29 March 2011

Contest: Gambar Paling Sengal By Jamban Comel

Assalamualaikum..

Hi, untuk pengetahuan semua ini bukan kali pertama aku di tag utuk menyertai pertandingan kat blog ni & untuk pengetahuan semua, ni kali pertama aku say YES tuk joiN... aku telah di tag oleh saudara B@W/Leman.... agagaga...

maka dengan ini aku umumkan aku telah join contest ni yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur yang bernama jamban comel . Terimalah penyertaanku ini.




antara syarat2 harus untuk join contest: maka anda perlu memiliki sebuah BLOG sndiri, gambar mesti bersifat sengal & tebuka kepada sesapa yg minat~


Selepas 1 demi 1 gambar aku tatapi rupanya sukar untuk mencarik gambar yg terpaling sengal.... tapi aku rasa gambar ni wang paling sengal kot apatah lagi bila dikenang tatkala gambar ni di snap. Klik!

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!



cukup sengal xgambo ni? Masa ni pepagi tu g jln kat bandaraya kuching b4 balik bangi.. semua auntie2 yang ada wat tai chi kat situ dok senyum2 tgk aku dok pose segala jenis gaya kat gambo rentap tu. gambar yang melekap kat dinding ni asanya yang tersengal bukan sekali.... mungkin aku akan jd the next RENTAP.... agagagaga...

aku suka buat ayat tp x berapa nak suka tuk sambung ayat...
tapi keranamu penganjur aku sukakan jugak....

saya seorang yang sengal sebab..... masa ni sengal badan jugak sebab banyak tukaq2 pose... ditambah dengan kesengalan cameraman tyme tu, maka inilah gambar & tuannya yang terlebih sengal...package! agak sengal sbb masuk contest ni tanpa niat tuk menang.. just memeriahkan arena kesengalan sedunia. N kalo menang boleh la wat tambang balik kampung (RM40+RM10 tuk top up).... agagagagagga~

maka dengan rasa penuh takzimnya aku menTAG kawan2 aku seperti yang berikut::
sekian. =)


27 March 2011

RAKAN

Assalamuaikum....

sebelum aku meneruskan temasya assignment yang dah tiba part klimaks, aku nak share something ngn kalian2 yg sudi menjenguk SEKALI UNTUK SELAMANYA ni.... sharing is caring... agaggaga~

sama2 la kita fahami & renung2kan...=)



Rakan yang tidak berguna ketika masa kesusahan,
adalah musuh secara kiasan

Rakan tidak dapat berada bersama pada setiap ketika,
begitu juga saudara;
kecuali untuk [mendapatkan] sagu hati

Aku mencari-cari pada hari-hari itu
dengan sepenuh kekuatanku,
seorang saudara yang boleh dipercayai
tapi pencarianku tidak membuahkan hasil

Bumi-bumi itu dan penghuninya gersang,
seolah-olah penghuninya bukan manusia

[yang aku ingin mereka menjadinya]

[Imam Muhammad bi

n Idris al-Shafi’i ]


p/s:: tanamlah niat seikhlas hati, agar kita semua menjadi rakan/saudara yang terbaik tuk

rakan kita yang lain... ~


26 March 2011

SHARING IS CARING

Assalamualaikum...

tatkala emosi tak berapa nak stabil ni aku sangatlah tidak digalakkan menghadap assignment yang bertimbun- timbun yang perlu di siapkan sebelum hari senin (loghat utara) ni... ha! SATU HARI JA LAGi b4 senin datang bertandang tanpa diundang....hadOii la...

antara rutin harian yang akan aku lakukan adalah aku akan telepon mak abah kat kampung. Sbb mereka aku kat dunia ni sbb mereka aku masih di sini dengan izinNYA. So duit yang diorang bagi tu apa salahnya aku laburkan semula dengan call diorang. aku x mau sia2kan lagi apa yang aku dpt. Inilah aku..

hurmm hari 2 kali aku call mak. first masa subuh tadi, cakap kejap ja. sbb aku tingtong.. xtidoq seharian. agaggag... lepas isyak td call lagi sekali. aku tak tau la aku kerap rasa terlalu sesak+kusut+ lemas sangat masa ni.. mungkin aku dihimpit dengan "temasya assignment" kot. x pun aku masih dlm dilema tuk pilih tempat LI ataupun ada kata yang belum terluah...

tadi call mak tnya mak kat mana, mak g tau kat tv. aku tnya lagi, tgk citer pa... mak dengan selamba jawab, main game.! agagaga~ Kat umah tinggal abah ngan mak jer..

APA SEBENARNYA AKU NAK CITER NI??


ha, cam ni beberapa hari yang lepas aku da terbaca blog sang pria ni. Post dia bertajuk SATU ANUGERAH KEHIDUPAN. dia ada tulis " hidup aku ni adalah untuk orang lain. walau macamana pun perit maung hidup ni aku tak sanggup tengok orang lain bersedih." hurm... dari kecik sampai la aku mencecah umor belasan tahun, aku jarang berkongsi, melainkan kongsi kasih sayang mak abah ngan abg2. Aku x la pulak didik tuk mencari si tangkai jering. AKu boleh ja berkongsi cuma jarang berkongsi. Dari dulu lagi kebanyakkan permintaan aku semua tertunai cuba lambat atau cepat. Abg2 aku selalu jeles bila semuanya tertunai. mana x nya kalo diorang zaman sebelum aku susah nak dpt. aku balas, nasib la.....(selambe,rezeki jd yg bongsu) ~

Tadi masa call mak aku ckp soal sharing, mak terima segalanya yang aku cakap. aku just isau mak cakap sebaliknya. Tapi x, mak sangat POSITIF n memahami. Mak cakap x per, rezeki masing2. kongsi2 la mana ada, sikit sama sikit, banyak sama banyak. tak payah risau.

Abg aku pun ada pesan, kalo xder buat cara xder, jgn nak belagak! ingat, masuk u ni jgn ikot rentak orng, orang ada kita pun nak ada. hidup biar sederhana.. kalo orang lain belagak, lantak dia.. [apa yg aku dah melalot ni]

Walaupun x semua aku dapat kongsi dengan orang kebanyakkan, namun aku masih berbangga kerana aku boleh berkongsi. aku x kisah pun tentang apa yang aku kongsi. tapi untuk menjadi seperti dalam blog sang pria ni aku belum kuat. huhui... aku berkongsi sbb aku x nak orang lain rasa susah+sedih, aku berkongsi segalanya apa yang aku mampu n ada. Aku nak lalu apa mereka lalui. Aku nak hargai setiap detik kehidupan. pahit,manis, suka,duka.

Actually aku pun tak pandai nak show yg aku ni caring bagai, tak perlu pun individu2 lain tau betapa caringnya aku... agagagga (terbg tau sudah)...tp yang penting aku leh kurangkan beban diorang =)
Satu lagi abg aku pun pesan, bapa banyak pesanan la abg2 aku ni. rezeki jgn ditolak. kalo xsuka sekali pun, just amek dengan rasa ikhlas then bagi kat kawan2 or sapa2 yang lebih memerlukan (dah belagak sangat, t susah carik dia guk, sindir abg aku)...

cukuplah setakat ni dulu.

pesanan aku jgn plak amalkan konsep sharing is caring tuk situasi cam ni;
:
:
ni bukan caring tapi stupid thing





25 March 2011

haDoii!!


Assalamualaikum
Moga semuanya dalam keadaan yang baik..=)

belakangan ni post2 aku akan berbaur emosi yang tak keruan semata-mata. kepada mereka yang kurang menggemari atau dalam erti kata lain yang x sudi nak membaca kalo baca pun hanya akan menambah kekusutan korang yg makin kusut, anda boleh tinggalkan page ini dengan segera. terima kasih atas termenyinggah itu....=))

Sepanjang minggu ni, koleksi assignmentku makin bertambah cam cendawan tumbuh lepas kena siram air hujan... aku hanya terima n susun dengan rapi dalam kotak kepala otak aku ni... aggaagga~ hujung minggu aku kali ini akan disesakkan dengan final projek dari gabungan 4 subjek. semuanya perlukan slide, perlukan report... di tambah lak dengan tutorial &quiz tOk& satu interview... SEMUANYA MINGGU DEPAN apakah...?

Semalam aku tau, hari ni aku kena submit tutorial+esei seminar (mana nak cekau jawapan pun aku tak tau) tp apa yang aku buat::
1. pagi cam besa la p klass
2. presentation Law
3. update blog sambil mencari jawapan tp gagal ditemui
4. basuh baju
5. baca soalan tutorial tuk kali yang keberapa tah
6. cari jawapan kat ternet. YES!! jumpa!
7. Google translate & citcat.com tuk terjemah jawapan tu ke bahasa melayu... agagagag
5. p AGM FEP
6. sambung translate
7. jawab 1 soalan sampai kul 1.
8. tido...
9.3.30 am bangun balik...
10.baca soalan & fb ja>>>>>> kul 5 baru wat jawab soalan
11. sambung tido>>>>>> x siap jugak lagi!!
>
>
>
>
> Bangun tido ... wat pa tah... masej orang sana sini, pasal interview, discussion,
> p makan & sambung buat.... sampai kul 2... x siap guk.....~
> p discussion kat ptsl...
> msj kawan mintak jawapan! sbb aku dah x leh pikir jwpan... agagggaga
> jumpa kat fak... salin 2 soalan ja pun! yg lain aku dah berusaha wat sendiri..=P
> dah siap! stapler plak x bwk, klip kertas pun tak dak apakah? xkan nak antaq secara berantakan cam tu... nasib2...
> aku men terjah ja. nekad kang jumpa sapa2 yg aku leh dapatkan stapler rezeki aku la... aagaga~
> hampas x jumpa.. tah cam na leh dapat idea masa tunggu lif.. nampak lebihan2 staples2 (obat stapler) yg terbenam kat notis board. aku amek 1.
> masuk lif aku usaha tebukkan staples tu kat assignment aku, berjaya!!
> selalunya masuk lif kejap jer sampai tingkat 5. ni pa hal plak dah lama aku masuk pintu lif x terbukak2!!
> hah! aku x tekan button 5 pun... huhui (T_T) sabor jerlah....selamat aku sowang...agagaga~
> sampai jugak aku kat aras 5 n berjaya disumbitkan b4 5pm.... tp selit bawah pintu....
agagagaga~akhirnya...=)


sambil2 discussion aku masej abg aku.. ingat nak g umah dia, aku masej aku dah bosan dok sini. maybe aku kena ubah angin jap. huhui.... SADES! dia balik JOhoR.. maka aku akan terperangkap kat sini sampai la minggu depan!! x mau la!! lepaskan la aku dari perangkap ni,...
wawaaaaaaaaaa~~~

tgh2 dok update ni mak call. then putus! apakah semua ni.... x sempat nak ngadu-ngada... hahahah.... ~jap lagi la call balik~

kepada kalian2 yang aku telah bebankan+susahkan korang aku mohon maaf. x sengaja. TQ jugak atas kebesaran & kemulian hati kalian memahami situasi ni.. =))

jumpa lagi...

sekian dulu...




wasalam...~

24 March 2011

the PENGARAH~


Assalamualaikum semua.

Selesai sudah 1 lagi presentation minggu ni. ada lagi 3 yang menunggu minggu depan... hadoii...
Cerita presentation hari ini.. memang enjoy! paling simple.! agagaga...~

Presentation tuk subjek Company Law, Sem ni aku sangat enjoy belajaq law.. x macam sem2 yg lepas... agaggaga... kumpulan aku pilih tajuk pasal pengarah.

Buat masa ni group aku yang paling lain daripada yg lain. Pelik tapi itulah kami. Kami wat video kes sendiri berkaitan isu kawalan pengarah. serius aku cakap belajaq law memang best! sbelum aku terjebak ngan dunia perakaunan ni, cintaku terlalu mendalam untuk mendalami law & be a lawyer. hingga saat ni aku masih ada cita2 tuk jadi seorang lawyer... buat masa ni layak jd "lowya buruk ja". Tapi tulah takdir menentukan segalanya.. n aku bakal menjadi seorang akauntan. insyaALLAH~tapi aku nak jd LAWYER guk!!! cam na! sapa yg boleh penuhi impianku ini...agagagga~ nak bocor rahsia sikit ini.. [aku da secret admire kat sowang since form 1 n dia sedang dlm proses mnjadi seorang lawyer] agagagagga~

Tapi aku penah dengar orang cakap seorang Akauntan x sesuai ngan Lawyer. maksudnya Lawyer sesuai ngan Akauntan... agggagaga... ngarut tul diorang ni kan. Aku tau ni mesti kes jelez sebab Akauntan ngn lawyer 22nya kerjaya yang profesional.. kalo 22 ni kawen aset cepat bertambah. diorang jeles pasangan ni cepat kaya... ahahahhahah~ bongkak x aku,..?? lecturer law aku ni pun kawen ngan akauntan. dia & suami fresh graduate dari UKM lagi.. dia pelajar FUU dulu... aku suka dengar cita dia. Sangat memotivasikan aku n kawan2. sangat humble.=)


berbalik kepada presentation tadi... kami berjaya buat kawan2 yang dengar tu alive.. xde la "mati" (tido maa).... suma boleh dikatakan fokus, sebab mereka mampu tuk ketawa dengan ikhlasnya terhadap video kami, ... faham ke tak tu x pasti la... tak faham pun tak pa kami present benda yang xder dlm buku. Just tuk perkongsian & penambahan ilmu semata-mata, x masuk exam pun. Sharing is Caring. Cakap pasal exam, markah midterm kebnyakkan kami boleh tahan>>>>>>> teruk<<<<<<<<> tak per usaha untuk final. teruk mid term x semestinya teruk tuk final( lebih kurang cam ni la dia cakap) . betapa +venya Dr ni. Sayang kami kat Dr. tapi ada sedikit masalah teknikal. speaker men2, kejap dengar kejap tak... agagagaga..apa2 terima kasih kepada tuan punya speaker...=)

tyme berlakon tu, xdr skip pun. men blasah ja.. hembus je apa yang nak di cakap. shoot pun sekali jalan ja... agaggaga~ boleh tahan hebat guk la (tangan di bahu, mata pandang ke atas)....

TQ kepada semua.... LIDA+AISAM+NAZRI n seluruh penduduk kelas Company Law atas
kerjasama & perhatian kalian...~


23 March 2011

DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi


Nukilan: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi 2004


Aku suka ngan sajak ni..=)))

22 March 2011

TEMAN BICARA


Assalamualaikum....

Hai suma. hari ini emosi aku agak stabil dari semalam, Alhamdulillah.=)
tapi aku sangat ting tong, ngantuk!!!!! kelas kul 8-12, ada presentation lagi...
semalam, semalaman x tidoq.. la ni plak dok menghadap benda ni lak... agagaggag... jap lagi kul 4 klss lagi.... huhui~

Aku da tersinggah satu blog yg poYo ni agagaga.. nanti2 la aku promote blog dia kat sini..~dia post lagu, tetiba aku terigat lak satu lagu feveret zaman sekolah rendah lu... masa darjah 5... huhui~ 11 tahun dah aku tinggalkan usia tu..

Tah kenapa n mengapa lagu ni menjadi antara feveret song tyme tu....
tak dak kena mengena sangat pun...=)

Lagu ni Erra Fazira yg nyanyi sapa yang tau, tau la... yang x tau tu sila google k....
tajuk lagu:: TEMAN BICARA


Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa
Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata
Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu


~sekian~
[agagaga]

HARAPAN TERAKHIR


Assalamualaikum....
beberapa hari berlalu, dek kerana gangguan internet segala rasa hati hanya tertanam dihati.
tapi saat ni x lagi, semuanya kembali normal. Jam dah 5.30 pagi. aku masih berjaga & terus berjaga. jap lagi ada presentation & Quiz (x baca satu haboq pun) agagagaga~

Actually aku baru pulang dari Santai bersama..... area kul 3 pagi tadi sampai kolej. Alhamdulillah hampir kesemuanya datang walaupun pada awalnya ada yang berkeras tuk x join. hurmm... aku berat mengatakan sbb aku kot dia x mau join sekali. Tah cam na, at last dia join guk.
Pertemuan ni x seperti yang aku harap sangat pun. tapi x bermakna aku x menghargai pertemuan ni. Terima Kasih kepada individu yang telah berusaha untuk pertemuan ini.=)

namun jauh di sudut hati aku tuk rasa gembira dengan pertemuan tadi. Susah untuk aku ukirkan senyuman yang cukup ikhlas. Hambar. Aku hanya biarkan langkah kaki berpusing2 seiring dengan apa yang bermain di minda ku. Berpusing2 tanpa henti. Aku jadi blur, tak pasti dengan pertemuan tadi. aku tinggalkan bebaban kerja yang seharusnya aku utamakan untuk sebuah perhubungan yang sangat aku sayang. Aku berdoa agar segalanya selesai malam tadi agar pengorbanan ku tidak sia2. Hurmmm... helaan yang terlalu panjang! aku kelu. bisu. x tau nak berkata-kata. Kerana "pelamin anganku musnah"..agagaaga.. xder kaitan dgn pelamin. Semua harapan+hasrat hatiku berantakan pergi. Aku bisu, dia,dia pun bisu! Tp masing2 perlukan jawapan dari masing2.

aku nak tahu, kenapa aku dikatakan begitu....w/pun aku tahu jawapan. aku nak dengar sendiri dari mulut dia,dia. SEdIH. Setahun lebih kenal, tadi jumpa macam baru setengah hari kenal. Aku ke yang perlu mulakan segalanya??

dalam hidup ni, aku takkan mudah buang orang2 yang aku kenal semudah menyebut ABC. Salah satu kekuatan aku adalah sahabat2 aku dunia& akhirat. Hidup aku akan jadi berantakan bilamana aku tahu aku hilang kepercayaan seorang sahabat yang aku sayang. aku x boleh hilang kepercayaan mereka! apatah lagi atas sebab2 yang sia2..Selain PENCIPTA, keluarga, SAHABATlah segalanya tuk aku. dan keranamu yang bergelar sahabat aku tak malu tuk mengaku yang aku titiskan air mata setiap kali aku kenangkan kata2 kalian yang pernah kalian lontarkan padaku.. aku menangis tatkala teringat kenangan lalu kita bersama suka duka, & perbezaannya pada hari ini. Atas nama ALLAH aku sayang kalian sahabat aku dunia akhirat.

Aku mohon padaNYA agar hilangkan selaga kekusutan hati yang aku alami,agar ukhwah kita terus bernaung di hati.
W/pun satu hakikat yang aku perlu sedar aku kini telah mati dihati kalian.
namun Aku bangga punya sahabat macam kalian, aku bangga diberi ruang & ketika tuk kenal kalian.KALIAN TETAP DIHATI SAMPAI AKHIR NANTI.
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.

SEKALI KALIAN BERGELAR SAHABATKU SELAMANYA TETAP SAHABATKU

DAN HARAPAN TERAKHIRKU, KU MAHU KALIAN MENGAKU AKU SEBAGAI TEMANMU, bukan LAWANmu~

p/s: MHZA,MHH,MKA,AMA,YP,MRMR,MFPR,NSE,NHAH,NSR,ARAR.... Saya menyusun 10 jari mohon maaf atas kekurangan diri.

16 March 2011

DINNER KAMI


Assalamualaikum.
dari tadi lagi aku dok asyik nyanyi lagi ni.. "diam2.. berpandangan..Mata bertentang mata..Malu-malu.. aku malu..Kau buat begitu.." apa motif pun aku x tau la.... huhui~ sabo jer lah....


Post ke dua untuk tengah pagi ni. Selasai sudah MAP ke 14 dengan tema moden akustika..~mah
haa! tetiba ja aku jd MC x formal. aku x lah pandai apatah bila jiwaku berlalu pergi dari semua ni. Jiwa aku xder malam tu... melayang jauh tapi aku tau tempat mana jiwa ini melayang. MAAF kalo aku telah merosakkan program. Pengalaman jd mc x formal ni x la banyak pun, masa program bakti siswa kat tangkak dulu penah la berganding bahu dgn ayah angkat jd mc x rasmi@DJ. hahahha...

tp mlm ni aku berlari2 bagai itik pulang petang dari dewan senat ke dectar semata2 tok mc x formal ni. aku x jamah satu pun makanan. aku dtng & teruskan sbb ijan& kak da.

Susah aku nak citer kenapa. apa2 pun biar kami ja yg telan. Aku rindukan MAP 12. malam ni aku penuhi pagi indah ni dengan rasa2 rindu =)

Biar segala kepahitan ni kami telan bersama (aku&kami2). sepahit mana yang bakal "mereka" telan. pahit lagi kami... apa2 pun syabas!

aku tinggalkan sekeping gamba ni tOk tatapan semua...
hahahah..
motipp~





(ika dah tidoq pun, mimpi tah kemana tah, aku jer dlm kira2 lagi nak tidoq ker x)

sekian


KERINDUAN ITU~



Assalamualaikum semua & salam rasa penuh kerinduan

DI Penghujung sem sepatutnya aku berjaga untuk study bukan untuk suatu yang aku x pasti. tapi tulah, bnyak sangat masalah hati yang belum diselesaikan..& entah bila semua ini akan berakhir.Aku berdoa padaNYA agar segala urusanku dipermudahkan.

Alhamdulillah, selesai sudah 2 majlis yang aku tunggu dalam sem ni iaitu, MALAM ANUGERAH PELAJAR (MAP) ktho punya dinner & Majlis Watikah Perlantikan MPP baru sesi 2010/2011. Tahniah & syabas kepada yang menang, yang menjadi suara pelajar di UKM ni. Walau siapa pun ada, buatlah sebaik mungkin, kerana amanah telah diberi, ikrar telah dilafazkan.

Hurmm... tadi aku masih dalam dilemma antara majis watikah @ MAP. dua2 aku x nak lepaskan. Tapi tulah aku aku lepaskan majlis watiakh , lepas ni xder dah. MAP aku masih ada setahun lagi, lambat sikit pun orait jer. Memandangkan aku, Rasydan & Firdaus telah dilabelkan sebagai individu yang telah mengkianati barisan PMUKM Lepas, tiada 1 masej atau pemberitahuan yang kami terima untuk jemputan ke majlis watikah. tak tau la salah siapa dalam hal ini. Bagi aku keangkuahan mereka cukup menguris hati.. aku tahu kebanyakkan mereka terus menyalahkan kami & kecewa dengan sikap kami masa pilihan raya kampus yang lepas yang mana aku sendiri telah bertanding atas tiket bebas. Pada awalnya semua dalam kalangan mereka x boleh terima langsung, namun dari hari ke hari ada yg mula menerima w/pun bukan sepenuhnya. Tapi aku cuma persoalkan di mana mereka meletakkan kami bertiga setelah hampir setahun kami bersama mereka. Aku secara jujurnya x terniat langsung nak sakitkan hati mereka. Cuma aku perlukan ruang kerna aku punya cara aku. & mereka seperti x kenal langsung siapa akau sebelum ni.! tapi itulah hakikat hidup seorang yang dikecam sebagai pembelot. Kalo kalian terbaca apa yg tertulis di sini. Saya harap kalian mengerti akan diriku ini. Sejak aku bertanding atas tiket bebas, tiada langsung masej yang aku terima dari mereka2 yang sangat aku hormati sebagai abg dan rakan walaupun msej itu sepatutnya aku berhak dapat. Besar sangatkah dosa aku pada kalian. sampaikan susah nak tgk muka aku. sampai palingkan muka tatkala nampak aku dijalanan. Hinakah aku!! Kalian buang aku terlalu jauh dalam hidup korang. bertegur sapa pun hanya bila anda individu lain masa kita terserempak.Keikhlasan tu dah terlalu jauh pergi. mungkin korang akan cakap cam ni kan bila terbaca semua ni... "ha tu la .. sapa soh belot!" tapi ini semua andaian aku semata. aku tau korang tak terniat tuk semua ni, mungkin korang pun terhimpit dengan pelbagai persoalan sampai korang bertindak sedemikian... tapi pintaku fikirlah korang dengan sebaik mungkin sebelum tuduhan yang hanya mendatang perkara sia2..

kepada kamu, kamu & kamu especially. kalo membenci saya terus menerus akan menbuat kamu tenang.. teruskanlah. Saya tak akan halang, kerna saya manusia biasa, serba kekurangan. Kalo kalian mengharapkan sapa tanpa sebarang kekurangan, kalian boleh cari insan lain, sebgai teman. Maafkan saya kerana telah sia2kan masa kalian mengenali saya. Dan saya sekali pun x akan berganjak, membuang kalian dari kotak ingatan dan lubuk hati ini. Saya bangga dapat kenal kalian semua. untuk melupakan kalian adalah tidak,, untuk melupakan saya terserah kalian. BERSAMA KITA BERSATU BULATKAN NIAT YANG SATU....~


aku terbaca satu masej yang lebih kurang maksudnya cam ni "kepada MPP yang masih tetap dihati"
nampak sangatkan mana letaknya aku, sbb aku xdapat pun msj tu... (T_T)

Melihat sebahagian dari kita yang td, saya terlalu rindukan kita suatu masa dulu. saya berdoa agar kita punya saat seperti dulu lagi....

dulu kita penah jalan2 g dontown sama2, g makan sama2, w/pun saya sorang je pompuan, kamu semua jaga saya sebaik mungkin. Hantar saya balik tak kala kita bekerja sampai pagi. TERIMA KASIH ATAS SEMUA TU.~

saya sedang merindui semua tu...(T_T)

12 March 2011

KINI AKU DILEMA



Assalamualaikum & Salam aku dalam dilema (apa punya salam daa..)

huhuui... SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
x tau nak cakap pa... ditelan mati mak diluah mati bapak...(masih mampu berperibahasa disini)

Antara pilihan bonda diutara atau pilihan hati di sini.. eh bukan di sini, di KL.
aku tak tau! aku buntu! aku blur! aku tau sepatutnya aku memohon pada DIA YANG ESA.... namun naluri kemanusiaan aku merota-ronta tuk aku buat keputusan sendiri... aku sangat lemah masa ini. w/pun aku cuba tuk ceriakan hati, tenangkan hati, tapi dalam dunia magika aku aku masih fikirkan pilihan mana yang terbaik tuk aku...

aku langsung x terniat nak sakitkan hati,kecewakan n buat mak aku sedih.... x mungkin aku wat semua tu. tapi aku punya kehendak sendiri, nilah yang aku katakan diluah mati mak, di telah mati bapak. aku keliru. biarlah saat ni aku luahkan apa yang aku rasa di sini. w/pun aku punya cara lain untuk tenangkan hati.

Dalam hidup aku jarang buat keputusan tanpa dptkan nasihat daripada insan2 tersayang. Masuk U ni pun orang lain yang wat keputusan. namun aku akur. Aku tahu mereka wat semuanya yang terbaik tuk aku. kowang jgn ingat aku x matang lg pulak. Just mengutamkan apa yg sepatutnya ja.

Tapi! aku perlukan ruang aku sendiri. aku tau kalau aku pilih yang KL mak x boleh kata apa, n akan terima n terus doakan yg terbaik. Tp aku akan rasa bersalah sesalah2nya sebab aku x ikut ckp mak. SAYA SAYANG MAK SAYA!

Susah orng nak faham aku saat dan ketika ni. Aku susah nak terima yang kat kedah, sebab aku asa x layak. kalo kat KL memang ok bebenor.sesuai gitu. x payah aku nak kusut2 fikir.... maknanya aku sedaq diri sapa aku....

Sapa la yang x nak balik dok kampung, apatah lagi dok ngan mak & abah... hidup makin mudah kot.makan,pakai semua terurus. huhui... tak payah nak rindu2 lagi...=)) anytime leh peluk. SAYA SAYANG MAK & ABAH SAYA. bila depan mata hati makin tenang.

Tp mereka perlu faham aku. aku takut tuk berhadapan dengan pilihan mereka. aku takut!! Susah ker nak faham saya. sya mintak faham & restu ja.. huhui....

wat masa ni keputusan belum diambil. SILENT IS BETTER. Aku tau tujuan mak soh balik kedah sebab MAK RINDU SAYA, dah lama mak tunggu saya.. maafkan hana wat mak menunggu. Saya jer anak tunggal, sulung& bongsu perempuan yang mak & abah ada...

SEmalam mak call, kali ni suara dia tak macam selalu, kali ni suara mak sangat tegas. kalo aku pilih yang KL, mak kata, tanggung sendiri. SENTAP sekejap.betul ke aku sedang cakap ngan mak ni?? tapi aku boleh plak bantai gelak. actually aku terskema dengan ayat mak tu. mana ada mak serius cam tu sepanjang aku hidop. Jarang kot, kalo ada pun zaman aku kanak2 rebina. MAk memang serius saat tu. nak aku balik kedah. tapi hakikatnya aku takut!! sangat takut! faham x korang yg aku takut!! tolong la faham.... plzzz

Mak kata lagi kalo pilih kedah tanggung beres, kalo aku pilih nak ke kedah n kalo nak ke KL if ada pa2 sumanya tanggung bersih. Kalo x sorry. apa semua ni!! kenapa? kenapa? kenapa?

huhuuhh... tolong la, aku takut+buntu sangat. memang aku yakin n pasti tahu yang pilihan kat kedah tu terbaik. tapi masalahnya aku takut nak berdepan dengan bukan taraf aku..aku sedaq dimana aku selayaknya.


makkk.... hana sangat2 tak tau!! susah nak wat keputusan. Surat dari KL dah diterima. & mak yakin surat dari kedah akan menyusul.

buat masa ni aku x mau fikir sanagt n tunggu surat dari satu pihak lagi. lepas tu baru keputusan terbaik akan dibuat. siapa nak jadi hakim n peguam bela saya ? sila angkat tangan...huhui =)

p/S:: tolong nasihatkan saya b4 keputusan yg berat diambil....

[ini sebuah kisah untuk memilih tempat latihan industri, tp dah macam apa tah.... apa2 pun SAYA SAYANG MAK SAYA] kalo perlu berkorban tuk dia, insyaALLAH akan aku laksanakan....
sbb aku dah x tergamak nak lukakan hatinya lagi... maafkan hana...

11 March 2011

MARI BERFAKTA


Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat semua..

Kepada semua imam2 muda yang bakal menjadi ketua FAmILY CERIA anda suatu saat nanti, kalo yg dah ada FaMILY CERIA pun ok jer.... apa kata korang share tentang Khutbah Jumaat kat kami2 yang tercipta dari tulang rusuk kalian.... SHARING IS CARING...

P/s:: tu pun kalo korang pergikan... hahahahh (sentap x) . saya tau semua pembaca blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni mesti pergikan... kowang kan baik...=))


Tadi masa semua imam muda ke masjid menunaikan solat jumaat, aku telah ke fakulti tercinta bersebelah dengan fakulti FST & PTSL berdepan dgn KAB, mempunyai SUDUT PIDATO&TERES EKONIAGA... PM penah dtng kot kat fak aku... fak korung ada ka.... hahahah... bongkak jap...=))

langkah di atur dengan penuh cermat mana taknya jalan2 menjadi licin bukan kerana sedang dicuci, tapi because of hujan, UKM ni banyak lumut2 hijau yang berpotensi nak mengelincirkan kalo cengkaman kasut x kuat apatah la lagi tatkala hujan sedang membasahi bumi... nasib baik aku pakai CROCS.. motif?? CrOcs up town jer KOt...hahha...


setibanya di fakulti aku terus naik tangga yang kelihatan hijau+berair ... n ke lif yang akan membawa aku ke destinasi sebenar. maka aku pun mempress la button no 5 dlm lif tu... bila pintu dibuka, wajib la aku melangkah keluar . & terus bertemu si gadis yg menunggu ku dari td... =)) maaf sedikit terlewat.. pas tu we all seiring & sejalan ke bilik lecturer tuk dia mengkritik slide kami yg akan di presentationkan minggu depan." " ALANgkah sedihnya hatiku.. parap2... wawawawa... dia tiada di biliknya... SEDIH! langkahku masih ditemani butir2 rezeki ILAHI... cam kebal jer aku kan, lalu kat hujan tanpa payung.. tp x lebat sangat pun hujan...

makanya, aku rasa mau ketawa+gelak+tp bukan mengilai2 tuk lupakan kekecewaan td....

aku terjumpa ini!! FAKTAKAH?? sama2 kita renungkan dan selamar beramal....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?



p/s::any objection??


SAYA SAYANG JEJAKA H!

Assalamualaikum semua
& Salam tgh pagi....

apa pun yang korang2 wat hope korang happy & bahgia yer... yang belum solat isyak tu, g la tunaikan dulu, moga kita sama2 & sentiasa dalam lindunganNYA~amin

aku sedang bz mengscanckan tesis cik rOOmate saya ni. Baikkan aku!! sendiri masuk bangkul sendiri angkat! hahah... macam dah bukak kedai fotostat asanya...~ (memiliki sebuah kedai/firma apa2 jerlah yg berunsurkan bangunan perniagaan menjadi impianku, Allah secara jelas berfirman bahawa 90 peratus punca rezeki datangnya daripada perniagaan.).. sambil scan sambil up date blog ni....

untuk pengetahuan semua aku bukanlah manusia yang buat masa dan ketika ni xder keja lain...
banyak n bersepah kot, assignment2 ni suma dok panggil aku... aku jer wat2 x dgq, malas nak layan,..aku pun memparkingkan headset dikepala agar aku x dapat dengar jeritan batin assignment tuh... sory ea 'korung'.

Itu semua mukadimah semata, actually aku nak bercerita mengenai tajuk di atas. Hari ini aku boleh dikatakan insan bertuah jugak la, di hujung2 sem keterdesakan+kegoyahan instutusi kewangan makin menjadi-jadi, banyak benda yang kena settle dan suma perlu berbayar.. aku telah menerima easy reload RM 10. hahaha..poyo jer kan.. dapat top up pun mau kecoh! suka ati la wei... ada aku kisah.. semalam tyme mak call ada la aku g tau yang aku xder kredit. mak aku ckp ok, t mak bg tau abah. makanya aku pun pikir mak la yang top up. Aku terima top up tu masa aku otw dlm perjuangan nak ke klass kiranya tu rezeki tuk orng berjuang cam aku ni... sekali lagi aku dengan berjayanya berbangga dgn diri sendiri.. apa2 jer lah aku oii...

dalam kegoyahan institusi kewangan yang aku alami ini aku masih bersyukur masih ramai individu di utara,selatan berbaik hati membenarkan aku meminjamkan wang mereka tanpa perlu membayarnya semula apatah lagi bunga-bunga cinta. ZERO INTEREST.. TERIMA KASIH SEMUA. LUV kamu2 sangat2!! kalo ikutkan apa yang mereka bagi tu melebihi apa yang patut aku dapat. dan bila dah dpt lebih, maka aku pun belanja la dengan lebih2... hahahaha... sabo jer lah...~

Atas terlalu banyak bermain di taman permainan pada semester lepas, aku dengan hati terbuka seluas bumi ALLAH ini menerima segalanya yang dah menjadi ketentuan takdir hidup aku yang bernama siti nur hana ni w/pun pahit tuk ditelan., i have no choice. aku anggap jer yg pahit tu ulam. so boleh makan.! aku pun suka makan ulam. takder hal la. mana boleh dlm hidup ni asyik nak yg manis2, kalo sumanya manis maka akan terjadi la keadaan seperti "cendawan tumbuh lepas hujan"di hospital akibat menghidapi penyakit kencing manis atau dalam bahasa lebih sopan diabetes!! x rela mak nok! (motif kata2 itu terkeluaq) .

ALAMAK!!! penat aku scan 28 page dah berlalu!! tiba!! LAMUNAN TERHENTI! what the..... astaghfirullah al azim ... sabo jer lah~ ERROR plak. ..~

sambung citer.....

w/apapun yg kita hadapi,sesukar manapun masalah yg dihadapi, teruslah mengukir senyum di bibir. senyuman itu mampu mengecas ion2 positif dlm diri. make sure senyuman tu ikhlas yer kawan2..=))) sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji hambanNYA melebihi kemampuan hamba itu sendiri,ALLAH Itu MAHA ADIL... Allahuakbar!

Jauh dah rasanya aku menyimpang, aku bukanlah dlm dunia MAGIKA, tiada yang mustahil dengan imaginasi bak kata BAD dlm citer tu... BAD atau nama sebenarnya BADANG yang dilakonkan Anak Felda Taib Andak. Mawi World...=) jgn nak ngutuk dia ok! hhahha...

Maka alam aku adalah alam dunia pada&ketika ini. ESOK,LUSA, TULAT belum tentu. Yang pasti suatu saat nanti kita pasti bertemu di suatu alam yang kekal selamanya..... ALAM AKHIRAT...=) moga sama2 la kita renungkan sejauh mana persiapan kita untuk menempuhnya....

'aku org indonesiaa...engak tak penoh ilmu didada...xkn sampee ke terusan suezzzzzz'.... demam citer ni pun berakhir lagi.... apa2 jer lah
aku ni...

sebelum aku mengaruts lebihpanjang dari rambut kak limah & kowang makin pening2 lalat baik aku berhenti. berhenti! owh x mungkin aku berhenti tok jd yang terbaik....=)))

Sekalung penghargaan dan 77 juta ucapan terima kasih kepada JEJAKA H ni atas penopappan (top up) padaku. akan ku kenang jasamu kerna menghulukan tangan meringankan bebanku dikala aku dlm kesusahan yang aku cipta sendiri.

Aku tau kamu buat suma ni sbb kamu SAYANG sayakan....
w/pun aku suka susahkan dirimu, kamu selalu jer sabo, dah berapa malapetaka yg aku dah bawak dlm hidup kamu... dah berapa ribu duit kamu hilang terbang melayang sbb aku. kamu sabo jerkan. x marah pun. malah makin sayang kat aku, aku tau sebab apa kamu sayang aku.

sbb..... saya adik KAMU!!!! SEKALI UNTUK SELAMANYA.

Inilah Jejaka H yang aku maksudkan


Mohd Hafiz Yahaya


P/s:: 1)bukan dia ja yang berbudi pada saya, 2 lagi abg saya
yg banyak budi mereka. tapi saat ni saya nak citer pasal
dia jer dulu...=) along & angah nanti kalian pulak..
biar seluruh dunia tau SAYA BANGGA JADI ADIK KALIAN.
kalianlah pelindung+pahwalan+perwira+per2 jer lah hidup ku...
w/pun selalu dibuli... korang sangat terpengaruh ngan IKLAN DIGI...
sikit2 "AKU KAN ABANG"....... sabo j er lah

2) aku telah berjaya edit dgn cemerlang gambo diatas dengan menghilangkan
tompok hitam di dahi abg aku yang sowang ni. KEjaM x...hhahah...
3) kena scan balik....=/ pdn muka aku...!!


lalotan aku terhenti disini dulu. sekian


09 March 2011

KAMI BERSAUDARA.=)




Assalamualaikum & Selamat menunaikan Solat maghrib semua..=)

"solatlah kamu sebelum kamu disolatkan".. pastikan kamu semua dah solat semasa menyinggah kat blog SEKALI UNTUK SELAMANYA ni... if blum p dulu... x elok lewat2kan ok... sat g mai balik blog ni..=)


aku mau dedicate this song tO mereka2 yang semakin menjauh

(family PMUKM 09/10) special tOk kalian

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus


"Sekali Bersaudara Selamanya tetap Bersaudara"


with
Siti Nur Hana

WHAT THE **** LA....~


assalamualaikum w.b.t

tuan2,puan2, adik abang, kakak adik, pak cik makcik, & seluruh rakyat jelata bahawa sesungguhnya hari ini?? hari ini?? hari ini.. pagi tadi... cam apa jer dak2 what the **** la...
kowang tau x apa masalah dunia diorang? kot2 la kowang2 ni ada terbaca diari or blog diorang..
ada ke blog dak2 what the **** la... hahhahah~ ngeng~

aku, saya, rasa... kali ni, hari ni nak cuba memahami what the **** la ni....
  • siapa mereka ni sebenarnya?
  • apa modus operandi diorang?
  • merengkah diorang?
or
  • salah mkan sarang burung?

hurmm... tu yang x pasti tu....
apa2 pun diorang ni cam bes jekan tadi what the **** tul la.... aku bukannya x suka or ada masalah ngan diorang. OK jer..=) tapi dari beberapa minggu lepas lg... w/pun aku ni kdg2 tidak menghadirkan diri, sbb selalu excident "memandu dlm keadaan menbahaya maka terbabas" ... tp tu la... aku bukan nak cita pasal aku pun. pasal what the **** la....

time orang present dok pok pek pok pek dah la aku fhm teramat sangat apa yang dia dok pok pek pok pek kan tu.... bukan x boleh pok pek.. tp agak2 la der... we are MALAYsian... aku pun pok pek guk... tu satu.

tyme Q&A banyak plak cekadak dia menanya... tyme orng present dah dok gelak2... ingat yg dok present tu RAJA& PEMAISURI LAWAK Ka?? agak2 la sikit... soalan suma berunsur nak menjatuhkan orang . ingat main saham ka pa,! pastu bangga dpat menyoal. orng jawab x dengaq... pukui baru tau...!! hahha
emosi sedang memuncak...=! pastu kalo orng lain tanya ang dok gelak... awat hang dah pandai sangat ka.. lecturer yg da pangkat Dr tu pun terima ja soalan tu.. suka ati la nak tanya pa pun, ang ingat ang ja nak dpt markah lebih.. ha! aku x boleh kalo emosi x terkawal lohgat kebanggaan aku habih suma keluaq... hahahha... selamat x ckp orng putih ja lg...hahahha

ish3 (sambil menggeleng pala lutut) apa nak jd la dunia la ni. mana2 p dok laung one malaysia.. tp hampeh... yg dok cakp dlm hati one bangsa untuk malaysia... hahahahha... apa2 pun peace no war. sama2 la jaga hak masing2... tapi aku memang tak puas hati ngan perangai cam tu.. dah la..#$%^&* hahahha... aku pun xfhm apa aku ckp...ngaruts semata.

p/s:: kepada pembaca budiman fahamkan kamu dengan ceritara cintaku ni... maaf la kiranya terkasar berbahasa, x terniat nak mengutuk sesapa. just sedikit keciwa...(T_T) & sesungguhnya izinkan la aku meluah apa yg dirasa dlm keadaan yang sedikit wengg~

sekian tazkirah tengahariku untukmu~
renung2kan & selamat beramal...=)

KASIHMU TIADA NILAINYA..~


Assalamualaikum semua...=)

9/3/2011, ketika ini jam pada Karl ( nama laptop aku) menunjukan tepat pukul 2.08 am. aku pun nak bg nama kat laptop aku guk cam Firdaus bg nama kat PC dia, GHASIDAH ok! :: Pagi yang damai. tanpa rumet dibilik! hahaha.. selain berteman kan Karl aku ditemani oleh assignment yang menanti ku dari tadi... hahahha... saba la korang, aku ada misi yang lebih penting tok diselesaikan malam ni.. antara tidoq atau berjaga,.... sabo jer la~


Hari ini, SATU UNDI, ESOK KESELAMATAN FST... motiff?? ha.. terimbas kembali ayat "hari ini"... kenangan satu ketika dulu..=)

Aku just nak kongsi HARI INI ialah hari istimewa orang yang paling aku sayang, paling aku cinta paling aku rindu, paling aku tak akan lupa, paling aku rasa nak peluk, paling aku rasa nak kiss, paling aku terbayang, paling aku setia, paling aku nak ucap terima kasih atas segalanya. paling aku nak mintak maaf atas segalanya.

Tanpa dia tiadalah insan yang bernama MOHD PIZA,MOHD HIDZIR,MOHD HAFIZ & SITI NUR HANA..... segala Dia. Tanpa kasih sayangnya yang tak berbelah bagi kami membesar dengan sempurna. Hanya tersenyum manis melayani kami yang bermacam ragam. Nasib 4 orang jer.. kalo ramai...no komen..=)


[inilah KAMI]

Rasanya korang dah boleh agak kot aku tgh citer pasal sapa..hmmm, Dia yang aku sedang bercerita ni, sejahat mana pun aku n abg2 jarang dia nak 100% salahkan. Nasihat terus diberi agar kesilapan dibaiki & x diulangi. Susah nak tgk Dia marah,susah nak tgk dia pegang rotan, hanger dan sewaktu dengannya tOk rotan kami. Itu bukan cara dia. Zaman dulu kala, abg2 aku penah guk kena sbb diorang ni laki, lain macam sikit nakal. Tapi aku bertuah sangat, sebab x penah kena.. jgn jeles yer abg2 sayang.. hahaha.. kalo kena pun pukul manja gitu, mana taknya orng tgk tv tgn jalan ja lipat kain. aku x! hahaha.. satu iklan satu baju... ahhahaha... sabo jer la...
suh la aku wat pa pun akan aku buat, tp masalah sikit bila soh lipat baju. harap maklum. tapi sekarung dah rajin sikit la lipat baju.

Seawal umor 6 tahun aku dah jejak kaki ke ICU. Motif aku ke sana? masa tu aku tak tahu apa pun. budak2 lagi. Masa tu Dia yang aku sayang telah diserang sakit jantung. (T_T). Alhamdulillah, 16 tahun dah berlalu. w/pun penyakit tu masih ada padanya aku bersyukur sebab sampai saat ni Dia masih ada disampingku w/pun pada saat ini kami terpaksa berjauhan. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!! Pada umurku 10 tahun, sekali lagi dia dimasukkan ke hospital, atas sebab yang sama. tapi masuk wad biasa. dipasangnya mesin di badan. Aku tak terdaya utuk melihat keadaannya. masa tu Suami kepada Dia bekerja di PENJARA SG.PETANI, Hospital & penjara bersebelahan maka kerap jugaklah suami kepada Dia memantau kami. Oleh kerana aku jer anak perempuan & hanya perempuan yg boleh menjaga. Maka akulah harapan mereka. Sehari jaga aku terus demam. maybe sebab berjangkit degn virus2 cinta di hospital tu.
Pada usiaku 14 tahun, sekali lagi, atas masalah yang sama. Kali ni aku bersyukur, sbb aku dah ada kakak ipar. Aku sangat lemah bilamana melihat Dia dipasangkan dengan mesin apa tah. Hati aku menangis. Aku cuba kuat tuk tak mengalirkan alir mata. Xder langsung wajah kegembiraan seperti selalu. Kali ni akak ipar aku yg take over tugas aku. Aku seolah2 menjauh dari Dia. AKu x sanggup!! beberapa hari selepas mesin tu dinyahkan dari Dia, aku sangat terasa gembira tak tergambar oleh kata2! SAYA SAYANG DIA!

Tahun yang paling kritikal masa umo aku 17 tahun. semuanya bermula pada 1 januari 2006. selesai majlis pertunangan abg aku, Hafiz di pahang, singgah sebentar di N9 esoknya bertolak balik ke kedah. Aku lihat Dia sangat lemah. Semua pertanyaan Si suami jawapannya acuh x acuh. Aku terus diam membisu. Sampai nya di kedah, tak sampai 2 hari, Dia dikejarkan ke hospital. Kali ni bukan wad biasa. Tp wad bedah! apakah!! Aku tanya Suami Dia, kenapa masuk kat Sini. apa masalah. Si suami diam jer.
Esoknya aku datang melawat Dia, aku tgk dia tak der di katilnya tapi hanya ada darah.. aku terus duduk di kerusi sambil telekup muka kat tilam tu nangis!! x lama kemudia abg ku sampai,Hafiz, dia naik lambat. Habis cara pujuk aku. aku sedih. mana Dia aku tanya. jiran katil sebelah cakap Dia g X ray. napa ada darah ni. darah dari tgn kena cucuk. SEDIH! Dia sampai ja aku terus peluk erat. SAYA SAYANG DIA!!

Dalam masa aku nak SPM tu tiap2 bulan masuk wad. Doktor sahkan Dia ada ULSER dalam perut yang mengakibatkan anemia (kurang darah merah) kesan dari ubat jantung yg Dia makan selama ni. Sian Dia. Tiap2 bulan aku dah masak sangat bila aku tgk Dia lain macam jer, muka pucat tetiba cepat2 aku kerahkan Suami Dia soh ke hospital. Sampai satu tahap aku ke sekolah dari hospital. sekolah ngan hospital 5 minit ja... saya x akan tinggalkan dia sowang2 walaupun dia cakap x yah dtng dia ok! akan ku paksa suaminya soh antaq aku ke hospital. SAYA SAYANG DIA SANGAT2!!

Kadaan yang paling teruk masa cuti pertengahan tahun masa form 5 tu. Aku ngan dia balik kg. JOHOR. Dari MuO kami ke Batu pahat. Sampai je di batu pahat aku rasa x sedap hati. rasa cam x kena ja. Muka dia dah pucat, bila ditanya ok ker... jawapannya OK. hurmm sekadar menyedapkan hati. masa tu si suami x ikut sama (da keja yg perlu diuruskan), hanya aku, dia dan abg aku, PIZA(along) yang ada kat sana. memang tul aku punya kata hati, confirm kena tahan kalo g hospital. Apa punya hospital la, besar tapi x leh menampung. lintang pukang katil. hope dah ok sekarung. Try apply tok 1st clss phk hos cakap penuh. Aku yang menunggu Dia. Saat tu dia masih boleh tersenyum, bangun berjalan sendiri. tghari tu dia izinkan aku pergi kenduri, makndak aku yg jaga. lepas balik kenduri terus ke hospital lagi. tyme tu aku jer ngan makcik2 n sepupu sepapat, along ke melaka ada tugas. masa tu jugak Dia tgh masuk darah, aku bangunkan dia nak soh makan ubat, aku buat susu. Masa tgh nak bg dia makan ubat, tgn ku tetiba mengeletar. rupanya bukan aku puncanya, memang dia sedang mengeletar. melihat keadaannya macam tu, aku terus menjerit memanggilnya. satu wad kecoh! aku plak kena marah ngan Nurse yg kerek kat situ (maaf). Panik+sedih, aku dah meraung. Dia terus ditarik masuk bilik emergency. n aku diarahkan kuar. air mata aku nonstop!! AKU SAYANG DIA! Sepupu aku pun suma berusaha tenangkan aku. Aku dah tak tentu arah. Aku terus call abg aku Hidzir (angah) aku call dia paksa dia balik. aku cakap aku takut!! aku nangis lagi. alang pun sama aku call. 2 jam aku menanti keadaaan Dia. Walaupun dia lemah. tp dia selamat. aku tak sanggup nak lihat dia. SEDIH. Diorang cucuk dia kat kaki, leher,... ingat ayam ke apa??!! SAYA SAYANG DIA. Makndak aku yg kena jaga sampai abg2 aku sampai. Kak ngah aku yg ganti tempat makndak aku. seriusly aku sangat sedit tatkala tu. Ramai yg bg moral support. Namun x jalan. Suami dia di nasihatkan x datang. Dia cuba dapatkan maklumat kesihatan isterinya di hospital sungai petani... dah panjang aku bercerita.... 2 minggu di hospital bp. aku balik sp sowang2 nek bus. sbb cuti dah abes. n Dia terpaksa aku tinggalkan. masa tu dah sihat 80%. agak lega dihatiku. Aku bersyukur sebab aku dapat jaganya seperti dia jaga aku masa bayi.

Dia dah terlalu lali dengan suntikan yang hancurkan urat2 halus tgn kiri & kanan. berpain2 darah dimasukan setiap bulan. sabo jer lah~

lepas kejadian tu ada la 2 3 kali lagi dia masuk hospital... Kekerapan tu berkurang lepas aku masuk matrik. Alhamdulillah sampai sekarung...=) Terima Kasih Ya Allah....~

terlalu banyak dia berkorban tuk aku. tak terkira, tak terbayar aku pengorbanan dia. Aku bersyukur dikurniakan insan sepertinya. SAYA SAYANG DIA DUNIA & AKHIRAT.

Tatkala aku sedang bersedih diperantauan.... huhu... aku jarang tuk cita masalah. namun, hati seorang dia aku tak boleh tipu. bila aku rasa sedih saat tu aku akan terima panggilan dia walaupun hari2 aku akan call dia . Aku sedih bila buat dia menunggu aku yang jauh ni. Saat ni dia hanya bersama suami dirumah. Walaupun jauh, doa & ingatku x penah putus untuk dia dan suami tercinta.

Pada 9/3/2011 genaplah umonya 60 tahun. SELAMAT ULANG TAHUN MAK!! adik sangat sayang mak. Adik selalu ingat mAk. Adik bangga jd anak mak. Adik mohon maaf atas segalanya. TErIma kasih sebab jadi mak yg terbaik tuk adik, along,angah & alang....

Saya sayang Mak saya!! Nuara Md Khalid~~~=)


buat mak tercinta:: ini lah rasa hatiku saat ketika ini...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu


[selamat malam semua, mau buat assignment pulak]
end:: 4.06 pagi