09 February 2010

Antara ENGKAU & AKU~


www.iLuvislam.com

::Assalamualaikum::
entry ini diCopY adalah kerana
ianya mengambarkan aku ketika dan saat ini...


Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

01 February 2010

aku hanya......~


Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Malakukan kebaikan supaya
Orang lain dapat manfaat..

Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..

Kini ku lemah
Namun tak pula aku ingin lemah untuk selama-lamanya..
Aku berharap aku kan kuat..
Dan aku mohon sangat-sangat..
Biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..

Dengan itu aku berusaha..
Dan Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..
Redhailah aku..

30 January 2010

Duhai sahabat~




Duhai sahabat,
Aku adalah orang yang dulu dekat denganmu
Aku adalah orang yang dulu pernah bersamamu
Aku adalah orang yang kini mungkin kau tak ingat

Duhai sahabat,
Dulu kau berjanji tuk setia padaku
Dulu kau berjanji tuk tetap seia-sekata, apapun yang terjadi
Dulu kau berjanji tuk takkan tinggalkan aku

Tapi mengapa,
Hanya kerana sesuatu kau jadi lupa
Hanya kerana sesuatu kau jadi menjauh
Hanya kerana sesuatu kau jadi hilang

Tak tahu,
Ke mana harus ku cari saat dulu
Nasihat, kata-kata, gurauanmu
kini air mata menjadi peneman dan pengubat rindu
bila dirimu datang menerjah mimpi

Semoga,
Kau bahagia
Kini,
Ku terpuruk disini
Mengenang masa-masa kita bersama

Sambil ku berharap,
Adakah kita masih dapat bersama~

26 January 2010

provok??????



::assalamualakum::
salam provokasi...motiff???

wah2!!! beStnya..
sedapnya rasa bila mulut kita mampu dan GAH untuk bersuara!
kini mahasiswa punya suara yang lantang.. tapi perlu ada hadnya....

saya yang BERNAMA SITI NUR HANA YAHAYA tahu apa yang saya buat, saya tahu apa yang saya lakukan...
jangan la nak provok2 segala bagai kat saya
henti2kan la..
dan penat dah sebenaqnya ngan benda2 cam ni..
cuma kadang kala terasa sakit jugak la di hati....
bila provokasi bukan pada diri.. tapi tempiasnya tetap dimiliki
tapi kejadian tadi, bukan satu provokasi
tapi situasi yang memakan diri kamu sendiri
jangan nak berlagak, jangan nak kata yang kamu jujur, jangan cuba beritahu saya yang kamu tidak pernah melakukannya!
sudahlah...
saya bukan tak boleh terima teguran, kalo saya silap saya terima...im very open person..
but , plz watch out with ur words!!
jangan tuduh, jangan serkap jarang, jangan kata apa-apa bila mana kamu tak pasti dan tak tahu apa-apa..
TENGOK DAN DIAM!
saya tahu kamu!! dan saya tahu sapa saya!!
kadang-kadang hidup ni perlukan sesuatu yg extream, mencabar..
salahkan aku untuk itu!!!
saya pun nak jugak rasa apa yang kamu rasa...
salahkan..
dalam dunia ni xder apa dan sapa yang sempurna melainkan DIA yang ESA.. rasa nya kamu lebih arif soal tu...
kalo kamu rasa x puas hati dengan saya...
ikut kamu la
saya x boleh buat apa2
hak kamu kan?
mahasiswa?
ada saya kisah???

aku pun x tau kenapa aku patut rasa marah+sakit ati+sedikit emo...
just relex k!
tp honest aku cakap aku x menikam sapa2 n apa2!
aku marah sebab dia.....................................
x pa lah...
seorang sahabat penah nasihatkan ..
dugaan tu..
kena tahan!

dalam situasi tadi,
ada seorang jer yang tau perkara sebenaq

sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL
what u give u get back!!
kamu masih mampu mengukir senyuman..
bila mana perkara yang kamu argue dengan saya tadi...
puP!!
terkena atas batang hidung sendiri...
dimana kebenaran kata- kata kamu tadi!!
aku pun hanya mampu tersenyum.. tersenyum bangga..
w/pun tu perkara besa..
tapi aku tetap bangga!
lantak la orang nak kata apa!

lain kali jgn pernah "cuit" aku kalo x bertempat....

saya tau kamu lebih berusia dari saya...
maaf atas ketelanjuran berkata...
lumrah hidup perempuan...
sedkit beremosi!
huhuhi~

kata saya untuk kamu:: bila bercakap tgk situasi, kata mahasiswa, kata hebat...
so matangkan sikit.. jangan sampai saya terungkit perkara yang x perlu dibangkit..

sekali lagi ampun dipohon...
kalo saya ada tersilap kata, maafkan saya
nasihat la saya sebagai seorang adik dan sahabat..
bukan sebagi musuh~


BERUBAHLAH UNTUK MENCARI KESEMPURNAAN WALAUPUN PADA HAKIKATNYA SUKAR~


25 January 2010

suara aku~


alhamdulillah...
doa dipanjat tanda SyukUr kepadaNYA yang telah memudahkan perjalanan hidupKu hari ini..
walaupun kesihatan terjejas namun kugagahi demi SATU PERJUANGAN~
walaupun ada mata yang memandang aku dengan pelbagai cara, pelbaga tafsiran dan andaian.. ku biar pandangan itu
kerna adakala aku x mampu untuk puaskan semua!
aku tau apa yang aku sedang laksana dan lakukan
aku punya cara aku!
biarkan aku dengan cara aku
jGn kamu mencampuri urusanku
bukan maksud bangga diri...
tapi ini realiti kehidupan aku! bukan kamu!
andai kamu terguris dengan aku...
maafkan aku...~~

hanya aku dan DIA yang tahu
yang lain hanya pandai mengata itu dan ini tanpa mengetahui apa-apa
hanya mengingati DIA aku kembali tenang..
tasbih dijari terus digerak tika MENGHADAPNYA~
adakalanya aku jadi takut,risau
perasaan ragu mula mengambil tempat dihati
tp kubiarkan pergi...
kerna aku perlu lebih YAkin!!
mARA kehadapan!!
unTuk SATU TUJUAn, SATU haSRAT
SATU PERJUANGAN!!!
AGAMA, bangsa,negara akan terus dibela
wahai dunia...
sedarlah
bahawa
MUJAHIDAH ini
telah bangkIt...
dari satu SEmanGAt!!
xakan GENTAR
Xakan Sekali BERunduR
untuk saTu keadilaN
untuk satu KEbenaran
untuk SATU KETULUSAN~

insyaallah.... semuanya akan selesai...
berikan 1 kepercayaan
akan keperjuangkan
segala apa yang dituntut

andai ini semua tidak kesampaian...... katalah apa saja~
aku terima....~

tapi Xsemudah ABC untuk aku mengalah~
just wait n see~

KINI MUJAHIDAH NUR HANA BANGKIT BERBAKTI
untuk sesuatu yang
HAKIKI~

calon anda~




::assalamualaikum::
salam ukhwah
salam 1 malaysia

SITI NUR HANA BINTI YAHAYA
CALON FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
KERUSI TAHUN 1&2

CALON ANDA NO 2..

16 January 2010

cukuplah DIA

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.....


buatmu lelaki~



Buatmu lelaki,
Yang satu masa nanti bakal aku cintai,
Maafkan aku seandai cintaku untukmu,
Tidak sebesar yang kau harapkan,
Tidak sehebat yang kau impikan.

Kerana duhai lelaki yang bakal miliki diriku,
Mungkin cintaku takkan pernah sepenuhnya buatmu,
Cintaku mungkin takkan pernah buatku gila,
Menangisimu bila rindu berjauhan
Masih mahukah kau memilikiku?

Duhai lelaki yang bakal kucintai,
Lelaki yang bergelar suamiku kelak,
Kerana segalanya tentang diriku,
Sudah dimiliki terlebih dahulu oleh-Nya,
Hanya Dialah 'Cinta sejati'.

Kerana Cinta sejati itulah kau & aku bernafas,
Kerana Dia Yang telah menciptakan aku,
Lalu dengan kehendak-Nya aku bertemu denganmu pasangan hidupku,
Dia yang tumbuhkan cinta dihati kecil kita,
Maka Dilah yang lebih layak untuk dicinta sepenuhnya.

Namun lelaki yang bakal bergelar suamiku,
Usah gelisah mendengarkan sebuah pengakuan ini,
Kerana di dunia ini, cinta dihati ini hanya milik seorang adam,
Tidak akan ada duanya adam yang akan memilikinya,
Dan satu-satunya adam pemilik cintaku itu dikaulah orangnya,

Jadi duhai lelaki yang bakal kucintai,
Maafkanlah seandai ini kekurangan dimatamu,
Derhakakah aku sebagai seorang isteri nanti,
Jika aku mendahulukan cinta kepada-Nya?
Kuharap kau akan mengerti.

siapa adam pemilik cintaku itu, cuma Allah yang tahu kerana aku sendiri tidak tahu siapa.
sesungguhnya,
::DIA MAHA MENGETAHUI::

07 January 2010

SOLAT DI HUJUNG WAKTU~




::ASSALAMUALAIKUM::
Apa yang aku nak post kali dah lama tertulis dalam sebuah buku milik aku sepenuhnya masa kat KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)...
perkara yang bakal aku kongsikan ni... bukan la dari aku wlpun tertulis dalam buku aku.. tak silap aku, aku salin balik ja dari memo yang rumet aku dapat... So.... aku ingin berkongsi... moga2 sahabat2 kalian mendapat sesuatu dari perkongsian ini... jika aku tersilap... atau memo yang aku salin balik 2 ada kekurangan... jgn malu jgn segan,tegur2 la... *******************************************************************************

Rupa-rupanya ada cerita disebalik kita yang lewatkan solat. Kalau puasa, amalan kita terus kepada ALLAH S.W.T.
Tapi kalau solat ada "POSMEN" yang tolong hantarkan....


Jika kita solat dihujung waktu, kita xperlu bayaq tOl,
tapi sekatannya dilangit pertama,

MasyaALLAH.....

Posmen kita merayu-rayu pada penjaga langit pertama supaya memberi laluan kepada meraka untuk menghantar solat kita.

Tapi tidak dihiraukan.

Malah dicampaknya solat kita kebumi lalu jatuh berderai.........

pengajaran yang ingin disampaikan:: Solat dihujung waktu samalah dengan TiDak sembahyang....
**********************************************************************************



*SEKADAR PERKONGSIAN SEMATA-MATA*
MUNGKIN PENILAIAN KITA BERBEZA
ADA YG BERSETUJU & SEBALIKNYA

terserah anda.....





RENUNG-RENUNGKAN
DAN
SELAMAT BERAMAL

05 January 2010

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR~





Align Center


alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan keizinanNya Kursus Calon MPP selesai dengan selamat... Syabas diUcapkan kepada semua... terima kasih kepada penganjur~ kursus mpp ni banyak in door dari out door... apa2 tetap ok! banyak maklumat & informasi terkini yang aku dapat.... tp suara aku agak tersekat untuk bersuara dlm kursus ni... aku x tau kenapa n mengapa... ada hikmah suma ni~ kat sini aku nak kongsi beberapa patah perkataan yg berjaya mencuri perhatian aku tyme kursus tu antaranya::

CULTURE FITNAH....dr nc POLITIK KAMPUS= DARAH MUDA REMAJA..dr yg berbahgia Prof Datuk Dr. Shamsul Amri PEMIMPIN BERJAYA N PEMIMPIN BERKESAN??... akan aku komen kat bwh.. teruskan bcaan... PEMIMPIN N LEADER BERBEZA.. ...PATUT MEMPERKASAKAN.... ANAK MUDA MUDAH TERPENGARUH, ROBOTIK, MATERIALISTIK UKM= LAHIR DARI ASPIRASI RAKYAT POLITIK=CARI MAKAN??? SISTEM PENTADBIRAN+CARMPUR TANGAN ORANG LUAR DEMONSTRASI=GIMIK POLITIK MAHASISWA BERSIFAT TEMPORARY... EGO= ETHIC GRIVANCES ORGANIZATION ASPIRASI RAKYAT... akan diperjelaskan .. NI BUKAN PARLIMEN.. ... LAGI BANYAK KEKANGAN , LAGI BEST PERJUANGAN.. ..NAK BEBASKAN KEKANGAN... ..KITA X BOLEH BAND THE RULES,.. BERGERAK,SEGERAK,SETEGAK
HIBURAN
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pekara pertama yang nak aku komen::
PEMIMPIN BERJAYA& PEMIMPIN BERKESAN~
first , sapa kita nak judge cam tu bila mana kita belum berada didalam portfolio tersebut..
memang as rakyat, kita boleh nilai pemimpin kita cam na...
cara dia bekerja
cara dia wat keputusan
dan lain2...

jadi pemimpin bukan satu perkara yang mudah
amanah+tangungjawab yg dipikul sangat besar...

kIta...
generasi hari ini merupakan pemimpin hari esok
perlu lebih Rasional+fleksible dalam mengeluarkan kata2/hujah2
mememang betul kita punya hak untuk bersuara...
tapi perlu peka terhadap keadaan sekeliling...
kadang2 kita bercakap+berhujah untuk sakitkan hati pihak lain atau pesaing dalam perjuangan kita,
apa yg kita dapat...
bg aku pendekatan cam ni kurang berhasil....

pengklasifikasian antara pemimpin berjaya dan pemimpin berkesan
x perlu dilakukan..
aku faham motif sebenar saudari yang bertanya tyme kursus tu....

bukan x boleh buat pengklasifikasian...
cuma bg aku kurang tepat...
menunjukan ketidakmatangan....

sepatutnya PEMIMPIN, perlu ada kedua-dua sifat
BERJAYA..
BERKESAN dlm segala tindakan....
dia perlu tau tu....
PEMIMPIN yang bErkesan mampU menghasilkan sebuah kepimpinan yang berjaya!!
BERJAYA& BERKESAN x perlu dipisahkan!
bila ada muslihat dalam soalan,
soalan nampak x jujur,
nampak kegoyahan dalam teori yang ingin dikemukakan
teori dia x berjaya menarik hati aku...
maaf!
mungkin lain orng lain pandangan


memang x slh statment saudari tu...
sapa la aku untuk wat penilaian
tp aku berhak untuk bersuara n nyatakan pandangan
bg aku dia perlu melihat@meletakkan diri dalam situasi sebenar PEMIMPIN...
sebagai pemimpin, perlu memiliki sikap yg teliti dan melihat organisasi+permasalahan secara KONSEPTUAL.. secara menyeluruh
bukan dari satu sudut...

cukup sekadar itu~
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

perkara ke2 yang aku nak komen::
bila terlalu banyak menghentam....
orang dah lali...

xder orang nak amek tau lagi...

lantak la korang nak cakap apa pun....
pasni x da orang nak peduli dah dah jadi biasa sangat!!
adat pembangkang ..
aku pun suka jadi pembangkang aku memang dilahirkan untuk membangkang... dalam perbahasan aku suka side pembangkang!
tp bukan soal aku yang ingin aku perkatakan...
soal KAMU~

PEmbangkang memang diperlukan!
tanpa pembangkang pentadbiran akan jadi SS...
tapi nak membangkang pun ada cara....

betul atau salah tolak tepi....
yg penting..

kena cara apa yang aku katakan untuk kebaikan bersama....
bila asyik hentam....
korang lupa sesuatu yang amat penting!

SOLUTION!
hentam tanpa solution,
kemana langkah kamu...

korang akan terus x dipandang w/pun selantang mana suara korang...
buktikan pada dunia... kamu pembangkang yg bermaruah!!
kamu punya solution!
kamu punya vision!
pasak perjuangan kamu dah kukuh bila
ISLAM kamu perjuangkan!
tp seperti yang aku katakan tadi...
without solution (penyelesaian yg sebenar-benar penyelesain)
perjuangan jadi
nothing...
so.. amek la apa yg boleh amek dr apa yg aku cakap ni.......

maaf atas ketelanjuran berkata~
sekadar luahan rasa.....

aku punya matlamat sendiri

matlamat aku bukan diri aku
tp PerJuangan yG sejati..
sementara menunggu mati....
hidup kembali diakhirat nanti~


~wasalam~