05 January 2011

Hari Semalam


Assalamualaikum W.B.T

Moga kalian yang sedang ke blog saya ni Sihat & Ceria selalu..=)

Hurmm,.. niat hati nak mencoret dari 2 3 hari yang lepas lagi. Tapi semua tu tidak kesampaian.
Tapi hari ini permintaan hati dipenuhi. Dalam 2 3 hari ini setiap petang Bangi dimurahkan rezeki dengan air dari langit Ilahi (hujan).

Semalam petang, sepatutnya ada klass Advance Accounting Jam 5-7 petang. tapi di batalkan dengan sebab yang saya pun tak pasti. Pagi tu saya terperasan satu poster kat notis board fakulti. So, langkah di susun menuju ke board tu. BICARA ILMU: IMAN & DOSA... hurm..
sesuatu yang ditunggu sebenarnya. Maka hati kecil berbicara, ada hikmah sebenarnya bila class petang itu dibatalkan. Thank You ALLAH.

Lantas handphone yang dibeli dengan duit sendiri (murah je) dicapai, maka jari jemari menekan2 keypad menghantar mesej kepada seorang sahabat. Alhamdullilah setuju untuk BICARA ILMU bersama-sama.

Seperti yang dijanjikan kami berdua ke bicara ilmu yang bertempat di fakulti ekonomi dan pengurusan (my faculty). Tapi sedikit terlewat, kerana si sahabat ni bersembang di telefon dengan bakal kakak ipar, sampai tak perasan yang dia dah terlewat, hurmm.. Tp bak kata pepatah BETTER LATE THAN NEVER.. tul x...???

Banyak jugak pengisian yang diberi wat saya muhasabah diri, rasanya mulimin ngan muslimat yang lain pun sama..=)

" hari ini kita yakin kita beriman dengan ALLAH S.W.T, kita beriman dengan AL-QURAN, degan hari AKHIRAT namun kadang2 tu kita x boleh nak terima takdir Tuhan, bila kita ditimpa musibah yang teruk. Kenapa ALLAH turunkan bala bencana ini kepada aku dan bukan kepada orang lain. Itulah sebenarnya IMAN kita teruji " ... sejauh mana iman kita sebenarnya? - Us.Azan Safar

Teringan kata-kata Heliza(AF5) dalam SYURGA CINTA:: " Tak tinggal sembahyang tu, mana bolehkan kita ni beriman atau tak, Sembahyang tu kan perkara wajib bagi setiap orang muslim, sebab tu sembahyang tu tiang agama!"

Dan dalam Solat, kita meminta, tapi kita tak tahu sebenarnya apa yang kita minta. Persoalannya sejauhmana kita khusyuk dalam solat sedangkan setiap yang kita bacakan dalam solat kita tak faham pun.

Tanpa kita tahu sebenarnya, bacaan dalam duduk antara dua sujud itu merupakan satu doa

Maksud bacaan duduk antara 2 sujud:: " Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku"

Alangkah ruginya umat islam yang tak menghayati semua ini. Lagi rugi bilamana kita tahu tapi tak penah ambil tahu... Ya Allah, berilah petunjukMU kepada kami~~~~

Antara kata2 yang menarik perhatian saya::

Bila seseorang itu gembira melakukan kebaikan, berasa sengsara, resah gelisah dengan kesalahan /maksiat yang dibuat itulah MUKMIN

Bagi Mukmin sejati: Dosa itu ibarat satu batu yang sangat besar yang hendak menghempap diri.
Munafiq: Dosa ibarat lalat atas hidung, lalu mudah untuk di tepis.

Bila dimuhasabah semula kata2 diatas, sama ada kita sedar akan kesalahan/maksiat yang kita lakukan seolah2 ada batu besar yang nak menghempap atau kita berkata.."ala.. nanti boleh taubat lagi" seperti lalat atas hidung yang mudah untuk ditepis.....

Matinya hati seseorang apabila tidak merasa sedih dengan kebaikan yang dia tertinggalkan dan tidak menyesal bila telah melakukan dosa.
Sama-samalah kita renung semula, muhabah diri, adakah kita benar-benar hambaNYA yang benar-benar berIMAN kepadaNYA...~




> Fatma, Laila, Kak Ifah <



Selesai sudah satu majlis ilmu, malam jam 8.00 perlu berada di Bilik Senat untuk Taklimat Kokurikulum bersama TNC Akademik. Perjalanan balik ke bilik ditemani oleh dentuman guruh, panahan kilat sana sini, angin boleh tahan kencang, hujan lagi~PERFECT.. dan sesuatu yang tak penah dijangkakan saya SILAP JALAN! huhui~lupa sudah laluan berbumbung mana yang perlu dilalui supaya x basah.. hurmm... apa boleh buat, dah lupa, redah ja la hujan tu... ~ Hujan jer pun.. basah boleh kering..=) Padahal mulut terkumat kamit membaca apa yang sepatutnya, mana la tau jadi apa2 yang x diingini...~Alhamdulillah selamat sampai di bilik..

Bersiap dan ke Bilik Senat.

Jam 8.00 bergerak bersama Jaksa-Jaksa Kolej yang lain. Banyak jugak yang di argue, sbb Kokurikulum yang bakal dilaksanakan tuk pelajar tahun 1 adalah sesuatu yang baru. Taklimat settle jam 11.00.
Moga pelaksanaan kali ini lebih berhasil.

Pulang


.

Sebelum bergambar kami menghabiskan sia2 kami di UKM dengan aktiviti kegemaran ramai...

ready, 1,2....3!!! pap!


Bak kata rumet saya:: We Are Bonding

No comments:

Post a Comment