Setelah hampir setahun, blog ini ku biarkan sepi sendiri, penuh sesawang,lalang, dan segala bagai ternakan.. hurmr...
Tah kenapa tetiba hati terpanggil tuk menulis kembali. Sebenarnya, dah lama terpanggil tuk membersihkan belukar ni, tapi ada ja kekangan. Besar peranan blog ini pada aku. Blog ini menjadi medium yang terbaik untuk meluah rasa hati, memandangkan hati ini sukar untuk berkongsi cerita melainkan kena caranya.
Dalam tempoh masa setahun ni, terlalu banyak dugaan yang datang tanpa dipinta. Namun kugagahi juga, kerana aku percaya ALLAH menguji seseorang itu atas kemampuan manusia itu. Sesunggunya ALLAH S.W.T MAHA ADIL LAGI MAHA MENGETAHUI.
Banyak juga yang luahan rasa yang dipendam jauh ke dalam dasar hati, tak mampu untuk diluah, susun menjadi bait kata. Aku Insan Lemah. Kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Kebangaan Melayu ni terlalu banyak cerita duka berbanding ceria.
Kepahitan hidup aku jadikan sebagai kekuatan untuk terus melangkah untuk capai kemanisan masa hadapan.. Insyaallah
Terlalu banyak dan tinggi harapan yang diberi untuk aku penuhi. Pada suatu saat itu, aku hanya mampu mengeluh, takut aku akan mengecewakan insan tersayang. Rasa sedih mula menghampiri.
Dalam kepayahan yang aku hadapi, ada insan yang sangat memahami aku. Kata2nya selalu menjadi kekuatan , peniup semangat untuk aku terus melangkah dan mencapai apa yang telah aku usahakan, tanpa perlu bercerita, dia tahu aku sedang berduka. Kerana dia aku masih di sini. Saya sayang emak saya!! (T_T)
hurmm.... cukup dulu setakat ini. Moga bertemu lagi. (menahan kesedihan).
Aku bersyukur atas kesempatan, ruang, rezeki yang telah dikurniakanNYA padaku..
Moga aku terus Istiqomah~~
wasalam~
HANA YAHAYA
No comments:
Post a Comment