puncanya, memang dia sedang mengeletar. melihat keadaannya macam tu, aku terus menjerit memanggilnya. satu wad kecoh! aku plak kena marah ngan Nurse yg kerek kat situ (maaf). Panik+sedih, aku dah meraung. Dia terus ditarik masuk bilik emergency. n aku diarahkan kuar. air mata aku nonstop!! AKU SAYANG DIA! Sepupu aku pun suma berusaha tenangkan aku. Aku dah tak tentu arah. Aku terus call abg aku Hidzir (angah) aku call dia paksa dia balik. aku cakap aku takut!! aku nangis lagi. alang pun sama aku call. 2 jam aku menanti keadaaan Dia. Walaupun dia lemah. tp dia selamat. aku tak sanggup nak lihat dia. SEDIH. Diorang cucuk dia kat kaki, leher,... ingat ayam ke apa??!! SAYA SAYANG DIA. Makndak aku yg kena jaga sampai abg2 aku sampai. Kak ngah aku yg ganti tempat makndak aku. seriusly aku sangat sedit tatkala tu. Ramai yg bg moral support. Namun x jalan. Suami dia di nasihatkan x datang. Dia cuba dapatkan maklumat kesihatan isterinya di hospital sungai petani... dah panjang aku bercerita.... 2 minggu di hospital bp. aku balik sp sowang2 nek bus. sbb cuti dah abes. n Dia terpaksa aku tinggalkan. masa tu dah sihat 80%. agak lega dihatiku. Aku bersyukur sebab aku dapat jaganya seperti dia jaga aku masa bayi.

Dia dah terlalu lali dengan suntikan yang hancurkan urat2 halus tgn kiri & kanan. berpain2 darah dimasukan setiap bulan. sabo jer lah~

lepas kejadian tu ada la 2 3 kali lagi dia masuk hospital... Kekerapan tu berkurang lepas aku masuk matrik. Alhamdulillah sampai sekarung...=) Terima Kasih Ya Allah....~

terlalu banyak dia berkorban tuk aku. tak terkira, tak terbayar aku pengorbanan dia. Aku bersyukur dikurniakan insan sepertinya. SAYA SAYANG DIA DUNIA & AKHIRAT.

Tatkala aku sedang bersedih diperantauan.... huhu... aku jarang tuk cita masalah. namun, hati seorang dia aku tak boleh tipu. bila aku rasa sedih saat tu aku akan terima panggilan dia walaupun hari2 aku akan call dia . Aku sedih bila buat dia menunggu aku yang jauh ni. Saat ni dia hanya bersama suami dirumah. Walaupun jauh, doa & ingatku x penah putus untuk dia dan suami tercinta.

Pada 9/3/2011 genaplah umonya 60 tahun. SELAMAT ULANG TAHUN MAK!! adik sangat sayang mak. Adik selalu ingat mAk. Adik bangga jd anak mak. Adik mohon maaf atas segalanya. TErIma kasih sebab jadi mak yg terbaik tuk adik, along,angah & alang....

Saya sayang Mak saya!! Nuara Md Khalid~~~=)


buat mak tercinta:: ini lah rasa hatiku saat ketika ini...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu


[selamat malam semua, mau buat assignment pulak]
end:: 4.06 pagi

07 March 2011

Kau selamanya~



Assalamualaikum suma...

saja menguploadkan lagu ni special wat pelanggan blog ni... ahahhaahh... KAU SELAMANYA....

selamat mendengar n melihat keindahan lakaran alam..=) yang ni the power of H guk... (motiff??)~~


06 March 2011

WAHAI PEMUDA..=)

Wahai asshabab (pemuda),

Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.


Sedarkah asshabab...

Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...

Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,

Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan shaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...

Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..
Sesungguhnya, kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...

Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.




HANA NAIM

Alhamdulillah, hari semalam, 5/3/2011 aku telah diberi peluang dan ruang tuk mendekati golongan2 yang kurang bernasib baik (anak2 yatim & asnaf). Walaupun masa yang diberikan lebih kurang dalam 9 jam, namun banyak yang aku dapat belajar. Tima kasih semua atas pengalaman yang cukup berharga ni..=)

setibanya kami di rumah anak yatim as-sholihin, motivasi tips pelajar cemerlang oleh Syafiq menjdi aktiti utama selepas sesi taaruf. Saya telah dihadiahkan dengan seorang adik lelaki yang bernama Muhammad Naim bin Sofi, 10 tahun. masa sesi taaruf tu, salah seorang adik dari kumpulan aku cakap Naim ni Degil. aku pun jawab "lepas ni insyaALLAH Naim x degil lagi" . Naim pun respon baik yang apa aku cakap ni. lega.


Seusai solat zohor berjemaat Slot seterusnya IBADAT, mengenai solat. Sepanjang pemerhatian aku pada sesi motivasi, Naim memang aktif untuk menjawab. namun sekadar mengulang jawapan rakan2nya dan adakalanya menanyakan jawapan kat aku... aku hanya mampu tersenyum dengan teman2 yang lain. Aku minta untuk naim menulis apa yang tertulis di slide. kerana aku pelik tgk dia tulis nama dia sendiri. semuanya bercantum. MUHAMMADNAIMBIN SOFI, huruf kecil huruf besar men hentam kromo jer...~ jauh di sudut hati, aku sangat simpati n kesian pada naim.


Naim ada 3 orang adik beradik lain yang tinggal serumah dengannya di rumah anak yatim as-sholihin. Dia x lah bersendirian. Kedegilan Naim adakalanya membuatkan rakan2nya tidak tahan dengan sikapnya x kurang yang mencemuh.. Sian dia.


Bukanlah niat aku tuk menceritakan kelemahan naim. cuba sekadar berkongsi agar dapat dijadikan kekuatan tuk teruskan hidup. Bagi aku naim bijak. Cuma keadaannya sekarung yang mendesak dia jadi degil dan lambat dalam pembelajaran. mungkin dah tertulis nasibnya begitu. namun aku berdoa yg terbaik tuk naim dan yg lain2.


tatkala aku sedang mengajarnya mengenai solat, kata hatiku,ALLAHUAKBAR..
naim tahu, tapi sukar untuknya menyebut n ingat. bila aku baca, dia turut baca tapi bacaannya hanya bunyi dihujung2.... untuk mengajar dia baik dlm bacaan/pratikal bukan setakat 1 jam. Namun aku tetap bersyukur dapat berkongsi ilmu dengannya. Aku ada tulis sedikit nota untuknya mengenai solat. tapi selama mana nota itu bertahan aku tak pasti..=)


untuk aktiviti riadah, naim nekad tok menang, w/pun sebenarnya xder pertanding bagi aktiviti yang dibuat.. suara naim memecah kesunyian suapa kami, fasilitator buatkn menara belon, sbb ada dlm kumpulan aku ni yang kukunya pnjgng, takut pecah belon. Alhamdulillah, menara belon group aku yang paling stabil. & naim sangat GEMBIRA!

permainan seterusnya buaya biawak... aduyai... merajuk si naim. di salah buat, tp mintak diberi peluang. kawan2 dia yang lain x bg la... so aku xleh la nak masuk campur backup dia, saya kena adil... hahaha...


puas aku memujuk, yer la ... aku tahu w/pun aku ni bukanlah siapa dlm hidop dia, tp aku try tok jd yang terbaik tok saat tu buat dia.. al maklumlah aku pun xder adik selama hidup 22 tahun ni,, aku tau bukan naim ja yang lain2 pun sama dlm usia macam tu mereka perlukan lebih banyak perhatian n kasih sayang. hmmm.... tp tulah, takdir kehidupan manusia, lain2 semua. Aku ajak dia makan, tunduk menyembah bumi ja... aku capai goreng pisang letak kat tangan dia.. akur je dia. makan jugak tp dlm keadaan tunduk.. naim2....




Melihat adik2 ni jauh dari keluarga, hilang tempat bergantung... aku bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana aku masih punya MAK & ABAH saat ni.. n aku dibesarkan dengan penuh perhatian KELUARGA TERCINTA maklumlah anak bongsu n the only gurl dlm family... hahhaa








buat naim w/pun naim tak baca,...::
w/pun sapa naim saat n ketika ni...
sedegil mana, sekuat merajuk mana n lemahnya naim...
untuk hari esok akak harap n berdoa naim bukanlah hambaNYA yang lemah, yang ingkar padaNYA, naim mampu jadi yang terbaik tuk diri, agama & keluarga ... insyaALLAH...=)
gonna miss you... MUHAMMAD NAIM SOFI


p/s:: kenapa tajuk post kali ni HANA NAIM....
kenapa x HANA & NAIM dll...
sbb ada kenangan...
ada individu yg setahun lalu suka panggil nama aku HANA NAIM....
ha.. siapa dia,,?? biarlah rahsia....
sekadar mengimbau kenangan lalu...=)))

Macam-macam ada..=)


Assalamualaikum...
terima kasih bebanyak sebab anda masih sudi melintas n berhenti seketika tOk menziarahi blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni w/pun sejak 2 menjak ni takde banyak entry pun yang dipost . Tak macam dahulu kala. Mungkin kekangan masa yang keterlaluan kot. Apa2 pun bersyukur sebab tgh pagi ni jari jemari masih memberi respon yang baik tanpa sebarang rasa lengoh n otak berjaya menyusun pelbagai kata untuk dikongsi rasa bersama..=)

sebenarnya, banyak perkara yang bermain di minda yang dipinta untuk di kongsi dalam alam maya ni tOk kurangkan segala rasa. haa.. tunggu jerlah sama ada semuanya terluah atau x...

CINTAKU TERTINGGAL DI TANAH SEBERANG

Cuti tahun baru cina yang lepas, alhamdulillah dengan keizinan mak & abah tersayang dan yang paling penting dengan keizinanNYA terbanglah aku ke negara pasir berdegung (gurau )... hampir 5 hari kat sana... destinasi x banyak sangat, masa banyak habis dalam perjalanan. Apa2 pun aku tetap enjoy,... enjoykah?? Dik perubahan cuaca aku telah demam di sana. huhui~ Di bilik aku ada Kak Tini yang jaga, w/pun tak sebilik ngan Kak Su dia tetap care pasal aku. n sepanjang perjalanan ke sana dan ke mari aku di rawat sepenuhnya oleh Dr Gigi Nasiha Sakina.. TQ semua yang telah menjaga saya dengan baik..=)

Aku sangat rindukan suasana kami di tanah seberang. we are bonding!! always together!! tanpa sebarang perbezaan idealogi.. sangat rindu suasana tu..~ kalo la masa boleh di undurkan.. hurmm...
kami jalan bersama+makan bersama+yang lelaki solatnya berjemaah+gambar bersama+tawar-menawar bersama+gelak bersama+ suka duka bersama.. tapi sayangnya semua tu sementara...

Selain cerita antara KAMI aku memang x leh lupa dengan gelagat Mas2 di tanah seberang. Cara mereka menjual barang mereka amat aku respect. w/pun kadang2 aku rasa " diorng ni x faham ke bila org dah ckap x nak"..... tapi bila direnungkan semula, mereka bukan sengaja membontoti kami sepanjang masa, tapi itulah pekerjaan mereka, memastikan barangan mereka terjual.. kerana tu semua punca rezeki mereka.'

Aku akan terus menanti suatu masa untuk ke sana lagi... untuk membeli PEN.. macam kat Malaysia xder penkan? tapi tulah suatu yang unik bg aku, bila terlepas peluang tuk memiliki rasa sangt menyesal, mungkin dah tertulis bukan rezeki aku... sepanjang jalan destinasi terakhir aku masih mencari Mas jual pen namun x ku jumpa, merajuk agaknya... haahahah... maaf ya mas..=)

BILA PEMILIHAN WAKIL PELAJAR DATANG LAGI

Apa2 pun izinkan tuk aku gelak jap lu......Hahahahahaahahahhahhahhahhahhahahahahahahaha...
Dulu masa zaman matrik, aku nyaris jd calon guk,... nasib aku g beli borang lambat ( atas brainwash lecturer akaun aku).... semuanya dah terlewat. borang x terjual untuk aku lagi... tp tyme rapat umum calon aku turun padang guk.. siap jadi MAsTEr of CEremony lagi.... hahhaha~

abaikan zaman matrik yang hampir 4 tahun berlalu...~

Cerita PRK bermula bilamana aku di"pelawa"tuk jadi calon. Setiap pertemuaan ada je yang nak bangkitkan isu yang aku adalah seorang calon. APAKAH?? Setelah apa yang terjadi dalam kehidupan aku sebagai mahasiswi aku patut berundur dari medan prk w/pun aku nak terus berada dlm medan ini kerana SOUL aku masih di situ..

Atas kesalahan & kesilapan yang lalu aku tidak yakin tuk kembali di medan PRK kali ni.
merasakan diriku tidak layak apatah lagi tindakan yang bakal aku ambil sekiranya bertanding akan mengecewakan insan yang paling aku sayang di dunia ni. aku tak mahu mereka menangis, terguris hati kerana aku. W/pun rasa sedih itu x pernah aku lihat di wajah mereka, namun aku tahu besar harapan mereka untuk lihat aku berjaya tanpa sia2....

Tapi inilah aku, hambaNya yang hina, degil. Namun aku telah berjanji kiranya langkah dan pilihanku adalah untuk bertanding maka aku tidak sama sekali akan menyusahkan mereka dengan beban yang aku tanggung. Maafkan hana...

Berbalik kepada suasana PRK di universiti bertuah UNIVERSITI Kuat Melayu (UKM=Uni Kebangsaan Malaysia). Setelah keputusan di buat tuk bertanding atas tiket bebas, aku perlu kuat. Aku dah tak boleh bergantung harap pada MEREKA tOk berkerja tok aku. Kalah menang adat pertandingan. Bila bertanding atas tiket bebas maka KALAH ITU PASTI,MENANG ITU REZEKI (kupetik kata2 di FB: Zulhilmi Tempoyak, salah seorang calon bebas). KECOH! itu mungkin gambaran yang aku dpt berikan kepada pembaca bilamana MEREKA tahu aku bertanding bebas. H/p perlu aku offkan untuk mengelakkan sebarang spekulasi @kontroversi yang tak diinginkan. Sebenarnya, sebelum keputusan ini di buat, aku telah membuka peluang yang seluas-luasnya tuk MEREKA, namun mereka kabur, silau barangkali sehingga x nampak apa yang ada dihadapan. MEREKA sibuk merancang itu dan ini, mencari itu n ini... namun maaf terlebih dahulu.. GAGAL semata-mata. Mungkin ini satu permulaan satu perubahan demi kebaikan bersama..ada benarnya kata2 BERSATU BERUBAH...

Dalam situasi ni , aku dapat lihat dengan jelas mana kawan mana lawan. Tak pernah ku duga kepercayaan di beri sepeuh hati, dirobek,ditusuk bertubi oleh dia yang tak reti erti bilamana kepercayaan diberi atas alasan dia punya pendirian sendiri... untuk pengetahuan "dia" GAME OVER! berpegang kepada kepercayaan yang diberi adalah satu kekuatan hidup aku. bilamana dia telah kianati, im sorry! ikut dia la nak kata aku kianat dia or whateva... up to dia la...off~

Hurmm banyak benda yang aku rasa sedih tp tak pernah kesal dengan apa yang terjadi. Sepanjang bekerjasama lebih 1 tahun akhirnya, dibuang tanpa kata. tak salah kiranya aku menganggap diri dibuang... bukan hanya melalui kata kita menilai manusia, dari tingkahnya pun boleh. Kecewa cuma seketika, bila di depan semuanya manis belaka, namun dibelakangku, aku hanya seorang pembelot+pengkianat dimata mereka. ADAKU KISAH?? hidup dan matiku hanya untukNYA... aku lebih takukan pandangan ALLAH S.W.T terhadapku berbanding mata manusia yang sememangnya liar memandangku dengan pelbagai rasa.... namun x terniat+ x terdetik dihati tok memutuskan tali persaudaraan yang terbina kerana sekali terjalin adalah tuk selamanya... SEKALI UNTUK SELAMANYA......~


Terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan secara langsung n tidak langsung
[especially: rasydan,dik Qim,firdaus,my sister,hafiz,hilmi@tempoyak,faizul,mun, hakimy,azam, dll]

ampun maaf jugak buat: el fara, hakimy sekali lagi... n individu yang telah aku lukakan hati n rosakkan kepercayaan mereka.

INIlah KAMI YANG BARU:: BEBAS.... namun penghujungnya tetap ada batasan~

p/s:: walaupun bersifat pembangkang namun tidak pernah berpaling... (tul x hafiz?)

06 January 2011

no TAPI no KALAU..=)


ASSALAMUALAIKUM W.B.T SEMUA
PERKONGSIAN CERITA DARIPADA BLOG SEBALIK TAKBIR RAHSIA
(dah lewat nak ke klss ni.... huuhi kelas ganti kul 8 pm, sekarung 7.45pm)
Selamat
membaca.
JUMPA LAGI....!!

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura ni belajar sama2, kat SAM Bestari. Dah lame2 tu... Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik giler la nak citer. Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia x leh luahkan perasaan dia kat Safura sbb nanti takut kena tangkap ngan ajk maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, bila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah x leh tahan. Dia mengatur langkah... dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walau macam manapun, diorang ni sedar, yang diorang ni orang islam. Islam x bg umatnya couple2 ni. Jd diorg pakt2 la. Diorang ni nak wat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar je, pergi tempat terbuka. X men tmpt glp2 nih. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban ngan jubah. Lepas tu keluar bukan buang masa, keluar bawak Al-Quran. Berhenti kat kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pulak, mane pegang2 tangan, diorang ikut cara nabi Musa. Lelaki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, miss call pagi2. Suruh qiamullail. Hah! kan islamic punya couple tuh. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu ngan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba2 datang sebab x de tmpt duduk. Bila dah duduk tu, Muhammad tanya," Have you married?" "No", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya... "ak ni muallaf. Asal dulu ak kristian. Tinggal kat singapore. Dulu, ak suka giler makan babi. Klu sehari x mkan, pengsan ak. Pernah sekali mak ak lupa beli babi, ak masuk wad malam tu. Tetapi, alhamdulillah, Allah bukak pintu hati ak untuk terima hidayah-Nya. Bila ak masuk islam, ak dapat tahu, dalam islam x leh makan babi. Aduh, pening kepala ak. Camne ak nak wat ni?? Seminggu ak masuk hospital lepas masuk islam. Klu zaman Rasulullah dulu ade peringkat2 dia. Tapi ak.. mane ada. Jd, time kat hospital tu ak pikir. Akhirnya, ak jumpa satu jalan keluar. Ak nak islamkan babi tu. Ak beli seekor anak babi. Dari kecik ak jaga die. Seekor lalat pun ak x bg dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, ak bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lps tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak ak vacuum terus. Camnilah kehidupan ak dan babi tu buat 2 tahun. Lps dua tahun, mase yg ditunggu2 tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok2 babi ni x de leher. Tp, lantaklah. Ak tibai je sebab dah 2 tahun x makan babi ni. Lpas tu, ak pun masak la bakut teh. Tgh2 makan, nampak seorang ustaz tengah jalan2. Muka macam lapar je. Ak pun ajak la dia makan. Ustaz!! jom makan. Babi islam nih"... Bile dgr kisah tu, Syafiq dan Safura pun sedar. Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

KATAKU: HARAM IS HARAM, NO BUT NO IF (XDER TAPI XDER KALAU)... huhui~ selamat beramal...=)

05 January 2011

Hari Semalam


Assalamualaikum W.B.T

Moga kalian yang sedang ke blog saya ni Sihat & Ceria selalu..=)

Hurmm,.. niat hati nak mencoret dari 2 3 hari yang lepas lagi. Tapi semua tu tidak kesampaian.
Tapi hari ini permintaan hati dipenuhi. Dalam 2 3 hari ini setiap petang Bangi dimurahkan rezeki dengan air dari langit Ilahi (hujan).

Semalam petang, sepatutnya ada klass Advance Accounting Jam 5-7 petang. tapi di batalkan dengan sebab yang saya pun tak pasti. Pagi tu saya terperasan satu poster kat notis board fakulti. So, langkah di susun menuju ke board tu. BICARA ILMU: IMAN & DOSA... hurm..
sesuatu yang ditunggu sebenarnya. Maka hati kecil berbicara, ada hikmah sebenarnya bila class petang itu dibatalkan. Thank You ALLAH.

Lantas handphone yang dibeli dengan duit sendiri (murah je) dicapai, maka jari jemari menekan2 keypad menghantar mesej kepada seorang sahabat. Alhamdullilah setuju untuk BICARA ILMU bersama-sama.

Seperti yang dijanjikan kami berdua ke bicara ilmu yang bertempat di fakulti ekonomi dan pengurusan (my faculty). Tapi sedikit terlewat, kerana si sahabat ni bersembang di telefon dengan bakal kakak ipar, sampai tak perasan yang dia dah terlewat, hurmm.. Tp bak kata pepatah BETTER LATE THAN NEVER.. tul x...???

Banyak jugak pengisian yang diberi wat saya muhasabah diri, rasanya mulimin ngan muslimat yang lain pun sama..=)

" hari ini kita yakin kita beriman dengan ALLAH S.W.T, kita beriman dengan AL-QURAN, degan hari AKHIRAT namun kadang2 tu kita x boleh nak terima takdir Tuhan, bila kita ditimpa musibah yang teruk. Kenapa ALLAH turunkan bala bencana ini kepada aku dan bukan kepada orang lain. Itulah sebenarnya IMAN kita teruji " ... sejauh mana iman kita sebenarnya? - Us.Azan Safar

Teringan kata-kata Heliza(AF5) dalam SYURGA CINTA:: " Tak tinggal sembahyang tu, mana bolehkan kita ni beriman atau tak, Sembahyang tu kan perkara wajib bagi setiap orang muslim, sebab tu sembahyang tu tiang agama!"

Dan dalam Solat, kita meminta, tapi kita tak tahu sebenarnya apa yang kita minta. Persoalannya sejauhmana kita khusyuk dalam solat sedangkan setiap yang kita bacakan dalam solat kita tak faham pun.

Tanpa kita tahu sebenarnya, bacaan dalam duduk antara dua sujud itu merupakan satu doa

Maksud bacaan duduk antara 2 sujud:: " Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

Alangkah ruginya umat islam yang tak menghayati semua ini. Lagi rugi bilamana kita tahu tapi tak penah ambil tahu... Ya Allah, berilah petunjukMU kepada kami~~~~

Antara kata2 yang menarik perhatian saya::

Bila seseorang itu gembira melakukan kebaikan, berasa sengsara, resah gelisah dengan kesalahan /maksiat yang dibuat itulah MUKMIN

Bagi Mukmin sejati: Dosa itu ibarat satu batu yang sangat besar yang hendak menghempap diri.
Munafiq: Dosa ibarat lalat atas hidung, lalu mudah untuk di tepis.

Bila dimuhasabah semula kata2 diatas, sama ada kita sedar akan kesalahan/maksiat yang kita lakukan seolah2 ada batu besar yang nak menghempap atau kita berkata.."ala.. nanti boleh taubat lagi" seperti lalat atas hidung yang mudah untuk ditepis.....

Matinya hati seseorang apabila tidak merasa sedih dengan kebaikan yang dia tertinggalkan dan tidak menyesal bila telah melakukan dosa.
Sama-samalah kita renung semula, muhabah diri, adakah kita benar-benar hambaNYA yang benar-benar berIMAN kepadaNYA...~




> Fatma, Laila, Kak Ifah <



Selesai sudah satu majlis ilmu, malam jam 8.00 perlu berada di Bilik Senat untuk Taklimat Kokurikulum bersama TNC Akademik. Perjalanan balik ke bilik ditemani oleh dentuman guruh, panahan kilat sana sini, angin boleh tahan kencang, hujan lagi~PERFECT.. dan sesuatu yang tak penah dijangkakan saya SILAP JALAN! huhui~lupa sudah laluan berbumbung mana yang perlu dilalui supaya x basah.. hurmm... apa boleh buat, dah lupa, redah ja la hujan tu... ~ Hujan jer pun.. basah boleh kering..=) Padahal mulut terkumat kamit membaca apa yang sepatutnya, mana la tau jadi apa2 yang x diingini...~Alhamdulillah selamat sampai di bilik..

Bersiap dan ke Bilik Senat.

Jam 8.00 bergerak bersama Jaksa-Jaksa Kolej yang lain. Banyak jugak yang di argue, sbb Kokurikulum yang bakal dilaksanakan tuk pelajar tahun 1 adalah sesuatu yang baru. Taklimat settle jam 11.00.
Moga pelaksanaan kali ini lebih berhasil.

Pulang


.

Sebelum bergambar kami menghabiskan sia2 kami di UKM dengan aktiviti kegemaran ramai...

ready, 1,2....3!!! pap!


Bak kata rumet saya:: We Are Bonding