26 March 2011

SHARING IS CARING

Assalamualaikum...

tatkala emosi tak berapa nak stabil ni aku sangatlah tidak digalakkan menghadap assignment yang bertimbun- timbun yang perlu di siapkan sebelum hari senin (loghat utara) ni... ha! SATU HARI JA LAGi b4 senin datang bertandang tanpa diundang....hadOii la...

antara rutin harian yang akan aku lakukan adalah aku akan telepon mak abah kat kampung. Sbb mereka aku kat dunia ni sbb mereka aku masih di sini dengan izinNYA. So duit yang diorang bagi tu apa salahnya aku laburkan semula dengan call diorang. aku x mau sia2kan lagi apa yang aku dpt. Inilah aku..

hurmm hari 2 kali aku call mak. first masa subuh tadi, cakap kejap ja. sbb aku tingtong.. xtidoq seharian. agaggag... lepas isyak td call lagi sekali. aku tak tau la aku kerap rasa terlalu sesak+kusut+ lemas sangat masa ni.. mungkin aku dihimpit dengan "temasya assignment" kot. x pun aku masih dlm dilema tuk pilih tempat LI ataupun ada kata yang belum terluah...

tadi call mak tnya mak kat mana, mak g tau kat tv. aku tnya lagi, tgk citer pa... mak dengan selamba jawab, main game.! agagaga~ Kat umah tinggal abah ngan mak jer..

APA SEBENARNYA AKU NAK CITER NI??


ha, cam ni beberapa hari yang lepas aku da terbaca blog sang pria ni. Post dia bertajuk SATU ANUGERAH KEHIDUPAN. dia ada tulis " hidup aku ni adalah untuk orang lain. walau macamana pun perit maung hidup ni aku tak sanggup tengok orang lain bersedih." hurm... dari kecik sampai la aku mencecah umor belasan tahun, aku jarang berkongsi, melainkan kongsi kasih sayang mak abah ngan abg2. Aku x la pulak didik tuk mencari si tangkai jering. AKu boleh ja berkongsi cuma jarang berkongsi. Dari dulu lagi kebanyakkan permintaan aku semua tertunai cuba lambat atau cepat. Abg2 aku selalu jeles bila semuanya tertunai. mana x nya kalo diorang zaman sebelum aku susah nak dpt. aku balas, nasib la.....(selambe,rezeki jd yg bongsu) ~

Tadi masa call mak aku ckp soal sharing, mak terima segalanya yang aku cakap. aku just isau mak cakap sebaliknya. Tapi x, mak sangat POSITIF n memahami. Mak cakap x per, rezeki masing2. kongsi2 la mana ada, sikit sama sikit, banyak sama banyak. tak payah risau.

Abg aku pun ada pesan, kalo xder buat cara xder, jgn nak belagak! ingat, masuk u ni jgn ikot rentak orng, orang ada kita pun nak ada. hidup biar sederhana.. kalo orang lain belagak, lantak dia.. [apa yg aku dah melalot ni]

Walaupun x semua aku dapat kongsi dengan orang kebanyakkan, namun aku masih berbangga kerana aku boleh berkongsi. aku x kisah pun tentang apa yang aku kongsi. tapi untuk menjadi seperti dalam blog sang pria ni aku belum kuat. huhui... aku berkongsi sbb aku x nak orang lain rasa susah+sedih, aku berkongsi segalanya apa yang aku mampu n ada. Aku nak lalu apa mereka lalui. Aku nak hargai setiap detik kehidupan. pahit,manis, suka,duka.

Actually aku pun tak pandai nak show yg aku ni caring bagai, tak perlu pun individu2 lain tau betapa caringnya aku... agagagga (terbg tau sudah)...tp yang penting aku leh kurangkan beban diorang =)
Satu lagi abg aku pun pesan, bapa banyak pesanan la abg2 aku ni. rezeki jgn ditolak. kalo xsuka sekali pun, just amek dengan rasa ikhlas then bagi kat kawan2 or sapa2 yang lebih memerlukan (dah belagak sangat, t susah carik dia guk, sindir abg aku)...

cukuplah setakat ni dulu.

pesanan aku jgn plak amalkan konsep sharing is caring tuk situasi cam ni;
:
:
ni bukan caring tapi stupid thing





25 March 2011

haDoii!!


Assalamualaikum
Moga semuanya dalam keadaan yang baik..=)

belakangan ni post2 aku akan berbaur emosi yang tak keruan semata-mata. kepada mereka yang kurang menggemari atau dalam erti kata lain yang x sudi nak membaca kalo baca pun hanya akan menambah kekusutan korang yg makin kusut, anda boleh tinggalkan page ini dengan segera. terima kasih atas termenyinggah itu....=))

Sepanjang minggu ni, koleksi assignmentku makin bertambah cam cendawan tumbuh lepas kena siram air hujan... aku hanya terima n susun dengan rapi dalam kotak kepala otak aku ni... aggaagga~ hujung minggu aku kali ini akan disesakkan dengan final projek dari gabungan 4 subjek. semuanya perlukan slide, perlukan report... di tambah lak dengan tutorial &quiz tOk& satu interview... SEMUANYA MINGGU DEPAN apakah...?

Semalam aku tau, hari ni aku kena submit tutorial+esei seminar (mana nak cekau jawapan pun aku tak tau) tp apa yang aku buat::
1. pagi cam besa la p klass
2. presentation Law
3. update blog sambil mencari jawapan tp gagal ditemui
4. basuh baju
5. baca soalan tutorial tuk kali yang keberapa tah
6. cari jawapan kat ternet. YES!! jumpa!
7. Google translate & citcat.com tuk terjemah jawapan tu ke bahasa melayu... agagagag
5. p AGM FEP
6. sambung translate
7. jawab 1 soalan sampai kul 1.
8. tido...
9.3.30 am bangun balik...
10.baca soalan & fb ja>>>>>> kul 5 baru wat jawab soalan
11. sambung tido>>>>>> x siap jugak lagi!!
>
>
>
>
> Bangun tido ... wat pa tah... masej orang sana sini, pasal interview, discussion,
> p makan & sambung buat.... sampai kul 2... x siap guk.....~
> p discussion kat ptsl...
> msj kawan mintak jawapan! sbb aku dah x leh pikir jwpan... agagggaga
> jumpa kat fak... salin 2 soalan ja pun! yg lain aku dah berusaha wat sendiri..=P
> dah siap! stapler plak x bwk, klip kertas pun tak dak apakah? xkan nak antaq secara berantakan cam tu... nasib2...
> aku men terjah ja. nekad kang jumpa sapa2 yg aku leh dapatkan stapler rezeki aku la... aagaga~
> hampas x jumpa.. tah cam na leh dapat idea masa tunggu lif.. nampak lebihan2 staples2 (obat stapler) yg terbenam kat notis board. aku amek 1.
> masuk lif aku usaha tebukkan staples tu kat assignment aku, berjaya!!
> selalunya masuk lif kejap jer sampai tingkat 5. ni pa hal plak dah lama aku masuk pintu lif x terbukak2!!
> hah! aku x tekan button 5 pun... huhui (T_T) sabor jerlah....selamat aku sowang...agagaga~
> sampai jugak aku kat aras 5 n berjaya disumbitkan b4 5pm.... tp selit bawah pintu....
agagagaga~akhirnya...=)


sambil2 discussion aku masej abg aku.. ingat nak g umah dia, aku masej aku dah bosan dok sini. maybe aku kena ubah angin jap. huhui.... SADES! dia balik JOhoR.. maka aku akan terperangkap kat sini sampai la minggu depan!! x mau la!! lepaskan la aku dari perangkap ni,...
wawaaaaaaaaaa~~~

tgh2 dok update ni mak call. then putus! apakah semua ni.... x sempat nak ngadu-ngada... hahahah.... ~jap lagi la call balik~

kepada kalian2 yang aku telah bebankan+susahkan korang aku mohon maaf. x sengaja. TQ jugak atas kebesaran & kemulian hati kalian memahami situasi ni.. =))

jumpa lagi...

sekian dulu...




wasalam...~

24 March 2011

the PENGARAH~


Assalamualaikum semua.

Selesai sudah 1 lagi presentation minggu ni. ada lagi 3 yang menunggu minggu depan... hadoii...
Cerita presentation hari ini.. memang enjoy! paling simple.! agagaga...~

Presentation tuk subjek Company Law, Sem ni aku sangat enjoy belajaq law.. x macam sem2 yg lepas... agaggaga... kumpulan aku pilih tajuk pasal pengarah.

Buat masa ni group aku yang paling lain daripada yg lain. Pelik tapi itulah kami. Kami wat video kes sendiri berkaitan isu kawalan pengarah. serius aku cakap belajaq law memang best! sbelum aku terjebak ngan dunia perakaunan ni, cintaku terlalu mendalam untuk mendalami law & be a lawyer. hingga saat ni aku masih ada cita2 tuk jadi seorang lawyer... buat masa ni layak jd "lowya buruk ja". Tapi tulah takdir menentukan segalanya.. n aku bakal menjadi seorang akauntan. insyaALLAH~tapi aku nak jd LAWYER guk!!! cam na! sapa yg boleh penuhi impianku ini...agagagga~ nak bocor rahsia sikit ini.. [aku da secret admire kat sowang since form 1 n dia sedang dlm proses mnjadi seorang lawyer] agagagagga~

Tapi aku penah dengar orang cakap seorang Akauntan x sesuai ngan Lawyer. maksudnya Lawyer sesuai ngan Akauntan... agggagaga... ngarut tul diorang ni kan. Aku tau ni mesti kes jelez sebab Akauntan ngn lawyer 22nya kerjaya yang profesional.. kalo 22 ni kawen aset cepat bertambah. diorang jeles pasangan ni cepat kaya... ahahahhahah~ bongkak x aku,..?? lecturer law aku ni pun kawen ngan akauntan. dia & suami fresh graduate dari UKM lagi.. dia pelajar FUU dulu... aku suka dengar cita dia. Sangat memotivasikan aku n kawan2. sangat humble.=)


berbalik kepada presentation tadi... kami berjaya buat kawan2 yang dengar tu alive.. xde la "mati" (tido maa).... suma boleh dikatakan fokus, sebab mereka mampu tuk ketawa dengan ikhlasnya terhadap video kami, ... faham ke tak tu x pasti la... tak faham pun tak pa kami present benda yang xder dlm buku. Just tuk perkongsian & penambahan ilmu semata-mata, x masuk exam pun. Sharing is Caring. Cakap pasal exam, markah midterm kebnyakkan kami boleh tahan>>>>>>> teruk<<<<<<<<> tak per usaha untuk final. teruk mid term x semestinya teruk tuk final( lebih kurang cam ni la dia cakap) . betapa +venya Dr ni. Sayang kami kat Dr. tapi ada sedikit masalah teknikal. speaker men2, kejap dengar kejap tak... agagagaga..apa2 terima kasih kepada tuan punya speaker...=)

tyme berlakon tu, xdr skip pun. men blasah ja.. hembus je apa yang nak di cakap. shoot pun sekali jalan ja... agaggaga~ boleh tahan hebat guk la (tangan di bahu, mata pandang ke atas)....

TQ kepada semua.... LIDA+AISAM+NAZRI n seluruh penduduk kelas Company Law atas
kerjasama & perhatian kalian...~


23 March 2011

DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi


Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004


Aku suka ngan sajak ni..=)))

22 March 2011

TEMAN BICARA


Assalamualaikum....

Hai suma. hari ini emosi aku agak stabil dari semalam, Alhamdulillah.=)
tapi aku sangat ting tong, ngantuk!!!!! kelas kul 8-12, ada presentation lagi...
semalam, semalaman x tidoq.. la ni plak dok menghadap benda ni lak... agagaggag... jap lagi kul 4 klss lagi.... huhui~

Aku da tersinggah satu blog yg poYo ni agagaga.. nanti2 la aku promote blog dia kat sini..~dia post lagu, tetiba aku terigat lak satu lagu feveret zaman sekolah rendah lu... masa darjah 5... huhui~ 11 tahun dah aku tinggalkan usia tu..

Tah kenapa n mengapa lagu ni menjadi antara feveret song tyme tu....
tak dak kena mengena sangat pun...=)

Lagu ni Erra Fazira yg nyanyi sapa yang tau, tau la... yang x tau tu sila google k....
tajuk lagu:: TEMAN BICARA


Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa
Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata
Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu


~sekian~
[agagaga]

HARAPAN TERAKHIR


Assalamualaikum....
beberapa hari berlalu, dek kerana gangguan internet segala rasa hati hanya tertanam dihati.
tapi saat ni x lagi, semuanya kembali normal. Jam dah 5.30 pagi. aku masih berjaga & terus berjaga. jap lagi ada presentation & Quiz (x baca satu haboq pun) agagagaga~

Actually aku baru pulang dari Santai bersama..... area kul 3 pagi tadi sampai kolej. Alhamdulillah hampir kesemuanya datang walaupun pada awalnya ada yang berkeras tuk x join. hurmm... aku berat mengatakan sbb aku kot dia x mau join sekali. Tah cam na, at last dia join guk.
Pertemuan ni x seperti yang aku harap sangat pun. tapi x bermakna aku x menghargai pertemuan ni. Terima Kasih kepada individu yang telah berusaha untuk pertemuan ini.=)

namun jauh di sudut hati aku tuk rasa gembira dengan pertemuan tadi. Susah untuk aku ukirkan senyuman yang cukup ikhlas. Hambar. Aku hanya biarkan langkah kaki berpusing2 seiring dengan apa yang bermain di minda ku. Berpusing2 tanpa henti. Aku jadi blur, tak pasti dengan pertemuan tadi. aku tinggalkan bebaban kerja yang seharusnya aku utamakan untuk sebuah perhubungan yang sangat aku sayang. Aku berdoa agar segalanya selesai malam tadi agar pengorbanan ku tidak sia2. Hurmmm... helaan yang terlalu panjang! aku kelu. bisu. x tau nak berkata-kata. Kerana "pelamin anganku musnah"..agagaaga.. xder kaitan dgn pelamin. Semua harapan+hasrat hatiku berantakan pergi. Aku bisu, dia,dia pun bisu! Tp masing2 perlukan jawapan dari masing2.

aku nak tahu, kenapa aku dikatakan begitu....w/pun aku tahu jawapan. aku nak dengar sendiri dari mulut dia,dia. SEdIH. Setahun lebih kenal, tadi jumpa macam baru setengah hari kenal. Aku ke yang perlu mulakan segalanya??

dalam hidup ni, aku takkan mudah buang orang2 yang aku kenal semudah menyebut ABC. Salah satu kekuatan aku adalah sahabat2 aku dunia& akhirat. Hidup aku akan jadi berantakan bilamana aku tahu aku hilang kepercayaan seorang sahabat yang aku sayang. aku x boleh hilang kepercayaan mereka! apatah lagi atas sebab2 yang sia2..Selain PENCIPTA, keluarga, SAHABATlah segalanya tuk aku. dan keranamu yang bergelar sahabat aku tak malu tuk mengaku yang aku titiskan air mata setiap kali aku kenangkan kata2 kalian yang pernah kalian lontarkan padaku.. aku menangis tatkala teringat kenangan lalu kita bersama suka duka, & perbezaannya pada hari ini. Atas nama ALLAH aku sayang kalian sahabat aku dunia akhirat.

Aku mohon padaNYA agar hilangkan selaga kekusutan hati yang aku alami,agar ukhwah kita terus bernaung di hati.
W/pun satu hakikat yang aku perlu sedar aku kini telah mati dihati kalian.
namun Aku bangga punya sahabat macam kalian, aku bangga diberi ruang & ketika tuk kenal kalian.KALIAN TETAP DIHATI SAMPAI AKHIR NANTI.
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.

SEKALI KALIAN BERGELAR SAHABATKU SELAMANYA TETAP SAHABATKU

DAN HARAPAN TERAKHIRKU, KU MAHU KALIAN MENGAKU AKU SEBAGAI TEMANMU, bukan LAWANmu~

p/s: MHZA,MHH,MKA,AMA,YP,MRMR,MFPR,NSE,NHAH,NSR,ARAR.... Saya menyusun 10 jari mohon maaf atas kekurangan diri.

16 March 2011

DINNER KAMI


Assalamualaikum.
dari tadi lagi aku dok asyik nyanyi lagi ni.. "diam2.. berpandangan..Mata bertentang mata..Malu-malu.. aku malu..Kau buat begitu.." apa motif pun aku x tau la.... huhui~ sabo jer lah....


Post ke dua untuk tengah pagi ni. Selasai sudah MAP ke 14 dengan tema moden akustika..~mah
haa! tetiba ja aku jd MC x formal. aku x lah pandai apatah bila jiwaku berlalu pergi dari semua ni. Jiwa aku xder malam tu... melayang jauh tapi aku tau tempat mana jiwa ini melayang. MAAF kalo aku telah merosakkan program. Pengalaman jd mc x formal ni x la banyak pun, masa program bakti siswa kat tangkak dulu penah la berganding bahu dgn ayah angkat jd mc x rasmi@DJ. hahahha...

tp mlm ni aku berlari2 bagai itik pulang petang dari dewan senat ke dectar semata2 tok mc x formal ni. aku x jamah satu pun makanan. aku dtng & teruskan sbb ijan& kak da.

Susah aku nak citer kenapa. apa2 pun biar kami ja yg telan. Aku rindukan MAP 12. malam ni aku penuhi pagi indah ni dengan rasa2 rindu =)

Biar segala kepahitan ni kami telan bersama (aku&kami2). sepahit mana yang bakal "mereka" telan. pahit lagi kami... apa2 pun syabas!

aku tinggalkan sekeping gamba ni tOk tatapan semua...
hahahah..
motipp~





(ika dah tidoq pun, mimpi tah kemana tah, aku jer dlm kira2 lagi nak tidoq ker x)

sekian


KERINDUAN ITU~



Assalamualaikum semua & salam rasa penuh kerinduan

DI Penghujung sem sepatutnya aku berjaga untuk study bukan untuk suatu yang aku x pasti. tapi tulah, bnyak sangat masalah hati yang belum diselesaikan..& entah bila semua ini akan berakhir.Aku berdoa padaNYA agar segala urusanku dipermudahkan.

Alhamdulillah, selesai sudah 2 majlis yang aku tunggu dalam sem ni iaitu, MALAM ANUGERAH PELAJAR (MAP) ktho punya dinner & Majlis Watikah Perlantikan MPP baru sesi 2010/2011. Tahniah & syabas kepada yang menang, yang menjadi suara pelajar di UKM ni. Walau siapa pun ada, buatlah sebaik mungkin, kerana amanah telah diberi, ikrar telah dilafazkan.

Hurmm... tadi aku masih dalam dilemma antara majis watikah @ MAP. dua2 aku x nak lepaskan. Tapi tulah aku aku lepaskan majlis watiakh , lepas ni xder dah. MAP aku masih ada setahun lagi, lambat sikit pun orait jer. Memandangkan aku, Rasydan & Firdaus telah dilabelkan sebagai individu yang telah mengkianati barisan PMUKM Lepas, tiada 1 masej atau pemberitahuan yang kami terima untuk jemputan ke majlis watikah. tak tau la salah siapa dalam hal ini. Bagi aku keangkuahan mereka cukup menguris hati.. aku tahu kebanyakkan mereka terus menyalahkan kami & kecewa dengan sikap kami masa pilihan raya kampus yang lepas yang mana aku sendiri telah bertanding atas tiket bebas. Pada awalnya semua dalam kalangan mereka x boleh terima langsung, namun dari hari ke hari ada yg mula menerima w/pun bukan sepenuhnya. Tapi aku cuma persoalkan di mana mereka meletakkan kami bertiga setelah hampir setahun kami bersama mereka. Aku secara jujurnya x terniat langsung nak sakitkan hati mereka. Cuma aku perlukan ruang kerna aku punya cara aku. & mereka seperti x kenal langsung siapa akau sebelum ni.! tapi itulah hakikat hidup seorang yang dikecam sebagai pembelot. Kalo kalian terbaca apa yg tertulis di sini. Saya harap kalian mengerti akan diriku ini. Sejak aku bertanding atas tiket bebas, tiada langsung masej yang aku terima dari mereka2 yang sangat aku hormati sebagai abg dan rakan walaupun msej itu sepatutnya aku berhak dapat. Besar sangatkah dosa aku pada kalian. sampaikan susah nak tgk muka aku. sampai palingkan muka tatkala nampak aku dijalanan. Hinakah aku!! Kalian buang aku terlalu jauh dalam hidup korang. bertegur sapa pun hanya bila anda individu lain masa kita terserempak.Keikhlasan tu dah terlalu jauh pergi. mungkin korang akan cakap cam ni kan bila terbaca semua ni... "ha tu la .. sapa soh belot!" tapi ini semua andaian aku semata. aku tau korang tak terniat tuk semua ni, mungkin korang pun terhimpit dengan pelbagai persoalan sampai korang bertindak sedemikian... tapi pintaku fikirlah korang dengan sebaik mungkin sebelum tuduhan yang hanya mendatang perkara sia2..

kepada kamu, kamu & kamu especially. kalo membenci saya terus menerus akan menbuat kamu tenang.. teruskanlah. Saya tak akan halang, kerna saya manusia biasa, serba kekurangan. Kalo kalian mengharapkan sapa tanpa sebarang kekurangan, kalian boleh cari insan lain, sebgai teman. Maafkan saya kerana telah sia2kan masa kalian mengenali saya. Dan saya sekali pun x akan berganjak, membuang kalian dari kotak ingatan dan lubuk hati ini. Saya bangga dapat kenal kalian semua. untuk melupakan kalian adalah tidak,, untuk melupakan saya terserah kalian. BERSAMA KITA BERSATU BULATKAN NIAT YANG SATU....~


aku terbaca satu masej yang lebih kurang maksudnya cam ni "kepada MPP yang masih tetap dihati"
nampak sangatkan mana letaknya aku, sbb aku xdapat pun msj tu... (T_T)

Melihat sebahagian dari kita yang td, saya terlalu rindukan kita suatu masa dulu. saya berdoa agar kita punya saat seperti dulu lagi....

dulu kita penah jalan2 g dontown sama2, g makan sama2, w/pun saya sorang je pompuan, kamu semua jaga saya sebaik mungkin. Hantar saya balik tak kala kita bekerja sampai pagi. TERIMA KASIH ATAS SEMUA TU.~

saya sedang merindui semua tu...(T_T)

12 March 2011

KINI AKU DILEMA



Assalamualaikum & Salam aku dalam dilema (apa punya salam daa..)

huhuui... SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
x tau nak cakap pa... ditelan mati mak diluah mati bapak...(masih mampu berperibahasa disini)

Antara pilihan bonda diutara atau pilihan hati di sini.. eh bukan di sini, di KL.
aku tak tau! aku buntu! aku blur! aku tau sepatutnya aku memohon pada DIA YANG ESA.... namun naluri kemanusiaan aku merota-ronta tuk aku buat keputusan sendiri... aku sangat lemah masa ini. w/pun aku cuba tuk ceriakan hati, tenangkan hati, tapi dalam dunia magika aku aku masih fikirkan pilihan mana yang terbaik tuk aku...

aku langsung x terniat nak sakitkan hati,kecewakan n buat mak aku sedih.... x mungkin aku wat semua tu. tapi aku punya kehendak sendiri, nilah yang aku katakan diluah mati mak, di telah mati bapak. aku keliru. biarlah saat ni aku luahkan apa yang aku rasa di sini. w/pun aku punya cara lain untuk tenangkan hati.

Dalam hidup aku jarang buat keputusan tanpa dptkan nasihat daripada insan2 tersayang. Masuk U ni pun orang lain yang wat keputusan. namun aku akur. Aku tahu mereka wat semuanya yang terbaik tuk aku. kowang jgn ingat aku x matang lg pulak. Just mengutamkan apa yg sepatutnya ja.

Tapi! aku perlukan ruang aku sendiri. aku tau kalau aku pilih yang KL mak x boleh kata apa, n akan terima n terus doakan yg terbaik. Tp aku akan rasa bersalah sesalah2nya sebab aku x ikut ckp mak. SAYA SAYANG MAK SAYA!

Susah orng nak faham aku saat dan ketika ni. Aku susah nak terima yang kat kedah, sebab aku asa x layak. kalo kat KL memang ok bebenor.sesuai gitu. x payah aku nak kusut2 fikir.... maknanya aku sedaq diri sapa aku....

Sapa la yang x nak balik dok kampung, apatah lagi dok ngan mak & abah... hidup makin mudah kot.makan,pakai semua terurus. huhui... tak payah nak rindu2 lagi...=)) anytime leh peluk. SAYA SAYANG MAK & ABAH SAYA. bila depan mata hati makin tenang.

Tp mereka perlu faham aku. aku takut tuk berhadapan dengan pilihan mereka. aku takut!! Susah ker nak faham saya. sya mintak faham & restu ja.. huhui....

wat masa ni keputusan belum diambil. SILENT IS BETTER. Aku tau tujuan mak soh balik kedah sebab MAK RINDU SAYA, dah lama mak tunggu saya.. maafkan hana wat mak menunggu. Saya jer anak tunggal, sulung& bongsu perempuan yang mak & abah ada...

SEmalam mak call, kali ni suara dia tak macam selalu, kali ni suara mak sangat tegas. kalo aku pilih yang KL, mak kata, tanggung sendiri. SENTAP sekejap.betul ke aku sedang cakap ngan mak ni?? tapi aku boleh plak bantai gelak. actually aku terskema dengan ayat mak tu. mana ada mak serius cam tu sepanjang aku hidop. Jarang kot, kalo ada pun zaman aku kanak2 rebina. MAk memang serius saat tu. nak aku balik kedah. tapi hakikatnya aku takut!! sangat takut! faham x korang yg aku takut!! tolong la faham.... plzzz

Mak kata lagi kalo pilih kedah tanggung beres, kalo aku pilih nak ke kedah n kalo nak ke KL if ada pa2 sumanya tanggung bersih. Kalo x sorry. apa semua ni!! kenapa? kenapa? kenapa?

huhuuhh... tolong la, aku takut+buntu sangat. memang aku yakin n pasti tahu yang pilihan kat kedah tu terbaik. tapi masalahnya aku takut nak berdepan dengan bukan taraf aku..aku sedaq dimana aku selayaknya.


makkk.... hana sangat2 tak tau!! susah nak wat keputusan. Surat dari KL dah diterima. & mak yakin surat dari kedah akan menyusul.

buat masa ni aku x mau fikir sanagt n tunggu surat dari satu pihak lagi. lepas tu baru keputusan terbaik akan dibuat. siapa nak jadi hakim n peguam bela saya ? sila angkat tangan...huhui =)

p/S:: tolong nasihatkan saya b4 keputusan yg berat diambil....

[ini sebuah kisah untuk memilih tempat latihan industri, tp dah macam apa tah.... apa2 pun SAYA SAYANG MAK SAYA] kalo perlu berkorban tuk dia, insyaALLAH akan aku laksanakan....
sbb aku dah x tergamak nak lukakan hatinya lagi... maafkan hana...

11 March 2011

MARI BERFAKTA


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat semua..

Kepada semua imam2 muda yang bakal menjadi ketua FAmILY CERIA anda suatu saat nanti, kalo yg dah ada FaMILY CERIA pun ok jer.... apa kata korang share tentang Khutbah Jumaat kat kami2 yang tercipta dari tulang rusuk kalian.... SHARING IS CARING...

P/s:: tu pun kalo korang pergikan... hahahahh (sentap x) . saya tau semua pembaca blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni mesti pergikan... kowang kan baik...=))


Tadi masa semua imam muda ke masjid menunaikan solat jumaat, aku telah ke fakulti tercinta bersebelah dengan fakulti FST & PTSL berdepan dgn KAB, mempunyai SUDUT PIDATO&TERES EKONIAGA... PM penah dtng kot kat fak aku... fak korung ada ka.... hahahah... bongkak jap...=))

langkah di atur dengan penuh cermat mana taknya jalan2 menjadi licin bukan kerana sedang dicuci, tapi because of hujan, UKM ni banyak lumut2 hijau yang berpotensi nak mengelincirkan kalo cengkaman kasut x kuat apatah la lagi tatkala hujan sedang membasahi bumi... nasib baik aku pakai CROCS.. motif?? CrOcs up town jer KOt...hahha...


setibanya di fakulti aku terus naik tangga yang kelihatan hijau+berair ... n ke lif yang akan membawa aku ke destinasi sebenar. maka aku pun mempress la button no 5 dlm lif tu... bila pintu dibuka, wajib la aku melangkah keluar . & terus bertemu si gadis yg menunggu ku dari td... =)) maaf sedikit terlewat.. pas tu we all seiring & sejalan ke bilik lecturer tuk dia mengkritik slide kami yg akan di presentationkan minggu depan." " ALANgkah sedihnya hatiku.. parap2... wawawawa... dia tiada di biliknya... SEDIH! langkahku masih ditemani butir2 rezeki ILAHI... cam kebal jer aku kan, lalu kat hujan tanpa payung.. tp x lebat sangat pun hujan...

makanya, aku rasa mau ketawa+gelak+tp bukan mengilai2 tuk lupakan kekecewaan td....

aku terjumpa ini!! FAKTAKAH?? sama2 kita renungkan dan selamar beramal....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



p/s::any objection??