24 June 2009

::mata::geTAran::







Mata dengan mata

Hati mula terusik

Aku tunduk

Kau membisu

Mungkin tundukku malu

Mungkin bisumu tak tahu

Tapi aku tetap rasa

Satu getar hadir dihujung hati..

Ia ada Cuma pada waktu itu

Pada saat itu,

Pada detik itu,

Pada ketika mata kita bersatu..

Moga satu detik

Bila mata bertemu mata

Kau bias mendengar getaran itu...

Bisa bersuara..

Bisa memahaminya

Dan detik itu pun berlalu..

Kini getaran itu sentiasa ada...

Kerana pemilik mata itu

Ada disisiku ..........

1 comment: