16 December 2012

Oh My Skin!

::Assalamualaikum w.b.t::

Alhamdulillah, atas kesempatan yang diberi untuk terus bernafas di bumi ini. Hari ini CUTI! sekadar lepak di rumah. Aktiviti hari ini
1. Kemas bilik+sapu satu rumah. 
2.Basuh baju yang memenuhi baldi. 
3.turun carik makan. 
4.Marathon movie.
5.Facebook
6. Blogging

Perkongsian cerita hari ni.. (kenapa la bahasa aku hari ni sungguh membosankan). Aku ada satu masalah berkaitan kulit. Untuk makluman, kulit aku cukup sensitif. Apa yang paling aku sensitif adalah objek "BESI" seperti kerongsang, jam tangan rantai, ataupun rantai tangan yang ada besi2. Aku akan mengalami kegatalan yang terlampau.. naik biji2 merah, and terasa nak garu laju2... kalo x kawal boleh berdarah.  Waktu aku zaman muda2 dulu era 1990-an, first time aku pakai jam rantai (jam tangan yg besi tu).. n aku mengalami kegatalan. Abg aku cakap, biji2 yang naik tu adalah KAYAP!!! Abg aku ckp, kayap ni kalo dah keliling pergelangan tangan aku, boleh putus tangan , x pun mati! dia buat aku cuak! terus aku g tanya mak aku. giler membonggak abg aku. menipu jer!!! lepas dari insiden tu aku dah tak pakai jam berantai. Kerongsang pun sama. kalo pakai tudung aku rasa gatal sangat kat leher. 

Simtom2 tu yang menyedarkan aku bahawa kulit aku ni "mahal". TAk boleh pakai benda yang sebarangan atau yang "murah". Aku bukan nak kerek or sewaktu dgnnya. memang kulit aku tak tahan. 

Tapi bila umo aku mencecah 20 an aku dah kulit aku dah kurang sensitif pada kerongsang. kalo x jenuh la aku. xkan nak pakai kerongsang emas kot kan..! Cuma kadang2 jer rasa gatal tu kembali. tapi jam & gelang memang x boleh yang murah langsung. Walaupun jam or gelang tu cantik di mata aku.


** tapi sekarang ni aku pakai jam tangan rantai..lebih kurang 7  tahun jam ni aku pakai tp x gatal sbb ada brand!! hahah.. ni abg aku bg**casio jer pun**


Along aku pulak, sejak 2 menjak ni rajin betul belikan gelang2 gadis ni tuk adik pompuan dia ni, hmmm.. aku amek n simpan jer, pakai sekali sekala jer.. tu pun kalo nak kuaq ngan dia.. kalo x. jgn harap la. susah!

Rentetan daripada masalah kulit sensitif ni, Aku turut  mengalami masalah untuk berjimat! Seriously, aku tak dapat nak berjimat kalo brg2 yang aku kena beli semuanya boleh dikatakan mahal. kalo ak ada pilihan nak beli Sabun basuh yang berharga RM3 & RM8, walaupun fungsi kedua-duanya sama iaitu sebagai agen pembersih aku tetap kena beli RM 8 sbb tangan aku alah pada sabun yang murah. sabun tu terlalu TAJAM untuk jari aku. Sungguh aku berduka cita! Kesan bila aku pilih sabun murah, kulit jari akan mengelupas sendiri, sedikit membengkak. lepas tu mula la pedih dan sukar tuk aku makan nasik ngan tangan. 


Waktu zaman matrik lagi member2 aku suh aku belajaq jimat beli benda2 murah jer... sbb diorang kata xder beza pun.. fungsi barang aku nak beli sama jer. But the problem is bukan aku ni jenis belagak nak beli benda mahal, memang aku x boleh. huhui... bila aku beli jugak barang murah, mula la menyesal dikemudian hari...


** itu sahaja kisah kulit sensitif ni** kepada sapa yang rasa entry aku hari tah apa2 aku mohon maaf!** 

Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.

Selamat berhari ISNIN esok!!


.Wasalam.


08 December 2012

Taman DURIAN!

                                                              : Assalamualaikum w.b.t:

Alhamdulillah, peluang untuk melihat dunia masih menjadi milik aku dan kalian. Moga esok masih ada untuk kita.

Hari ini cuti!!! do not know what to do. dok umah je. Kerja2 rumah suma dah di settlekan. Cuma tunggu masa untuk sidai baju coz masih dalam rendaman downy.

Hari semalam, ada taman durian dalam hati.. hahhaha.. untung la tempat kerja sediakan cermin. konsep cermin yang boleh patulkan *objek* ni sangat osem! hahah (sekali lg).

Kadang2 bila kita tunggu2 untuk melihat apa yang kita ingin lihat, memang xkan nampak. tp bila mana kita tak beiya nak lihat,  tanpa diduga kita akan nampak! This is what we call TAKDIR. DIA tahu bila masa yg sesuai..=)) .

Tapi ni la masalah aku.. sokmo in silent mode bilamana peluang ada di situ. So, aku asa advice yang terbaik tuk diri aku, biar masa menentukan, biar takdir yang berbicara. Aku cuma berlu sabar & jalani hidup seperti biasa.


**izinkan saya berjiwa Jiwang jap***lalalala***

Yang aku mushkil, hmmm... ada la bebarapa perkara. tp lagu tema semalam memang lagu Hazama  la.... agagagagagaga..



Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu (no komen)
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

** lagu ni tajuknya Aku Mau Dia.. OST tok APe Celop Toqq (x tgk pun citer ni) tapi tagline citer ni  Bila Cinta Di Atas Jalan Tar**


**p/s: cerita ni hanya aku,M(bkn nama sebenar)&DIA yang tahu.


.WASALAM.

05 December 2012

Jodoh sampai Jannah!



: Assalamualaikum  W.b.t:

Alhamdulillah, pada saat ini masih bernafas, masih dapat melihat dunia. Syukur atas nikmat & peluang yang masih diberi ini. ALHAMDULILLAH. Hampir 10 bulan blog ini dibiar kesepian, ke"seorangan". Dah pelbagai perkara dalam tempoh 10 bulan ni aku tempuhi, cumanya x sempat untuk aku bercerita & bermadah pujangga dalam diari maya aku ini. Bila manusia mula x faham apa yg aku rasa, apa yang aku  cuba sampaikan,persoalan yang aku ingin utarakan, maka di sinilah medium untuk aku melempiaskan rasa. Sesungguhnya ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI & MEMAHAMI (tidak pernah aku nafikan!).

Bila menjelangnya bulan Disember, sah2 tgh cuti sekolah, maka banyaklah walimatulurus yang diterima. Almaklumlah, bila aku dah pun abis pelajar, makanya suatu kenyataan yang pasti, umo dah semakin mengenjak "senja". Ramailah sahabat2 mengutuskan kad2 jemputan & tak kurang mengistiharkan hari bahgia di laman sosial. Selain yang membina masjid, Ada juga terlihat gambar2 "cantek&bahgia"si gadis dan dengan pantas status di FB bertukar dari  ïn relationship > engaged to...... Alhamdulillah. Andai itu takdirnya jodohnya. Moga berkekalan,

Kalo dulu aku selalu persoalan " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"dan begitulah sebaliknya. Itu janji ALLAH. Aku bukan persoalkan ketentuan yang telah tetakdir. aku cuma perlukan penjelasan. Dan aku telah mendapat penjelasan yang baik dari seorang sahabat@akhi..

Jauh di sudut hati aku untuk meletakkan kriteria itu dan ini untuk soal jodoh aku.. **gitue... bila aku mula bercakap soal jodoh... ** . YEs! i admit! yg aku ingin sekali melangkah ke arah & menjadi muslimah seperti yang sepatutnya. Wanita yang beragama ISLAM. bukan sekadar wanita islam dalam  IC atau islamnya aku kerana keterununan. Sesungguhnya IMAN & ISLAM itu bukan suatu yang di warisi.

Saat aku terima satu perkabaran dari seseorang, aku  terus rasa LOST! aku susah nak gambarkan perasaan saat dan ketika itu, yg aku tau aku tanpa sedar dah zapp!  cam ni (T_T).  Aku x der la terkesan dgn apa yang dibakal buat. Dah lama tunggu untuk melihat apa yang bakal di lalui tak lama lagi. Cuma aku, terkilan dan agak terkesan, sbb insan yang baik yang aku kenal ni terlupa janji! owh! seseungguhnya aku sangat ingat janji. Aku x boleh  kalo org yang berjanji bagai nak rak, berhujah soal agama (alhamdulillah bertambah ilmu aku) tetiba x tunaikan janji. Sedapkan ati, mungkin bukan sekarang.. masa depan! tapi cam mustahil jer bagii aku sbb x lama lagi segalanya akan berubah. *sikap+batas+perasaan* semua kena jaga lepas ni. dapatkah??? itu yg aku cuma persoalan? tapi andai sudah tertulis Janji Tinggal Janji maka aku akan belajar untuk terima takdir & akur.. =)

Tapi salahkan aku manusia biasa, serba kekurangan ini  untuk mengidamkan *gitu bahasanya*  someone can guide me.  Someone yang dont mind tuk tunjuk+ajar+dekatkan saya denganNYA dengan penuh rsa ikhlas. Satu perkara yang saya patut akui saya tak kuat bila saya soarang untuk lawan bisikan Setan Laknatullah ni. Bukan saya x penah. Tah berapa kali graf keimaman ni naik turun. saya x suka nak bercanda dalam soal dosa pahala..

*sekadar hiasan =)*

Bilamana telah disepakati dalam kalangan mereka yang bergiat dalam dakwah menyebarkan agama ALLAH yg syumul ini, bila bercakap soal jodoh, mereka senang untuk berkata.. kalo boleh biarlah ikhwat dengan akhwat , begitulah bunyinya (x semua begitu mungkin dalm 97% begitu). maka tiada harapan perlu diletakkan pada golongon ini.  sedangkan aku punya hasrat. *berusahalah kearah kebaikan.. kalo nak yang baik  (mungkin ini kata2 yang bakal aku dgq if aku suarakan)* ... andai kalian faham...

** saya mungkin tak faham cara hidup seoarang pendawah
** saya boleh faham tugas & tanggungjawab future husband saya. (x kira siapa pun dia)



As long as Aku ada ALLAH, DIA peduli hal aku, DIA dgq doa aku even x makbulkan (mungkin belum masanya) ataupun apa yang aku pohon itu, tak sehebat yang telah dia rancangkan... i will be OK. As long Mak Abah, Abg2 aku di sisi susah senang. Aku akan ok...=)  kawan2,rakan2,teman2, sahabat2 semua ada di sisi aku... Thank you always here by myside..=)


p/s: mungkin lepas ni bila datangnya soal jodoh @ jodoh itu main topik perbincangan makanya.. diam itu lebih baik utk aku. =)



-shbt berpesan doa x cukup kalo x der usaha...
-shbt jugak ckp x salah kalo perempuan yang mulakan dulu...

***tapi persolannya BAGAIMANA kalo situasinya seperti diatas***  

** berserah+akur**


**wasalam**