Buatmu lelaki,
Yang satu masa nanti bakal aku cintai,
Maafkan aku seandai cintaku untukmu,
Tidak sebesar yang kau harapkan,
Tidak sehebat yang kau impikan.
Kerana duhai lelaki yang bakal miliki diriku,
Mungkin cintaku takkan pernah sepenuhnya buatmu,
Cintaku mungkin takkan pernah buatku gila,
Menangisimu bila rindu berjauhan
Masih mahukah kau memilikiku?
Duhai lelaki yang bakal kucintai,
Lelaki yang bergelar suamiku kelak,
Kerana segalanya tentang diriku,
Sudah dimiliki terlebih dahulu oleh-Nya,
Hanya Dialah 'Cinta sejati'.
Kerana Cinta sejati itulah kau & aku bernafas,
Kerana Dia Yang telah menciptakan aku,
Lalu dengan kehendak-Nya aku bertemu denganmu pasangan hidupku,
Dia yang tumbuhkan cinta dihati kecil kita,
Maka Dilah yang lebih layak untuk dicinta sepenuhnya.
Namun lelaki yang bakal bergelar suamiku,
Usah gelisah mendengarkan sebuah pengakuan ini,
Kerana di dunia ini, cinta dihati ini hanya milik seorang adam,
Tidak akan ada duanya adam yang akan memilikinya,
Dan satu-satunya adam pemilik cintaku itu dikaulah orangnya,
Jadi duhai lelaki yang bakal kucintai,
Maafkanlah seandai ini kekurangan dimatamu,
Derhakakah aku sebagai seorang isteri nanti,
Jika aku mendahulukan cinta kepada-Nya?
Kuharap kau akan mengerti.
siapa adam pemilik cintaku itu, cuma Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak tahu siapa.
sesungguhnya,
::DIA MAHA MENGETAHUI::
No comments:
Post a Comment