09 March 2011

KASIHMU TIADA NILAINYA..~


Assalamualaikum semua...=)

9/3/2011, ketika ini jam pada Karl ( nama laptop aku) menunjukan tepat pukul 2.08 am. aku pun nak bg nama kat laptop aku guk cam Firdaus bg nama kat PC dia, GHASIDAH ok! :: Pagi yang damai. tanpa rumet dibilik! hahaha.. selain berteman kan Karl aku ditemani oleh assignment yang menanti ku dari tadi... hahahha... saba la korang, aku ada misi yang lebih penting tok diselesaikan malam ni.. antara tidoq atau berjaga,.... sabo jer la~


Hari ini, SATU UNDI, ESOK KESELAMATAN FST... motiff?? ha.. terimbas kembali ayat "hari ini"... kenangan satu ketika dulu..=)

Aku just nak kongsi HARI INI ialah hari istimewa orang yang paling aku sayang, paling aku cinta paling aku rindu, paling aku tak akan lupa, paling aku rasa nak peluk, paling aku rasa nak kiss, paling aku terbayang, paling aku setia, paling aku nak ucap terima kasih atas segalanya. paling aku nak mintak maaf atas segalanya.

Tanpa dia tiadalah insan yang bernama MOHD PIZA,MOHD HIDZIR,MOHD HAFIZ & SITI NUR HANA..... segala Dia. Tanpa kasih sayangnya yang tak berbelah bagi kami membesar dengan sempurna. Hanya tersenyum manis melayani kami yang bermacam ragam. Nasib 4 orang jer.. kalo ramai...no komen..=)


[inilah KAMI]

Rasanya korang dah boleh agak kot aku tgh citer pasal sapa..hmmm, Dia yang aku sedang bercerita ni, sejahat mana pun aku n abg2 jarang dia nak 100% salahkan. Nasihat terus diberi agar kesilapan dibaiki & x diulangi. Susah nak tgk Dia marah,susah nak tgk dia pegang rotan, hanger dan sewaktu dengannya tOk rotan kami. Itu bukan cara dia. Zaman dulu kala, abg2 aku penah guk kena sbb diorang ni laki, lain macam sikit nakal. Tapi aku bertuah sangat, sebab x penah kena.. jgn jeles yer abg2 sayang.. hahaha.. kalo kena pun pukul manja gitu, mana taknya orng tgk tv tgn jalan ja lipat kain. aku x! hahaha.. satu iklan satu baju... ahhahaha... sabo jer la...
suh la aku wat pa pun akan aku buat, tp masalah sikit bila soh lipat baju. harap maklum. tapi sekarung dah rajin sikit la lipat baju.

Seawal umor 6 tahun aku dah jejak kaki ke ICU. Motif aku ke sana? masa tu aku tak tahu apa pun. budak2 lagi. Masa tu Dia yang aku sayang telah diserang sakit jantung. (T_T). Alhamdulillah, 16 tahun dah berlalu. w/pun penyakit tu masih ada padanya aku bersyukur sebab sampai saat ni Dia masih ada disampingku w/pun pada saat ini kami terpaksa berjauhan. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!! Pada umurku 10 tahun, sekali lagi dia dimasukkan ke hospital, atas sebab yang sama. tapi masuk wad biasa. dipasangnya mesin di badan. Aku tak terdaya utuk melihat keadaannya. masa tu Suami kepada Dia bekerja di PENJARA SG.PETANI, Hospital & penjara bersebelahan maka kerap jugaklah suami kepada Dia memantau kami. Oleh kerana aku jer anak perempuan & hanya perempuan yg boleh menjaga. Maka akulah harapan mereka. Sehari jaga aku terus demam. maybe sebab berjangkit degn virus2 cinta di hospital tu.
Pada usiaku 14 tahun, sekali lagi, atas masalah yang sama. Kali ni aku bersyukur, sbb aku dah ada kakak ipar. Aku sangat lemah bilamana melihat Dia dipasangkan dengan mesin apa tah. Hati aku menangis. Aku cuba kuat tuk tak mengalirkan alir mata. Xder langsung wajah kegembiraan seperti selalu. Kali ni akak ipar aku yg take over tugas aku. Aku seolah2 menjauh dari Dia. AKu x sanggup!! beberapa hari selepas mesin tu dinyahkan dari Dia, aku sangat terasa gembira tak tergambar oleh kata2! SAYA SAYANG DIA!

Tahun yang paling kritikal masa umo aku 17 tahun. semuanya bermula pada 1 januari 2006. selesai majlis pertunangan abg aku, Hafiz di pahang, singgah sebentar di N9 esoknya bertolak balik ke kedah. Aku lihat Dia sangat lemah. Semua pertanyaan Si suami jawapannya acuh x acuh. Aku terus diam membisu. Sampai nya di kedah, tak sampai 2 hari, Dia dikejarkan ke hospital. Kali ni bukan wad biasa. Tp wad bedah! apakah!! Aku tanya Suami Dia, kenapa masuk kat Sini. apa masalah. Si suami diam jer.
Esoknya aku datang melawat Dia, aku tgk dia tak der di katilnya tapi hanya ada darah.. aku terus duduk di kerusi sambil telekup muka kat tilam tu nangis!! x lama kemudia abg ku sampai,Hafiz, dia naik lambat. Habis cara pujuk aku. aku sedih. mana Dia aku tanya. jiran katil sebelah cakap Dia g X ray. napa ada darah ni. darah dari tgn kena cucuk. SEDIH! Dia sampai ja aku terus peluk erat. SAYA SAYANG DIA!!

Dalam masa aku nak SPM tu tiap2 bulan masuk wad. Doktor sahkan Dia ada ULSER dalam perut yang mengakibatkan anemia (kurang darah merah) kesan dari ubat jantung yg Dia makan selama ni. Sian Dia. Tiap2 bulan aku dah masak sangat bila aku tgk Dia lain macam jer, muka pucat tetiba cepat2 aku kerahkan Suami Dia soh ke hospital. Sampai satu tahap aku ke sekolah dari hospital. sekolah ngan hospital 5 minit ja... saya x akan tinggalkan dia sowang2 walaupun dia cakap x yah dtng dia ok! akan ku paksa suaminya soh antaq aku ke hospital. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!!

Kadaan yang paling teruk masa cuti pertengahan tahun masa form 5 tu. Aku ngan dia balik kg. JOHOR. Dari MuO kami ke Batu pahat. Sampai je di batu pahat aku rasa x sedap hati. rasa cam x kena ja. Muka dia dah pucat, bila ditanya ok ker... jawapannya OK. hurmm sekadar menyedapkan hati. masa tu si suami x ikut sama (da keja yg perlu diuruskan), hanya aku, dia dan abg aku, PIZA(along) yang ada kat sana. memang tul aku punya kata hati, confirm kena tahan kalo g hospital. Apa punya hospital la, besar tapi x leh menampung. lintang pukang katil. hope dah ok sekarung. Try apply tok 1st clss phk hos cakap penuh. Aku yang menunggu Dia. Saat tu dia masih boleh tersenyum, bangun berjalan sendiri. tghari tu dia izinkan aku pergi kenduri, makndak aku yg jaga. lepas balik kenduri terus ke hospital lagi. tyme tu aku jer ngan makcik2 n sepupu sepapat, along ke melaka ada tugas. masa tu jugak Dia tgh masuk darah, aku bangunkan dia nak soh makan ubat, aku buat susu. Masa tgh nak bg dia makan ubat, tgn ku tetiba mengeletar. rupanya bukan aku puncanya, memang dia sedang mengeletar. melihat keadaannya macam tu, aku terus menjerit memanggilnya. satu wad kecoh! aku plak kena marah ngan Nurse yg kerek kat situ (maaf). Panik+sedih, aku dah meraung. Dia terus ditarik masuk bilik emergency. n aku diarahkan kuar. air mata aku nonstop!! AKU SAYANG DIA! Sepupu aku pun suma berusaha tenangkan aku. Aku dah tak tentu arah. Aku terus call abg aku Hidzir (angah) aku call dia paksa dia balik. aku cakap aku takut!! aku nangis lagi. alang pun sama aku call. 2 jam aku menanti keadaaan Dia. Walaupun dia lemah. tp dia selamat. aku tak sanggup nak lihat dia. SEDIH. Diorang cucuk dia kat kaki, leher,... ingat ayam ke apa??!! SAYA SAYANG DIA. Makndak aku yg kena jaga sampai abg2 aku sampai. Kak ngah aku yg ganti tempat makndak aku. seriusly aku sangat sedit tatkala tu. Ramai yg bg moral support. Namun x jalan. Suami dia di nasihatkan x datang. Dia cuba dapatkan maklumat kesihatan isterinya di hospital sungai petani... dah panjang aku bercerita.... 2 minggu di hospital bp. aku balik sp sowang2 nek bus. sbb cuti dah abes. n Dia terpaksa aku tinggalkan. masa tu dah sihat 80%. agak lega dihatiku. Aku bersyukur sebab aku dapat jaganya seperti dia jaga aku masa bayi.

Dia dah terlalu lali dengan suntikan yang hancurkan urat2 halus tgn kiri & kanan. berpain2 darah dimasukan setiap bulan. sabo jer lah~

lepas kejadian tu ada la 2 3 kali lagi dia masuk hospital... Kekerapan tu berkurang lepas aku masuk matrik. Alhamdulillah sampai sekarung...=) Terima Kasih Ya Allah....~

terlalu banyak dia berkorban tuk aku. tak terkira, tak terbayar aku pengorbanan dia. Aku bersyukur dikurniakan insan sepertinya. SAYA SAYANG DIA DUNIA & AKHIRAT.

Tatkala aku sedang bersedih diperantauan.... huhu... aku jarang tuk cita masalah. namun, hati seorang dia aku tak boleh tipu. bila aku rasa sedih saat tu aku akan terima panggilan dia walaupun hari2 aku akan call dia . Aku sedih bila buat dia menunggu aku yang jauh ni. Saat ni dia hanya bersama suami dirumah. Walaupun jauh, doa & ingatku x penah putus untuk dia dan suami tercinta.

Pada 9/3/2011 genaplah umonya 60 tahun. SELAMAT ULANG TAHUN MAK!! adik sangat sayang mak. Adik selalu ingat mAk. Adik bangga jd anak mak. Adik mohon maaf atas segalanya. TErIma kasih sebab jadi mak yg terbaik tuk adik, along,angah & alang....

Saya sayang Mak saya!! Nuara Md Khalid~~~=)


buat mak tercinta:: ini lah rasa hatiku saat ketika ini...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu


[selamat malam semua, mau buat assignment pulak]
end:: 4.06 pagi

No comments:

Post a Comment