06 October 2011

05/OKTOBER/2011

::ASSALAMUALAIKUM::

Hari aku agak kelewatan untuk bekerja... selalunya b4 kul 7 aku dah siap mandi & solat tapi tak pagi.. huhui, pastu boleh la plak aku spend masa yg agak lama menghadap cermin dok pusing lilit bagai pashmina ijau aku tu,,,serba x kena... huhui..

aku bukak pakai bukak pakai pashmina tu... jam dah 7.20 am, selalunya tyme cam ni aku dah gerak menuju ke LRT. tp aku dok mengadaP cermin g... pastu sedar akan kelewatan aku, rumet aku pun sound... "dah lambat.. lilit kat opis je la..."hahhaha..~main2 tul aku ni cam ofis tu aku nya lak... apa2 pun aku sampai opis tepat pd masanya...=)

Cerita hot pasai antara 2 sahabat kat ofis aku masih menjadi hidangan sarapan pagi hari ni... sian plak aku kat akak sowang tu.. hidup tunggang terbalik seketika dek sikap manusia yg x boleh nak toleransi (betul ke aku eja) .. aku doa semua akan baik2 seperti selalu... insyaALLAH.

kerja plak seperti selalu NON-STOP...=)
tyme balik td aku, zaza, kak zaida, cik noni & cik jaja.. kami panjangkan langkah ke JJ Wangsa Maju.. pusing2, cuci2 mata.. pastu stop makan!! hahahah... ari ni makan kat sini
:
:
:

:
:
:
:

\

(sku makan mee kari & White coffee)

Jutaan terima kasih kepad Kak Saida atas tajaan yang x di duga ni.. saya doa agar akak sentiasa di murahkan rezeki...amin

Terima kasih kepda yang terlibat hari ini kerana menceriakan hari2 saya...
Asa bahagia je...

HAri bertambah bahagia bila si "peah" dan pemiliknya, Cik Zaza & Co Pilot Kak Saida, sudi mengembara ke Pandan Indah untuk menghantar saya pulang. TERIMA KASIH KALIAN. jasa kalian insyaALLAH saya x kan lupa... moga ALLAH S.W.T membalas jasa baik kalian dan sentiasa rahmati kalian...

hari ni masuk hari ke dua aku hidup tanpa FACEBOOK.
mesti da yg nak kata, aku poyo bagai sbb p deactive. sma jer ngan x online. aku x kisah pun sbb bg aku
deactive ngan x online Fb adalah perkara yg berbeza OK!


(beginilah hati aku tatkala ni dengan FB)
[

tak tau bila hubungan ini akan pulih...
mungkinkah selamanya begini...

APA YANG PASTI UNTUK SAAT & DETIK INI,



KATAKAN TIDAK PADA FACEBOOK


sekian adanya....

SELAMAT MALAM

12.07 am sudah

04 October 2011

FOR THE REST OF MY LIFE

:: ASSALAMUALAIKUM::

Since semalam aku dah deactivate akunya FB..tak bila aku akan "reactivate" semula.
banyak sangat sejak dua menjak ni perkara yang menyakitkan terbit&terpancar kat FB. Actually aku da bg job kat member2 aku tuk satu jamuan penghargaan, maklumlah aku stayjauh dari diorang. FB la jd penghubung kami. But now, aku dah takder FB aku hope kerja2 diorang tetap berjalan cam besa (alasan: HP kan ada). Kat opis tadi cam2 plak jadi, yang aku masih pending memanjang,...$^%&^, meja sangat CUN, dekorasi file kiri kanan, kertas penuh meja. takde sapa leh lawan meja aku wat masa ni.. hahaha... sampai Ass.Manager tegOQ kot.. hhaaha.. bersungguh aku keja...!
tadi kat opis 1 hot stoly moly.. hmmm.. aku pun x tau nak kata, kawan2 pun susah nak kawtim.. apa la nak dikira sangat wang ringgit, apa nak dikejar sangat wang ringgit, .. xleh nak banding or jual beli ngan persahabat yang terjalin... aku harap mereka akan kembali normal. insiden yang berlaku antara korang tu, terima la sebagai takdirNYA, bukan pengakhiran yang menjadi titik noktah persahabatan kalian. =)

Tadi dapat berita tentang kematian ibu mertua kawan ..sedih.. Al-fatihah
Satu lagi peringatan yang x patut kita lupa, bahawa MATI itu pasti datang, tak terlewat walau sesaat. Cuma kita ja yang asyik terleka meningati MATI.

Sekian dahulu....

sambung sikit lagi leh? huhu

because aku dah x der FB ni aku dok layan ja lagu2..
menjiwangkan sejenak HAti...
padahal bukannya berpacaran pon... aggagagga...
ni salah satu lagu yang aku sedang layan .. MAHER ZAIN...

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my "HUSBAND" and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
...=)

28 September 2011

Hari Kejayaan Mereka!

:: Assalamualaikum::

Hari ni dapat aku bersenang2 sikit dirumah setelah beberapa hari bizi dengan penyusunan majalah aspirasi & hadir majlis graduasi sahabat2 tersayang. Aku apply cuti sehari je. hari IsNin. tapi memandangkan kesengalan badan yang melanda aku dikurniakan MC selama 2 hari. TQ DOKTOR! saya pergi jumpa DOKTOR? sungguh hebat... cuak jugak.. dia check tekanan darah. bila di pam2 mesin tu cam x bapa nak Ok. banyak kali la dr tu cuba check tekanan darah. aku dah mula cuak.. sampai ke akhirnya x berjaya. pastu dia chck plak deyutan nadi.. di kira dalam 5 second dia lepas.. banyak kali dia wat cam tu.. pastu yang last baru lama sikit... wat aku makin nebess.. dia tanya äwak ada sakit apa2 x selain migrain. aku dengan pantas jawab takde! huhui...gerun!!
cukup pasal doktor.

Sesampai jer aku kat UKM hari jumaat, terus g susun buku. hari pertama konvo aku x penat sangat, sbb just susun buku. bila masuk hari kedua, AHAD sampai SELASA. memang xder rehat la... lepas susun majalah"berlari" plak mendapatkan kawan2 yang bergraduasi.. dengan lautan manusia agak sukar menemui kwan2.. jubah suma sama warna plak tu...~ kejang otot mata melilau mencari. bila rojer kawan2 di sekeliling DECTAR guna Hpon.. call suma FAILED! huhui...
bErpeluh !! agagagga bunga kat tangan masih2 dah "layu".

Waktu anugerah diraja disampaikan aku tgk kat Panggung seni (tgk kat skrin putih) timbul lah 1000 sesalan yang x berkesudahan! kenapa la aku x belajar betul2.. sTop bagi alasan untuk berjaya! (T_T) tersebak & terharu aku tumpang gembira atas kejayaan senior aku Kak AINOL. Tahniah akak!

Apa2 pun masa sahabat2 aku yang 1 batch ngan aku masa masuk UKM dah berlalu. Tinggal la aku.. hala tuju pun aku pun dah x menuntu.. yg rapat, yg ada tatkala susah senang semua dah pergi tinggal aku. lepas ni aku tak akan dengar lagi nasihat & kata2 semangat supaya aku x mudah mengalah & x mudah putus asa. Dah kurang yang akan mendengar cerita aku. ngan sapa lagi aku nak bergelak ketawa.. huhui..

Satu yang aku kena terima, "pemergian" kalian bukanlah bererti berakhirnya perjuangan aku di bumi UKM. Aku kena sedar & bangkit untuk menghabiskan sisa perjuangan w/pun korang xder di sisi. Tapi kowang akan selalu hidup di hati.

nama mereka yang aku hadiri sidang konvo mereka & dpt flower/bear/present:
FSSK: Dik Qim,Kak Da, Fatimah, Aila, Harikrishnan
FST: Ieykha , Kak Moon, Faizul
FEP: Hamzah, Ekin, Laila
FPI: Amir, NikDin,Khalil,Syafiq
FUU: Hazwan

yang lain2 aku sempat jumpa sekejap2 jer.. n wish CONGRATULATIONs!






TAHNIAH!!! SEMUA!!
dah kaya jgn lupa aku!
nak kawin jangan lupa bagi tau

21 September 2011

KOSONG!! grrr~

Assalamualaikum semua..=)

Kebizian melanda, bagai tiada henti. Jarang aku dapat luangkan masa untuk berblogging. Banyak cerita aku nak cerita. Setiap hari ada ja luahan yang aku nak buat. tapi... semua kelaut dek kebizian yang terlampau..

Tapi ! hari ni seyesly! aku memang x tahan. even dah citer ngan owang apa yang aku rasa aku still grrrrrrrrrrrr (geram terlampau). sebelum kata2 amarah aku dihembus, aku nak kalian yang "terbaca"blog aku ni tau. aku bukanlah manusia yaang baik, 100% patuh pada agama.. namun aku sedang berusaha ke arah itu.. aku perlukan kekuatan. yerlah dah bertahun hidup dengan ISLAM yang biasa2.. aku nak juga rasa keMANISAN IMAN.KEMANISAN DALAM BERAMAL kepadaNYA. bila peluang untuk mendalami ilmu agama itu ada, insyaALLAH aku akan cuba untuk x melepaskannya. Haaa... tapi hari ni aku rasa "sakit" gila ! tah kenapa la terdetik rasa geram ngan KULIAH Agama pagi tadi. Hari ini belajar pasal tafsir. Ustaz pagi td memang sinonim ngan isu POLITIK. tak kisah la. Dalam Islam pun ada politik, tapi biarlah kena pada caranya. B4 ni aku boleh tahan lagi. Tp td.. aiii! rasa nak bangun n blah jer dari kuliah tu bila dengar kta2 yang x sepatutnya dari ustaz tu.

HUrmmmmmmmmmm. mengeluh panjang aku. Dalam kejahilan aku ni, aku ada gak berangan nak bersuamikan seorang ustaz or someone yang ada ciri2 alim sikit, maklumlah aku perlukan someone yang leh bimbing aku mencari redhaNYA.

tapi ustaz yang sowang ni dah kEnapa???? melalot jer cakap.. sowi la. kalo aku berbahasa kasar. aku xtahan. napa ustaz ni nak kutuk2 orang lain (ORANG BESAR NEGARA). No body is perfect! napa ustaz semudah ABC nak cakap -ve pasal orang tu. Sampai MUFTI pon ko lanyak! alamak ter "ko"sudah. Sowi. Aku tau, kadang2 memang x dapat dinafikan ada individu tu buat salah bagai. tapi siapa kita nak menghukum. dah la kita x suka, kutuk plak. mana la perginya pahala bagi kuliah tu... hurmmm .. Hanya DIA yang TAHU. Yes! aku pun kadang2 tak setuju ngan sikap orang2 besaq ni , tapi siapa kita. Tak perlulah kita nak hasut atau "menyedarkan" orang lain untuk membenci orang2 besaq itu.. kita patutnya berdoa agar mereka melaksanakan seperti yang sepatutnya dan berpengang teguh pada ISLAM. ucapan kita satu DOA. ustaz pon tau kan.

aku harap sangat, Kuliah pagi tu dapat aku manfaati sebaik mungkin tanpa sebarang rasa yang hanya merugikan aku.. plzz la ustaz. saya BOSAN dengan politik KOSONG ni. Saya nak ilmu. saya bukan nak dengaq ustaz cerita "gebang"pasa orang lain. Ustaz tu Ustza kot, jangan sampai kami yang menjdi anak murid hilang rasa hormat. Aku yang x suka (bukan ustazah) ni pun diam ja bila x suka, x cakap lebih2 pun...

saya doa agar kuliah seterusnya bebas dari politik KOSONG ustaz ni. kepada anda yang terbaca n tak puas hati ngan luahan rasa saya ni, saya menyusun jari 10 mohon maaf. Ini hanya luahan rasa saya. sesungguhnya, saya ini hambaNYA yang serba kekurangan...

SEKIAN adanya.....~~

12 August 2011

DEFINISI CINTA INFINITI


:ASSALAMUALAIKUM:

Post kali ini aku telah mengKOPI paste dari TERFAKTAB
tangkap lentok+leleh jap.

Untuk bakal zauj.....
(hiasan semata-mata)
ingat lagi malam itu?

malam yang tak sejuk, tak juga panas
kita berbual seperti lazimnya
berbual perkara biasa-biasa
awak kata awak sayang saya
awak lamar saya
saya tatap mata awak, mencari-cari ketulusan dari bait-bait yang buat jantung saya berdegup laju-laju
dengan muka separa sengal, saya tanya awak
awak main-main ke, betul-betul
awak bilang, sungguh awak nak memperisterikan saya
saya senyum
saya malu
saya rasa muka saya dah merah
tapi kulit saya tak putih
nampak ke muka saya merah?
tapi saya tetap rasa muka saya merah

ermm.. oh dan atas lamaran itu
saya setuju

awak tahu?
dari hari saya setuju menjadi isteri
saya tak mahu toleh ke belakang lagi
saya mahu terus berjalan ke hadapan seiringan dengan awak
saya simpan semua kenangan saya yang dulu-dulu
saya kunci ketat-ketat dalam satu peti
sejak itu saya tak pernah mahu buka lagi
yang saya tahu, saya cuma ada awak

awak tahu?
saya manusia yang jauh dari sempurna
saya manusia yang banyak cacat dan cela
saya harap awak dapat terima saya apa adanya
sebab saya bukan siapa-siapa
tidak lah lawa mana
harta pun tak ada

awak tahu?
saya perempuan manja
terkadang mengada-ngada
adakala tidak cukup matang menilai sesuatu perkara
saya juga cuma ada sekeping hati yang pernah rabak
tapi saya dah jahit semula
hati saya juga terlalu mudah diperonyok
macam label kat kotak warna coklat
"fragile, handle with care"
konon je saya ni macam kaklong kawasan
muka eksen
sembang kencang
orang yang dengar jadi bimbang
hakikatnya saya sangat murah dengan air mata
jadi, saya harap nanti kalau saya menangis
awak akan genggam jemari saya
kesatkan air mata saya
kucup dahi saya
dakap saya, belai rambut saya

saya harap, kasih sayang awak kepada saya berpanjangan sampai kita sama-sama tua
sampai kita mati nanti

awak tahu
sedikit demi sedikit saya belajar tentang awak
sebab sebelum ini awak asing dalam hidup saya
jadi saya perlu masa untuk kenal awak dengan lebih dalam
untuk memahami awak
mengerti awak
membaca isi hati awak

jadi, kalau ada khilaf saya
maafkan saya
bimbing saya

dan kalau benar saya ini pemilik tulang rusuk kiri awak
saya nak awak tahu
saya ini sifatnya keras dan bengkok
jadi, lentur saya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang
saya juga yakin
awak mampu bimbing saya ke jalanNya
mampu menjadi nakhoda, mengepalai rumah tangga yang terbina di atas akad

awak..
awak pernah tanya saya
saya happy ke dengan awak
jujurnya, saya happy
saya bahagia
tapi saya tahu
kita tak akan mampu untuk ketawa hari-hari
adakala, mungkin perlakuan saya boleh membuatkan hati awak sakit
dan adakala, mungkin perlakuan awak boleh membuatkan hati saya sakit
tapi, kita mesti sama-sama kuat
sama-sama tahu beralah
sama-sama simpan kuku ego
sama-sama toleransi dan bertolak ansur
paling penting, sama-sama kena sabar

seperti kata-kata ini,

"No relationship is all sunshine...but two people can share one umbrella if they huddle real close"~twitter

awak..


saya ada banyak lagi nak tulis
tapi...
aaa.. kejap
saya rasa kan
saya dah penat tulis panjang-panjang
lain kali saya sambung
tata

== SEKIAN DULU==

SELAMAT BERSAHUR

08 August 2011

Hal


Assalamualaikum.
Alhamdulillah esok insyaALLAH melangkah masuk ke RAMADHAN yang ke 9. Moga kita semua terus mendapat keberkatan olehNYA.. amin.

Ada satu hal yang bermain di benak fikiran aku hampir 8 bulan. Hal yang membawa aku merasa satu rasa. Rasa apa? Mungkinkah telah tiba masanya? Sungguh aku x tau, tak pasti. Apa yang aku tahu, apa yang aku pasti.. rasa itu membayangi seseorang. siapa seseorang itu. sekali lagi aku x pasti. kalo ikut kata hati memang "dia" orangnya. kalo ikut takdir ILAHI jawapannya aku tak pasti.

Dalam keyakinan memuncak untuk aku cuba berterus terang untuk kali pertama & terakhirnya, sering ketakutan itu tampil ke hadapan, menyentap terus keyakinan yang aku pupuk sekian lama. Hela panjang yang aku lakukan.. Sedar akan kelemahan diri sepantas kilat bibir mengucapk Astaghfirullahalazim

Saat ini aku hanya biar masa menentutkan segalanya. Ya! aku yakinn! aku akan berterus terang satu saat nanti, biarpun ianya sudah lambat ataupun terlalu lambat. "Aku puas" & aku terima segalanya dengan penuh redha...=)

:dah lama x guna adobe photoshop:


future

07 August 2011

tolong aku YA ALLAH


[gambar di atas: di GENTING HIGHLAND, penghargaan oleh biro keusahawanan kolej Tun Hussein Onn, UKM kepada ahli2nya. Masa ni first year & first tyme jugak jejak kaki ke GH. Sungguh aku tergamam,kelu lidah tak terkala, sambil dalam hati wat countdown 13 second di atas puncak SPACE SHOT untuk dilepaskan balik ke "BUMI". Hanya DIA yang tahu saat itu apa yang terdetik di hati kecil ini. ALLAHU AKBAR!

Tarbiyahkan diri,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.

Bagaimana ya Allah,
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.

Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.

Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis.

p/s:: dari ILUVISLAM. tapi setiap bait berkaitan perihal aku.

"Dan barang siapa yang mengejar kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada ALLAH, nescaya dia mendapati ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah An- Nisa ayat 110)


pintu taubat itu masih terbuka
jangan hanya menunggu .......


31 July 2011

Menangis lagi


:Assalamualaikum:

Actually x der benda sangat pun nak post, cuma tatkala terdengar lagu Fina Af, yang bertajuk Menangis Lagi... aku cam terkesan sikit. Bait-bait lagu tu meningatkan aku pada seseorang... hurmmm....~ so aku sudah tukaq sikit lirik lagu tu menjadi bait cerita aku.. agagagagaga~

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan terabai
Diriku akan kau bimbing

Pernah ku sangka
Inilah persahabatan yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap sahabat yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
"Kejam" dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamulah punca segala
Pesahabatan rkita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lupa kata tak terkota
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamulah punca segala
Persahabatan kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan persahabatan luar biasa
Habis kau ragut semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Persahabatan suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi



p/s:: Bagi aku satu perhubungan yang terjalin atas dasar persahabatan x akan terputus melainkan bercerainya jasad dari badan. Seburuk, seteruk mana seorang sahabat kepada aku di mata insan lain, dia tetap tetap teman aku, teman selamanya. Sekali dia menjadi kawan aku, selamanya tetap kawan aku. Walaupun satu saat nanti sahabat itu bakal membenci, mencemuh aku. Aku sangat sayang & pentingkan ukhwah antara sahabat. Tak kisah la siapa sahabat aku tu, laki, or perempuan bagi aku kalian adalah anugerah & rahmat YANG ESA untuk aku.
Aku x nak, tak merelakan andai persahabatan aku DIPERKOTAK KATIKKAN, DIPOLITIK!! enough !! politic is politic.
tapi andai sebaliknya yang kalian utamakan, up to you..
if kerana politik, persahabatan ini dipersenda,.. sungguh aku x RELA.
aku hanya rela & redha untuk kalian melupakan, membuang aku jauh dari hidup kalian...
untuk aku melakukan perkara tersebut adalah MUSTAHIL...

Moga Ramadhan yang datang bakal mengembalikan kemanisan ukhwah itu kepada aku semula. Sesungguhnya, bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat & keberkatan YANG ESA.

.harap mengerti.


24 July 2011

Bukalah Mata

Assalamualaikum...
24/7/2011,Ahad - aku just dok umah memghabiskan masa2 yang tinggal sebelum esok. Maka keputusan diambil untuk spend sedikit masa mencoret sekarangan dua tentang apa yang dirasa mengenai hari -hari sebelum hari ini dan masa hadapan.

Sedarkah kita, bahawa HARI AKHIRAT itu semakin hampir? Jika sedar, apa yang telah kita lakukan bagi mempersiapkan diri. Aku mengaku sungguh aku takut untuk melalui "hari" itu. Namun aku tetap percaya akan tiba HARI itu. Apabila diimbas segala kesalahan & kekurangan diri ini tak sanggup rasanya untuk berhadapan denganNYA, sungguh aku hina. Di "perhimpunan" itu kelak satu persatu akan diadili, yang berbuat amal makruf nahi mungkar, beruntunglah dia.. SYURGA ALLAh sedia menanti... tapi yang sebaliknya... berlapang dadalah menerima NERAKA ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL & MAHA BERKUASA.

Sekadar muhasabah diri. Adakalanya, tatkala kita sibuk dengan aktiviti harian, jarang2 kita mengingatiNYA, apa yang kita ingat, "nak siapkan keja", ingat tyme rehat, & cam2 lagi la.... semua duniawi punya cerita. Jarang hati ini untuk mengucapkan "Astaghfirullah Hal'Azim"..kesal akan kejahilan diri. Dalam merasa kejahilan diri, terdetik hati untuk menjadi hambaNYA yang patuh & teguh dengan agamaNYA, adalagi antara mereka, bermegah dengan harta dunia yang bukan hak milik kekal, kata yang keluar hanya menambahkan lagi keangkuhan diri mereka, betapa hebatnya mereka. Bila ada yang cuba menundukkan keangkuhan dengan cara selembut,semulus mungkin, mungkin kata2 ini yang dibalas " this is my life, so don't busy body, you not anyone ". Sungguh! aku bimbang ! aku takut! risau! Bangkitlah wahai umat MUHAMMAD.. kita bangkit bersama2.. kita laksanakan perintahNYA sebaik mungkin...duniawi bukanlah kekal selamanya....AKHIRAT sana destinasi kekal kita...~


Kalau dulu aku punya "mereka2" selalu yang menemani, mengingati aku akan perintah ALLAH, bimbing aku, tunjukkan aku menuju kearahNYA... tapi kini, aku sendiri! YA! I'm ALOne! takpe! aku perlu ingatkan diri sendiri! ALLAH sentiasa bersama aku. Aku cuma perlu kuat. Walau mereka lepaskan aku terkapai2 ... aku terima.. ni takdir & kisah hidup aku. Mereka x selamanya akan bersama aku, kerana mereka ada kehidupan masing2. Cuma ada kalanya aku teringat janji2 dulu...hmmmm~ aku perlu faham, bukan aku semata yang perlukan mereka,............~

Moga aku & kalian semua terus ditetapkan hati, ditinggkatkan IMAN & sentiasa dalam rahmat YANG ESA..

"Sekadar hiasaan, mencari pembimbing CINTA ILAHI"