28 October 2011

2 dalam 1

:: Assalamualaikum::

Hari dah sabtu. InsyaALLAH next saturday aku akan berada di Kedah untuk menyambut Aidiladha. Memang lama gila aku nak tunggu saat2 boleh pulang ke kampung halaman. Almaklumlah hidup sebagai "pekerja" di kota metropilitan ni, kalau tak kuat mental & fizikal, boleh 'syahid'. Hampir 4 bulan lebih kehidupan di kotaraya yang plastik ni. Banyak sweet sour & bitter aku telan. (kalo anda dalam kalangan yang rajin membaca post2 saya ni, mesti anda tau saya ni "spesis" cam na. Kalo bukan, meh sini saya g tau.. saya seorang yang pemendam yer.. bukan pendendam.)

Hari ke hari pelbagai situasi yang terpaksa rela aku hadapi. Kadang2 ada juga yang terluah. Tapi tak semua.

Aku tak tau sejauh mana kesedaran kita akan kehidupan yang sementara ni. Just a transit. (betulkan english aku, abaikan). Aku selalu sedar akan kehidupan yang TEMPORARY ni. Tapi aku, selalu jer ke laut, kadang2 tu cam lalang.!! (faham2 jer la). Tapi aku tak stop berdoa & berusaha supaya aku & kita semua akan bertambah baik dari sehari ke hari. Kita increasekan tahap "kebaikan" kita dari dalam & istiqomah. InsyaALLAH segala usaha dipermudahkan.


*******************************

Hidup ni bukan semata-mata AKU-AKU, KAU-KAU (indivualisme- tah betul ke tak istilah aku ni). Kalau kita cermati lebi dalam, maka ada makna yang tersembunyi yang jauh lebih luas. Dimana, sesungguhnya HIDUP ini bukannya kehendak kita. Tapi kehendak Allah S.W. T, Yang Maha Memiliki Kehidupan. Hidup bukanlah untuk diri sendiri, tetapi memberi manfaat kepada orang lain serta hidupan alam semestar.

Kalau kita melakukan sebuah perjalanan ke dalam diri kita senidri "inner journey" , maka kita akan menemukan bahawa hidup kita ni sangat mengagumkan, & kita bakal menghargai kehidupan ini.

Hidup ini hanya "pemberian" dari Yang Maha Memberi. Dia jugalah yang berkuasa mengambilnya kembali. Justeru, dalam apa yang kita lakukan dalam seharian biarlah kita niatkan hanya keranaNYA.

Banyak pekara kita kena sedar:

Jika hari ini kita mungkin ORANG KAYA, esok belum pasti Kekayaaan itu milik kita.
Jika hari ini kita punya WAJAH CANTIK, esok mungkin kecantikan itu ditarik.
Jika hari ini kita seorang BOSS, esok mungkin kita hilang pekerjaan.
dan macam2 jika yang sewaktu dengannya.

sedarlah!! sedarlah!! x kira tua, tak kira muda, hiduplah dengan ADDIN, insyaALLAH. Selamat Dunia & Akhirat. Jika hidup berlandaskan Hati, kita hanya bakal mencemarkan, menyakiti banyak hati lain & hati sendiri. Ikutkan HATI,"MATI".

Apa pun yang kita hadapi, S.A.B.A.R.....=)


2 comments: