:: Assalamualaikum ::
Sabtu, 15 Oktober 2011: Banyak masa aku habiskan dengan berkemas, masak utk lunch wat sup n makan malam aku masak spaghetti. Hari rumah sewa yang terletak di pandan indah bersebelah dengan LRT cempaka agak sunyi n suram tanpa suara2 penghuninya yang lain. Hanya ada aku jer kat rumah ni. Aku pun x tau nak buat apa sangat dah hari ni. Aku hari ni asyik call mak aku jer .. yer lah dah xder sapa leh aku cakap hari ni... sepatutnya sekarang aku dah tido. tapi saja menjagakan diri.
Hidup kat KL ni, bila weekend jer. Aku x tau nak ke mana. Kalo aku kuaq pun aku akan ke UKM atau balik Kedah. Bila aku jalan2 ngan Along aku kat KL ni, aku penah bg tau dia yang aku x penah sampai kat situ sini (contohnya bila kau pusing2 sekitar bukit bintang ngan dia, aku cakap aku x penah ke sini) pastu dia akan respon, kalo xder apa2 jgn nak ke sini (BB). Maksud dia. kalo xder hal yang penting jgn turun KL (dia risau aku kot).
Hmm...aku nak share something, hari ni aku telah berjaya menghabiskan sebuah novel. Untuk pengetahuan semua aku bukanlah kaki novel atau pembaca novel yang tegar. Aku akan mengambil masa yang sangat lamaaaaaaaaa.....................! novel yang berjaya khatamkan ni adalah bertajuk TAUTAN HATI, hasil penulisan FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN. Buku ini ada 788 muka surat. Novel ni berkonsepkan islamik.
Aku mengambil masa hampir 1 tahun untuk menghabiskan sebuah novel. Novel ni aku pinjam dari sowang kawan sebelum dia kawin lagi. now dia tgh tunggu masa untuk melahirkan 1st baby.
Seriously, buku ini banyak mempositifkan aku, watak2 yang diketengahkan kadang2 kena dengan diri aku.
" Bertemu cinta dalam HALAQOH, hidup lebih indah terarah, menyulam tautan hati kerana ALLAH, terpatrilah ikatan akidah"
Tapi sepanjang hidup ini, aku x pernah lagi melalui proses halaQoh seperti dalam novel ni. Masa aku join sidang redaksi baru2 ni, adalah usrah setiap khamis malam jumaat.. tu pun hanya 4-5 kali.
InsyaALLAH jika aku ada kelapangan lagi, aku akan postkan sebagaikan kata2 dalam novel ini yang membuat kita berfikir tentang ISLAM & diri kita. Dan aku sedang berusaha mengumpul minat untuk membaca....=)
" SEKALI WANITA TERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DISYURGA
SEKALI WANITA TERNODA,BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA"
renung2kan, selamat beramal.
sekian adanya...
No comments:
Post a Comment