24 June 2009

::mengintai redha ILAHI::





Aku insan biasa HambaNya yang tak luput dari dosa Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan Duniaku penuh dengan keseronokan Permulaan hidupku singgah di rahim bonda Sebelum aku dijejakkan ke dunia Banyak kelalaian yang aku temui di dunia Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi Selama ini, aku leka dari mengingatiNya Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma

Dosa dan noda telah menggelapkan hati Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani Hidayah itu pemberian ILLAHI

Mati itu suatu yang amat pasti Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini Aku bertaubat pada Yang Maha Esa Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa

Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu
Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka Ampunkanlah dosa-dosaku Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini?? Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??


Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa Terimalah taubatku ya Tawwab.. Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur.. Redhailah kehidupanku ya Allah.. Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..







Mengintai Redha Ilahi
www.iluvislam.com
oleh muslimah single93
Editor: deynarashid

No comments:

Post a Comment