::masihkah aku punya peluang itu::
Darah di lutut masih lagi mengalir. Panas. Rasa pedih menggigit-gigit. Aku memeluk tubuh kesejukan. Aku cuba berdiri kembali untuk meneruskan langkah namun kesakitan itu memaksa aku agar duduk semula. Aku benar-benar tidak berdaya. Tidak berupaya. Aku kembali duduk memeluk lutut. Menahan seribu satu rasa yang membengkak di dada. Semuanya bersatu menjadi satu lalu mencetuskan butir-butir jernih dari kedua kelopak mataku. Setitik, dua titik, kemudiannya mengalir deras. Aku pasrah, sekadar membiarkan airmata itu meluahkan irama syahdu yang sedang berdendang di jiwa ini. Irama melankoli.
"Anak, kenapa kau menangis?" Tiba-tiba, ada suara menegur aku. Dihadapan aku berdiri seorang lelaki tua berjubah putih. Dia menyapaaku. Masih berdiri di situ dengan senyuman yang sungguh mendamaikan. Dia berserban putih. Janggutnya tersisir rapi. Matanya redup dan tenang sedang memandang ke arahku. Aku tergamam seketika. Kelu.
Siapakah lelaki tua di hadapan aku? Entah bila dia wujud di hadapanku, aku pun aku tidak sedar. Setahu aku, sudah lama aku menangis sendirian di situ, di bawah sejuk embun pagi, ditemani suara unggas, di terangi cahaya malap sang rembulan yang cuma nampak separuh. Tiada sesiapa pun yang lalu lalang apatah lagi mengambil tahu perihal sakit pedih yang sedang sarat aku tanggungi. Aku sedang menangis Tuhan, aku sedang terluka Tuhan, luka aku berdarah, pedih...
Rintihan itu cuma bergema dalam dadaku. Air mata terus mengalir tanpa suara. Aku ingin menjadi wanita yang kental. Aku ingin menjadi setabah Sumayyah. Aku juga tak ingin menangis, tapi, ah...kenapa kali ini terlalu sukar untuk aku menyeka air mata ku ini. Kenapa kali ini terlalu sukar untuk aku memujuk diri ini agar tidak lagi menangis. Air mata ini mengalir laju, laju sekali. Aku tewas.
"Anak, kenapa kau di sini? Kau sesatkah?" Lelaki tua itu sekali lagi bertanya kepada aku. Aku memaksa diri supaya berhenti menangis. Air mata yang mengalir di pipi aku kesat perlahan-lahan. Aku menganggukkan kepala. Kemudian tunduk memandang bumi.
"Ya Tok...Saya sesat, saya ingin pulang, tapi saya tidak ketemu jalan yang betul. Saya tak tahu saya sedang berada di mana, saya mahu pulang tok.." Akhirnya aku memberanikan diri meluahkan segala yang terpendam di dadaku. Airmata kini mengalir lagi.
Lelaki tua itu sekadar tersenyum memandang ke arah ku. Suasana kembali sepi. Aku cuba meneka maksud, mentafsir di sebalik apa yang tersurat, namun malangnya, aku hampa..
p/s: knapa aku menciPlak karya ini...
ini adalah kerna.. sama seperti apa yg aku jalani n hadapi..
terima kasih kepada empunya blog..
kerana Entry ini...
No comments:
Post a Comment